Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

[Video]- Tarian 1000-tangan Yang Menakjubkan

Memang menakjubkan betol tarian 1000 tangan ni. Hebat! Sampaikan Encik Billy sendiri sudah terkagum tahap dewa dah. Apa yang hebatnya? Kalau nak tahu sila layan video dan baca info di bawah...itupun kalu nak tahu je la, kalu tanak takpe.. :))

Ilusi Optik (12)- Skirt Lut Cahaya Yang Seksi

Seperti yang anda lihat dalam gambar di atas, skirt ini kelihatan benar-benar tranparent! Tak tau malu betol kan orang yang pakai skirt tu. Ada ke patut nak tayang dia punya sepentot?
Lagi gambar-gambar menarik:

Rumah Mewah di Dalam Sebuah Bukit

Rumah serba mewah dan luar biasa ini didesain oleh sebuah syarikat arkitek Belanda, SeARCH dan syarikat Christian Muller Architects. Ia dibina di banjaran gunung Switzerland, menempatkan rumah-rumah yang dibina di dalam gunung  dan dapat dilihat melalui satu ruang elliptik besar sebagai pintunya.
Jom kita tengok apa yang ada di dalam rumah ni..
Lagi gambar-gambar menarik:

Bangunan Yang Bakal Merampas Takhta Menara Berkembar Petronas

Sedih pulak rasanya bila mengetahui Menara Berkembar Petronas bakal kehilangan takhtanya sebagai menara berkembar tertinggi di dunia dalam kira-kira 4 tahun dari sekarang. Siapakah yang bakal merampasnya? Lihat gambar di bawah ni, inilah dia menara yang dimaksudkan...Menara Incheon yang sedang didirikan di Korea Selatan.

Kerja Paling Kotor di Dunia

Di India, lelaki yang melakukan pekerjaan ini disebut sebagai Dalit. Mereka melakukan pekerjaan ini disebabkan 'tanggungjawab' mereka mengikut kepercayan orang India kerana mereka sememangnya dilahirkan untuk melakukan pekerjaan ini sebagaimana ayah, datuk dan emak mereka. Dan jika mentaliti ini tidak diubah, anak-anak dan cucu mereka akan turut melakukan pekerjaan ini selama-lamanya. 
Sad but true..

Lagi gambar-gambar menarik:

Kesalahan Bahasa Inggeris Yang Paling Professional

Engrish adalah satu istilah merujuk kepada kesalahan tatabahasa Inggeris yang sering berlaku di negara Asia Timur. Kebanyakannya berlaku akibat daripada kesalahan dalam melakukan direct translation ke bahasa Inggeris. Di bawah ini adalah di antaranya...jom kita usha..
 "Eliminate horniness"

Snippets(11) - 10 Fakta Menarik Hari Ini

1. Jika kita berdiri di dasar perigi, kita boleh melihat bintang walaupun di siang hari

2. Suara yang kita dengar dari dalam kerang bukan suara ombak laut, tapi suara aliran darah dalam kepala kita.

3. Kebanyakan manusia lebih menderita ketakutan pada ruang terbuka (kenophobia) daripada ketakukan pada ruang tertutup (claustrophobia) .

4. Teknik mengacau terbaik bukan dengan gerakan memutar, tapi dengan gerakan huruf W

5. Adegan band yang terus bermain muzik saat Titanic tenggelam adalah kisah nyata

6. Buku Guinness Book of Records memegang rekod sebagai buku yang paling banyak dicuri dari perpustakaan

7. 35% dari orang yang mencari jodoh melalui internet, sudah menikah

8. Coca-Cola dulu berwarna hijau

9. Secara fizikal, babi tidak boleh mendongak ke langit

10. Semua beruang kutub kidal

Reaksi Sedih Seorang Kanak-Kanak Miskin

Tersentuh rasa hati Encik Billy bila tengok gambar-gambar di bawah ni, reaksi seorang kanak-kanak miskin yang begitu menyedihkan apabila dia hanya dapat melihat barang yang tak mampu dia beli. Teringat dulu-dulu masa kecik, kalau parents tanak beli barang mainan yang Encik Billy mahu, mesti Encik Billy merajuk, mogok habis-habisan...tapi kanak-kanak ni? Makan pun belum tentu dapat, apatah lagi barang mainan. Kesian...dan sememangnya, dia tabah sekali !!

Melawat Restoran Tertinggi di Dunia, the At.Mosphere di Dubai

Encik Billy pernah sekali naik ke level 83 Menara Berkembar Petronas, pernah juga breakfast dan lunch di level 44 menara tu....perasaan dia...fuh! eksklusif gilee! Itu baru cerita di menara KLCC, bagaimana pula agaknya kalau satu hari nanti encik Billy dapat makan di restoren tertinggi di dunia, di the At.Mosphere? Restoren ini terletak di Menara Burj-Khalifa, menara tertinggi di dunia (lebih kurang 2 kali ganda ketinggian menara KLCC !!)
Jom kita usha apa yang ada dalam restoren ni...

Terminal Tambang Murah Terbesar di Dunia, KLIA2

Bernilai RM 2 billion, ia bakal menjadi terminal tambang murah terbesar di dunia.

Malaysia di Tangga ke-27 Negara Paling Global 2010

MALAYSIA menduduki ranking ke-27 dalam Indeks Globalisasi Ernst & Young 2010, meningkat enam anak tangga berbanding kedudukan ke-33 pada tahun lalu.

Pada kedudukan itu, Malaysia mengatasi kuasa besar ekonomi dunia Amerika Syarikat (AS) yang berada pada ranking ke-28, namun di belakang Australia di tempat ke-26.


[Gambar]- Seni Arca Pasir Yang Mengagumkan

Seni ukiran pasir merupakan antara salah satu hasil karya seni yang masih kurang popular jika dibandingkan dengan karya-karya seni yang lain. Mungkin bagi kebanyakan orang, aktiviti ini hanya dianggap sebagai aktiviti suka-suka jika pergi berkelah di tepi pantai seperti aktiviti membina istana pasir. 

Namun kini, ia telah menerima satu suntikan baru apabila kini ia dianggap sebagai salah satu karya seni yang mula mendapat pengiktirafan.  Malah di beberapa negara seperti di Eropah, China, Korea Selatan dan lain-lain, beberapa buah muzium yang menampilkan arca pasir ini telah didirikan.

Apa kata anda tengok gambar-gambar di bawah. Menarik, tertarik? Kalau ya, anda memang da bomb!!

Follower ke-800!!

Syukur kerana follower blog ini dah mencecah 800 orang! Terima kasih kepada korang semua yang sudi menjadi follower blog Encik Billy yang tak seberapa ini. 
Dan sebagai menghargai follower bertuah ke-800, entri ini ditujukan khas buat anda. Insan bertuah tersebut adalah pemilik blog yang bernama Snippets of the Day. Beliau menggunakan nama samaran Nawaitoo, yang mana kalau Encik Billy tak silap, adalah pengunjung blog ini yang selalu memberikan komen-komen bernas bagi kebanyakan entri Encik Billy. Korang boleh terjah blog beliau di sini.
Sekali lagi terima kasih kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Tanpa korang, siapalah BillyInfo.

Kerana Obses Terhadap Anak Sendiri, Wanita 50 Tahun Buat Pembedahan Plastik

Usianya sudah 50 tahun, namun kerana obses untuk kelihatan secantik dan sejelita anaknya yang berusia 28 tahun, si ibu sanggup menghabiskan berpuluh ribu pound sterling untuk melakukan pembedahan plastik. Dan usahanya itu tidak sia-sia! (Lihat gambar di bawah).


Bas Paling Mewah

Kalau korang tengok gambar kat bawah ni, mesti korang tak pecaya ini adalah gambar interior dalam sebuah bas, kan kan? Ya, Encik Billy sendiri pun pada mulanya ingatkan gambar ni sebuah gambar biasa dalam hotel mewah 5 bintang.....huhuu! 

So, macam biasalah, kalau nak tahu info ni dengan lebih lanjut, boleh jer baca kat bawah ni...

Bayi Terbesar di Dunia

Anda tahu sebesar mana seorang bayi boleh membesar? Di bawah ini adalah rekod dunia yang dicipta pada tahun 2007 oleh seorang bayi dari India.

101 Tafsir Mimpi (Part 1)

Baru-baru ini, encik Billy ada termimpi satu benda yang pelik. Dan daripada tafsir mimpi di bawah ini, kononnya persoalan Encik Billy akan terbukti. Masalahnya sekarang, persoalan apa pula yang akan terbukti? Encik Billy sendiri pun tak tahu apa yang nak dibuktikan. Mungkinkah persoalan tentang kerjaya, jodoh atau cita-cita yg belum kesampaian ini? Entahlah...kalau nak tahu apa yang encik Billy mimpikan, sila rujuk tafsir no. 62 di bawah...
Soalnya apa?

1. Mimpi rambutnya putih :
Akan cepat beruntung dalam usaha dan akan berumur panjang.

Ini Entri Lucah !!!

Encik Billy mengaku tajuk entri kali ni paling ekstrim  di antara entri-entri sebelum ni. Tapi jangan risau, En. Billy belum bercadang untuk menjadikan blog ini sebuah blog porno pula. Tak akan sekali-kali! 
Okey, enuf membebel, jom kita layan gambar-gambar kat bawah ni. Gambar tumbuh-tumbuhan saja pun. Korang nilai lah sendiri apa yang lucahnya.. :p

Sebab Kita Boleh Terapung di Laut Mati

Mengapa kita boleh terapung di Laut Mati? Mengapa laut mati masin sekali?

[Gambar]- Keseronokan Terapung di Laut Mati

Kalau ada kesempatan, ruang dan kemampuan, satu hari nanti Encik Billy teringin jugak nak melawat dan berenang di Laut Mati. Yelah, tengok gambar-gambar di bawah ni saja pun dah teruja, apatah lagi kalau pergi sendiri..ye tak?
Jom tengok gambar-gambar menarik di bawah...
Lagi gambar-gambar menarik:

Katil Paling Ekstrim

Macam mana le agaknya nak tido atas katil dalam gambar kat bawah ni? Mungkin hanya mereka yang mempunyai 'skill tidur' yang tinggi sahaja mampu untuk tidur di atas katil sebegini..

Korang macam mana? Apa skill tidur korang?  Skill tido En. Billy ialah boley tido sambil mengulum Lolipop! Hebat tak? hehe :p

P/S: Jom baca sambungan I Think I Love You : Bab 2

Kereta Polis Canggih di Itali, Guna Lamborgini !!

Bandingkanlah kereta polis Diraja Malaysia yang hanya menggunakan Proton Waja dan  Lancer( tak lama lg Inspira) dengan kereta yang digunakan oleh polis di Itali. Memang jauh panggang dari api la !!! Diorang guna Lamborgini kot...bayangkanlah pula kalau penjahat di Malaysia guna Lamborgini, laratkah Proton Waja tu nak kejar? Hehehe..Encik Billy acah jer ni. PDRM, I salute sama U ok!
Jom kita pandang2, jeling2 kat kereta polis yang canggih ini..

Gambar Kahwin Marion Caunter Dan SM Nasarudin di Maldives

Ada orang forwardkan through email, so Encik Billy share kan lah di sini. Majlis resepsi kedua pasangan ini berkonsepkan beach wedding. Menarik! Tema sume warna putih, pantai dia pun lawa, pasir halus tulus mulus, langit biru, laut biru..konsep terbuka memang cantik! Cuma yang tak berkenannya, nampak terlalu kebaratan laa..

Jawapan Exam Yang Bikin Para Guru Pening Kepala

Sapa kata jadi cikgu ni kerja senang. Kalau Encik Billy la yang jadi cikgu, konfem dah lama en. Billy hantuk kepala kat peti ais..stress kot dapat anak2 murid sengal mcm ni..

Cara Baru Buat T-Shirt, Tanpa Guna Kain dan Mesin Jahit

Best jugak kalu boleh buat T-Shirt macam kat bawah ni. Tak yah guna kain, benang, jarum, mesin jahit. Ringkas, mudah dan jimat masa. Pendek kata, sempoi beb!

Perempuan Paling Tak Senonoh

Korang tengokla seniri senonoh ke tak senonoh pic kat bawah ni...brutal gila.

p/s: wanita2 di luar sana; jgn tiru aksi ini

Tidur Dengan Lampu Terbuka Boleh Sebabkan Leukimia

Sesetengah orang tak boleh tidur tanpa membukak lampu bilik. Konon seramlah, takut le, susah nak lelap le, macam-macam lagi la kan. Sesetengah orang pula, sebab dah terbiasa dari kecil lagi, jadi habit dia bila nak tido bukak lampu. Tapi  sebaliknya Encik Billy, memang tak boleh tidur kalau lampu di bukak. Kalau tertido sekalipun boleh dikatakan tak jeraplah. Sekejap-sekejap saja terjaga.
Jika anda tergolong dalam jenis orang yang suka tidur dengan lampu bilik terbuka, tahukah anda bahawa tabiat ini boleh membahayakan kesihatan? Jom kita usha dan baca artikel ini selengkapnya..

[Gambar]- Cute Baby Sleeping

Baby-baby kat bawah ni sangat edorabel dan gojes! Cute je bila tengok baby-baby ni tido. Certainly, bila anda tengok gambar-gambar mereka kat bawah ni, anda akan teringin untuk jadi baby semula..! hehe.

Rekod Vagina Terkuat di Dunia

Hmm, macam ni pun ada ke? Ya, memang ada! Manusia ni, kalau nak cipta rekod, macam-macam dia sanggup buat. Macam yang inilah, rekod vagina(kemaluan wanita) terkuat di dunia. Apa yang kuatnya? Haishh, gerun Encik Billy mendengarnya!

Beg Shopping Paling Kreatif

Kat bawah ni antara beg shopping yang paling kreatif pernah Encik Billy tengok. Nak tersembul biji mata ni... haha kreatif+loqlaq betui depa ni.
Ini antaranyalah....

Snippets(10) - 10 Fakta Menarik Hari Ini

1. Dalam satu titis air, mengandungi 50 juta bakteria

2. Jumlah bakteria yang ada dalam satu mulut manusia adalah lebih banyak daripada jumlah manusia di muka bumi ini. 

3. Dengan menaikkan kaki perlahan-lahan dan berbaring tenang dengan punggung lurus, kita tidak akan tenggelam di pasir selut.

4. Satu dari 10 orang hidup di suatu pulau

5. Memakan saderi membuang kalori lebih banyak dari pada kalori yang terkandung dalam saderi itu sendiri

6. Lobster dapat hidup selama 100 tahun

7. Gula-gula getah tidak dijual di Disney Land

8. Mengunyah gula-gula getah sewaktu kita mengupas bawang mencegah kita daripada menangis

9. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kanan

10. Nama Artic (kutub utara) bermaksud beruang dalam bahasa Yunani (Arktos), dan memang beruang kutub hanya ada di kutub utara 


Yang Terkecil Di Dunia

1. Bayi terkecil di dunia.
2. Cicak paling kecil di dunia

Misteri Siapa Monalisa Dibongkar

Ahli sejarah percaya, penemuan ini mampu membongkar kod rahsia Da Vinci.
Tadi Encik Billy tengok Buletin Utama kat TV3, adalah berita pasal saintis berjaya bongkar siapa sebenarnya Monalisa berdasarkan beberapa kod tersembunyi dalam lukisan itu. Kod ini merupakan sebahagian daripada Da Vinci kod yg terkenal tue. Encik Billy pun teringinlah nak tahu dengan lebih lanjut, so En. Billy google-google lah pasal benda ni..dan kat bawah ni adalah apa yg En. Billy jumpa...betul atau tak? wallahualam..


[Ranking Dunia FIFA] - Malaysia Cuma Melonjak 2 Anak Tangga

Malaysia masih ketinggalan di Asia Tenggara, berada di tangga ke-5 di belakang Thailand, Indonesia, Vietnam dan Singapura.
Kejayaan Malaysia merangkul Piala Suzuki AFF bulan lepas membolehkan pasukan negara meningkat dua anak tangga dalam ranking dunia terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Malaysia berjaya memperbaiki kedudukannya dengan menduduki tangga ke-142 berbanding tangga ke-144 sebelum kejohanan tersebut.

Kereta BMW Dibuat Daripada Batu

Merupakan kereta paling berat di dunia, seberat 6.5 tan.


Ilusi Optik (11)- Si Berambut Hitam Yang Seksi

Keseronokan bermain dengan mata menjengah lagi! Kali ini apa kata anda lihat gambar di bawah. Nampak tak seseorang yg berambut hitam panjang melepasi bahu sedang berjalan di kaki lima jalan? Nampak kan? Hehe..seksi tak?

Gambar-Gambar Asal Kapal Titanic

Kagum sungguh En. Billy dengan kecanggihan kapal pelayaran terkenal Titanic. Bayangkanlah, time tu baru sj kot tahun 1912, tapi teknologi yang dimiliki oleh diorang tersangatlah canggih. Walaupun kapal ni hanya menggunakan kuasa wap (arang batu), tapi teknologi ni boleh dikira canggihlah buat masa tu. Lagi pula, ia kapal penumpang terbesar di dunia pada waktu itu!
Di bawah ni, gambar-gambar dokumentasi awal kapal Titanic sebelum ia tenggelam.
Titanic di Thompson Graving Dock
Ist Class Grand Staircase

Keindahan Sungai 5 Warna di Columbia

Dinamakan sebagai Cano Crystals, ia diiktiraf sebagai sungai tercantik di dunia.

[Chocolate Arts]- Pelbagai Bentuk Coklat Yang Unik

Anda peminat coklat tapi bosan dengan bentuk coklat bar yang anda makan? Apa kata anda cuba coklat-coklat pelbagai bentuk di bawah. Anda pasti tidak bosan!
Cokelat kasut bertumit tinggi

Ular Sawa Tayang Gigi Putihnye...

Huh, ngeri gilee en. Billy tengok gigi-gigi putih milik ular sawa ni! Macam gigi ikan piranha pun ada. Serius mencanak bulu roma en. Billy. Dalam gambar kat bawah ni, ular sawa ni tersangkut pada dawai dan tak boleh bergerak. Dengan gigi-gigi dia sekali tersangkut pada dawai tu.
 Tajam kan?

Buaya Berwarna Oren

Gambar seekor buaya berwarna oren dirakamkan di Sorrento Woods, Venice di sini berhampiran rumah seorang nenek, Sylvia Methen baru-baru ini.
Menurut Methen yang berusia 74 tahun, dia tidak menyangka dapat melihat buaya tersebut semasa pulang dari tempat kerja.

Follower ke-700 !!

Baru Encik Billy sedar pagi ni, rupa-rupanya follower blog ni dah mencecah angka 700. Jadi En. Billy ingin memberi penghargaan berikut kepada insan bertuah itu~

Insan bertuah yang dimaksudkan itu adalah pemilik blog bernama Dunia O_L. Korang semua boleh terjah blog beliau di sini
Tahniah dan terima kasih!

AJL 25: Ramai Tak Puas Hati Ana Rafali Menang

Encik Billy memang dah agak, ramai yang puas hati dgn keputusan Anugerah Juara Lagu (AJL 25) malam ini. Mana taknya, lagu yang dianggap tak kuat, kurang daya penarik diangkat sebagai pemenang. Encik Billy sendiri pun terkejut, tapi nak buat macam mana dah keputusan macam tu. Terima jelah, walaupun Encik Billy sebenarnya dok sokong Faizal Tahir, Shahir dan Adira.
Dan ramai yg suarakan rasa tak puas hati di Facebook dan Tweeter. Ni antara yg sempat en Billy capture..