Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

Cara Paling Mudah dan Jimat Kos Untuk Buat Punggung Kelihatan Tegang

Inilah cara sesetengah wanita yang ingin kelihatan cantik dan seksi, menipu agar punggung mereka kelihatan mantap...senang tak payah buat apa-apa pembedahan atau suntik cecair tertentu pun, tapi pathetic sangatlah  orang2 macam ni kan?

Kitab Injil (Bible) Berusia 1,500 Tahun Yang Cuba Disembunyikan Gereja Kristian

          Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu. Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad. Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.

Babi / Khinzir dan 'Branding'nya

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan. 2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi. 3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kuran 50kg. 4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg. 5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi. 6. Boar : Babi liar 7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan. 8. Sow Milk : Susu Babi 9. Lard : Minyak yg berasakan lemak babi. 10. Ham : Daging Bahagian peha Babi 11. Bacon : Daging babi yg diperap dengan garam sumber: http://www.gempak.org

Gila! Handset Terbaru NOKIA 808 PureView Dengan Kamera 41 Mega Pixel Dilancarkan!

Ketika ramai orang menganggap kamera 16 MP  sebagai resolusi kamera tertinggi bagi sebuah telefon bimbit, Nokia membuktikan sebaliknya apabila hari ini ia mencipta sejarah dunia dengan melancarkan telefon bimbit pertama di dunia dengan kamera beresolusi 41 Mega Pixel.    Pelancaran yang dilakukan di acara Mobile World Congress (MWC) 2012 di Barcelona itu mengejutkan banyak pihak. Model yang dilancarkan adalah Nokia PureView 41 megapiksel dengan sistem operasi Symbian Belle .

Saintis Hasilkan Buah Zakar Tiruan

Sekumpulan saintis diberi kebenaran menghasilkan buah zakar tiruan yang menghasilkan sperma, dalam usaha membantu menyelesaikan masalah ketidaksuburan lelaki. Saintis sebelum ini cuba menghasilkan sel sperma tetapi cuma mampu menyelesaikan tiga per empat daripada proses itu di dalam makmal kerana persekitaran khas dalam buah zakar lelaki diperlukan untuk menjayakan proses itu. Kumpulan pakar diketuai Dr Paul Turek itu berharap dapat menghasilkan mesin biologi pembuatan sperma yang berbentuk beg silinder dan tidak dilekatkan pada tubuh. Ia perlu diganti selepas setiap kitaran pengeluaran sperma yang mengambil masa 70 hari dan berbeza dengan alat tiruan, lelaki yang kehilangan buah zakar tidak menghasilkan sperma.

Kondom Termewah di Dunia Berjenama Louis Vuitton!

Seorang pereka berasal dari Georgia, Irakli Kiziria, menghasilkan kondom berlogokan Louis Vuitton. Dengan menggunakan jenama fashion terkemuka berasal dari Perancis itu, kondom ini jelas bukan sebarangan kondom biasa.

Harga Kereta di Malaysia Adalah Ke-2 Termahal di ASEAN

Harga kereta di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding negara-negara ASEAN lain kecuali Singapura. Bagaimanapun sekiranya mengambil kira kos-kos pemilikan yang lain, harganya adalah kompetitif di peringkat rantau ini, demikian menurut kajian terbaharu Institut Automotif Malaysia (MAI). ''Meskipun harga kereta di negara ini lebih tinggi berbanding negara-negara ASEAN yang lain, tetapi ia masih rendah berbanding harga yang ditawarkan di negara maju, Singapura,'' kata MAI

Gambar Menakjubkan - Natural Mirrors

Sila kagum dengan keindahan gambar-gambar di bawah ini...ianya dipanggil sebagai seni fotografi pantulan atau reflection art photography...  

Hukum Mandi BOGEL Adalah Makruh

Petikan Dari Sesi Soal Jawab Agama Harian Metro Saya ingin bertanya, apakah hukum jika kita mandi dalam keadaan berbogel? Bagaimana pula jika seorang ayah memandikan anak perempuannya yang masih kecil berusia antara satu hingga dua tahun? Minta diperjelaskan kerana saya musykil biarpun sudah berusia 34 tahun. Jawapan:

Cara Paling Berkesan Mengajar Kanak-Kanak Masa Kini Hafal A.B.C

Hmm zaman dah berubah, so cara mengajar anak-anak kecil membaca juga perlulah berubah...kalau dulu bolehlah guna 'A' untuk Ayam, 'F' for father...tapi kini mungkin kena ubah sikit; "A" for Apple atau 'F' for Facebook ke...barulah senang kanak-kanak nak faham...tak gitu?

Omg Perkhidmatan Pekerja BOGEL di Afrika Selatan

Pembantu rumah yang berbogel ketika bekerja dan tukang paip yang bukan setakat buang kekotoran yang melekat di paip, tetapi “membuang” bajunya juga. Inilah perkhidmatan yang diberi oleh sebuah syarikat di Afrika Selatan. Natural Cleaning Co., yang mendakwa satu-satunya syarikat “menawarkan semua perkhidmatan secara berbogel di dunia,” ditubuhkan sebulan lalu oleh Jean-Paul Reid, setelah mengalami masalah untuk mendapat pekerjaan sebagai akauntan di negara yang mempunyai 23.9 peratus kadar pengangguran.

Kenderaan Jenis Baru Yang Bukan Kereta, Bukan Motorsikal

Bagi mereka yang meminati keseronokan di jalan raya secara terbuka dan pada masa sama sukakan keselesaan menaiki kereta mewah, superbike unik ini mungkin menjadi penyelesaian yang tepat. Motosikal elektrik yang dinamakan C-1 adalah gabungan kereta dan motosikal.

Anjing Paling Besar di Dunia?

Mengikut sumber, gambar di bawah ini dikatakan sebagai anjing terbesar di dunia, walaubagaimanapun tiada sebarang bukti untuk menyokong dakwaan ini. Agak-agaknya betul ke tak betul gambar ni ye?Anyone can justify? source: http://extremepictures.com

Ubah Ibu Jari Kaki Jadi Ibu Jari Tangan

James Byrne merupakan seorang penurap jalan raya. Namun kerana berlaku satu kemalangan, Byrne telah kehilangan ibu jari tangan kirinya.. Disebabkan ibu jari amat penting.. dia mengambil keputusan nekad untuk melakukan pembedahan dengan meletakkan ibu jari kakinya di tangan.  

Wanita Ini Miliki 2 Faraj, Hilang Dara 2 Kali

Seorang wanita, Hazel Jones dilahirkan dengan dua saluran faraj, dua rahim dan dua serviks, keadaan yang dipanggil sebagai ‘uterus didelphys’ dalam istilah perubatan. Jones memberitahu rancangan This Morning terbitan ITV, dia selesa walaupun mempunyai keadaan luar biasa itu, walaupun terpaksa kehilangan dara sebanyak dua kali.

Beauty in The Eyes

Di sesetengah tempat seperti di Afghanistan dan sebahagian kecil Pakistan, mata wanita dianggap sebagai aurat dan mereka diwajibkan untuk menutup keseluruhan tubuh termasuklah muka, mata dan tapak tangan. Di sesetengah tempat pula seperti Arab Saudi, mempertontonkan mata adalah dibenarkan sekalipun perlu menutup sebahagian muka. Mungkin tak sukar untuk memahami mengapa wanita di Afghanistan perlu menutup keseluruhan tubuh termasuk mata mereka...kerana sememangnya pada sepasang matu itu terselit seribu keindahan....

(GAMBAR) Sekitar Majlis Pernikahan Yusri KRU dan Lisa Surihani, Tahniah!

 Semalam, Khamis 23/2/2012 telahpun berlangsung majlis pernikahan Yusri dan Lisa Surihani di Hotel Marriot Putrajaya. Dengan hanya sekali lafaz, Yusry kini sah bergelar suami kepada Lisa Surihani. Mas kahwin yang diberikan kepada Lisa ialah seutas rantai platinum. Majlis pernikahan yang bertemakan “Winter Garden” ini berjalan dengan suasana sederhana. Pihak pengantin perempuan menghantar 9 dulang hantaran dengan keyboard dan koleksi lagu Beatles antara hantaran yang menarik. Manakala pihak pengantin lelaki menghantar 7 dulang sebagai balasan.

Syarikat Jepun Akan Bina Lif ke Angkasa Lepas

Sebuah firma pembinaan Jepun mendakwa ia mampu melaksanakan rancangan luar biasa untuk meletakkan pelancong di angkasa lepas dalam tempoh 40 tahun dengan membina sebuah lif setinggi 96,000 kilometer (km) atau suku jarak Bumi ke bulan. Firma Obayashi Corp mendakwa lif itu boleh dibina dengan menggunakan teknologi karbon nanotube yang lebih 20 kali ganda lebih kuat daripada besi.

Fakta Menarik Tentang Lelaki Yang Suka Memasak

• 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari saja la. • Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk… • Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukan main bising lagi. • Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu,sambil isap rokok plak…

Kesan Pakai Seluar Dalam Ketika Tidur

Melepaskan pakaian dalam’ bukan bermaksud perlu tidur bogel, tidak, ia satu tindakan sangat bahaya, jika kena gigit lipan atau nyamuk di tempat sensitif tu pasti anda bangun pagi dibuai mimpi ngeri 2-3 hari.  ‘Melepaskan pakaian dalam’ bermaksud tak perlu pakai seluar dalam, baju dalam dan apa-apa lagi yang sewaktu dengannya. Jadi anda boleh pakai pakaian tidur atau pakai kain pelikat/kain batik, tanpa pakaian dalam. Ketika tidur tubuh mengalami pembaikan dan detoksifikasi (pengeluaran racun dari tubuh). Tidur juga memberi kesempatan bagi sistem kekebalan tubuh untuk memproduksi hormon-hormon imunitinya.

Inilah Kereta Ferrari Putih F430 Milik Datuk Lee Chong Wei Berharga RM 1.6 juta !

Datuk Lee Chong Wei terkenal dengan ketangkasan dan karektor yang ‘garang’ ketika beraksi di gelanggang badminton untuk menundukkan lawannya. Ramai yang tidak tahu, pemain badminton nombor satu dunia itu juga mempunyai karektor seakan-akan sama ketika di luar dari gelanggang apabila dia di lihat baru-baru ini sedang ‘beraksi’ dengan sebuah kereta mewah. Malah, beberapa keping gambar yang melihatkan Chong Wei menaiki kereta Ferrari F430 berwarna putih tersebar meluas di internet.

(GAMBAR) Melawat Gudang Emas Bank of England Bernilai RM 750 Billion !!

Inilah gudang simpanan emas bank of England yang dikatakan mempunyai jumlah simpanan jongkong emas bernilai RM 750 billion! MasyaAllah. Kalau boleh dapat seketul pun jadilah...

Inilah 'iPad' Ciptaan Tentera Pakistan

Di dalam sebuah kompleks tentera udara kawalan ketat yang membina jet-jet pejuang dan sistem senjata api, tentera Pakistan kini mempunyai empayar komersial tambahan, iaitu komputer tablet iPad versi tempatan. Pengeluran komputer itu melibatkan kerjasama jurutera-jurutera Pakistan dan perkakasan komputer. Jurutera-jurutera penerbangan memasang komputer tablet iPad versi tempatan itu, PACPAD 1 di sebuah pangkalan tentera udara di Kamra, utara Pakistan.

(GAMBAR) Keindahan Iceberg Yang Menakjubkan

Sungguh menakjubkan melihat keindahan bongkah batu 'iceberg' yang menakjubkan ini...benarlah, setiap ciptaan TUHAN biarpun ianya hanya sebongkah 'batu ais', tetapi penuh dengan keindahan tersendiri.

Fakta Menyedihkan; Sebanyak 152,182 Anak Luar Nikah Dilahirkan di Malaysia Antara 2008-2010

Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010. Daripada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570). Bagi membendung gejala ini, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasikan pendidikan kesihatan “reproductive” dan sosial. Program itu telah melibatkan 64,000 remaja mengenai pendidikan dan risiko yang terpaksa ditempuhi kerana tindakan mereka. Enam pusat remaja telah ditubuhkan untuk golongan sasar berumur antara 13 dan 24 tahun bagi memberi maklumat berkaitan isu psiko-sosial termasuk menyediakan khidmat kaunseling dan kemahiran hidup. sumber: BERNAMA

Satu Hari Kini Hanya Tinggal 23 Jam?

Richard Gross, seorang saintis dari Jet Propulsion Laboratory, NASA menyusun model penghitungan kompleks untuk mengira secara teori, bagaimana gempa bumi di Jepun, yang merupakan gempa kelima terbesar sejak tahun 1900, mempengaruhi putaran Bumi. Memanfaatkan data dari United States Geological Survey, hasil pengiraan itu menunjukkan adanya perubahan pembahagian masa di bumi. Gempa Jepun telah membuatkan bumi berputar sedikit lebih cepat, dan memendekkan waktu dalam satu hari sehingga 1.8 mikrodetik atau satu persejuta detik.

Tahukah Anda Nada Dering Telefon Bimbit Boleh Lemahkan Otak?

Sekumpulan penyelidik berkata penyelesaian masalah atau mengingati sesuatu perkara menjadi lebih mudah dilakukan, jika telefon bimbit dalam keadaan senyap kerana nada dering terutama lagu yang menarik boleh mengurangkan keupayaan kuasa otak. Saintis di Universiti Washington, di St Louis mendapati sekumpulan pelajar mendapat markah lebih 25 peratus kurang dalam ujian apabila didedahkan dengan nada dering telefon bimbit. Keputusan terburuk itu ditunjukkan selepas mendengar lagu yang diketahui atau disukai mereka. “Kebanyakan kita beranggapan, deringan telefon bimbit di tempat awam adalah satu gangguan yang tidak disukai , tetapi kajian ini mengesahkan gangguan bunyi itu juga memberi kesan dalam hidup,” kata Jill Shelton.

Apa Yang Perlu Kita Tahu Berkenaan Isu Yang Berlaku di Syria

  Apakah pegangan sebenar Bashar Asad dan rejim mereka? Adakah mereka menganut agama Islam? Rejim Asad sebenarnya berpegang kepada Syiah Nusairi. Golongan ini jauh sama sekali daripada mengamalkan Islam sepertimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Di dalam Syiah Nusairi, mereka mempunyai 6 mazhab dan akidahnya mengikut setiap mazhab. Antara aqidah yang terdapat di dalam Syriah Nusairi adalah:  

Cara-Cara Membina Rumah 'The Hobbit' Seperti Dalam Filem Lord of the Ring

Kerana terlalu meminati filem trilogi hebat Lord of The Ring, dan kerana sudah putus asa membayar sewa rumah yang tinggi di kawasan bandar, seorang lelaki; Simon Dale akhirnya mengambil keputusan untuk membina sendiri rumahnya, tetapi dengan idea unik - rumah The Hobbit, terinspirasi dari filem Lord of The Ring.

Rakyat Korea Selatan Obses Pembedahan Plastik

Obses rakyat Korea Selatan terhadap pembedahan plastik bagi mencapai kecantikan sempurna mula menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak. Keadaan itu dilihat bertambah buruk apabila selebriti popular Korea seperti Goo Hara daripada kumpulan KARA mengaku melakukannya, menambah tarikan untuk mencapai kesempurnaan. Fakta pembedahan plastik rakyat Korea Selatan: Menurut data industri itu, Korea Selatan yang mempunyai penduduk kira-kira 50 juta orang merupakan negara kedua terbesar melakukan pembedahan plastik selepas Hungary.

Misteri Susunan Bongkah Batu di Stonehenge Dirungkai Saintis

Seorang saintis AS, Steven Waller percaya ilusi audio mencetuskan inspirasi kepada masyarakat purba untuk membina struktur batu Stonehenge di England. Diiktiraf sebagai tapak warisan dunia, bulatan bongkah batu berusia 5,000 tahun di Britain itu menimbulkan pelbagai spekulasi berhubung tujuan struktur berkenaan dibina. Antara lain ia didakwa berfungsi sebagai sebuah balai cerap kuno, kuil matahari atau tempat penyembahan.

Obor-Obor Raksasa Sebesar Ikan Paus

Dikenali dengan nama Nomura, ia adalah spesies obor-obor yang hanya terdapat di laut Jepun, dan diiktiraf sebagai obor-obor terbesar di dunia. 

Bahaya Hisap Rokok Elektronik

Seorang lelaki yang cuba menyingkirkan tabiat merokok dengan menyedut rokok elektronik, ditimpa malang apabila ia meletup dalam mulutnya akibat kerosakan bateri. Ekoran letupan itu, beberapa batang gigi depannya tercabut, secebis lidahnya terputus dan wajahnya turut terbakar teruk. “Analogi terbaik adalah ia seperti meletakkan botol berisi roket dalam mulut anda lalu ia meletup,” kata Ketua Bahagian Jabatan Bomba North Bay, Joseph Parker.

Kini Menggunakan Header Baru Hasil Rekaan Rakan Blogger - Wan Zulqhairi

Amacam? Cantik tak header baru Billy Info? Untuk pengetahuan korang, header baru ini adalah rekaan salah seorang pengunjung dan follower Billy Info yang juga seorang blogger...saudara encik Wan Zulkhairi. Sila klik sini untuk melawat blog beliau. Sebenarnya Encik Billy dah lama berhajat nak tukar header ni, tapi sebab tak sempat nak design dan macam-macam hal yang berlaku lately, maka header lama digunakan sehinggalah saudara Wan Zulkhairi ni dengan baik hatinya men'design' kan header yang cun melecun ni...terima kasih bro! Kalau ko ada area2 sini (kerteh Terengganu) roger2 la..boleh aku belanja sepinggan dua nasik..hehehe

Panas Berapi! Inilah Cili (Lada) Paling PEDAS di Dunia

          Satu kajian saintifik yang dijalankan oleh Institut Chile Pepper di New Mexico State University (NMSU) mendapati, Trinidad Moruga Scorpion merupakan lada paling pedas di dunia ini. Trinidad Moruga Scorpion Pengarah Institut Chile Pepper, Paul Bosland berkata, kajian itu turut dijalankan terhadap beberapa jenis baka lada yang dikatakan mempunyai reputasi paling pedas di dunia termasuk Trinidad Scorpion, 7-pot, Chocolate 7-pot dan Bhut Jolokia.

10 Billionaire Terkaya di Malaysia Sepanjang 2011

  Senarai Ranking 10 Orang Terkaya di Malaysia: 1. Robert Kuok (Kuok Group) - RM45.70 bilion 2. T. Ananda Krishnan (Maxis) - RM42.99 bilion 3. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) - RM12.64 bilion 4. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Corporation Bhd) - RM11.36 bilion 5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (DRB Hicom) - RM9.53 bilion 6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Malaysia) - RM8 bilion 7. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) - RM7.58 bilion 8. Puan Sri Lee Kim Hua  (Genting Group) - RM6.58 bilion 9. Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau Group) - RM6.41 bilion 10. Ong Beng Seng - (RM 4.92 billion Info selanjutnya...

Kutu Babi Punca Wanita Berasa Tua

Seorang ibu kepada tiga orang anak dari New Marske di utara England, berkata beliau menghidap penyakit misteri yang menyebabkan mengalami masalah kesihatan seperti seorang yang berusia 90 tahun, gara-gara digigit sengkenit 20 tahun lalu.  Sengkenit yang juga dikenali sebagai kutu babi atau pirah, adalah sejenis serangga parasit luaran (ektoparasit) yang hidup dengan menghisap darah pada mamalia, burung malah reptilia dan amfibia. Adelle Huckins, 31, berkata beliau kerap menghidap sakit kepala yang kuat (migrain) rasa letih melampau, sakit seluruh badan manakala mata kirinya membengkak sejak 20 tahun lalu.

Berkahwin Secara BOGEL Beramai-Ramai Sempena Hari Valentine

Sembilan pasangan pelancong menyuarakan ikrar perkahwinan “Saya terima” dengan berbogel di pantai Jamaica. Melangsungkan perkahwinan dengan bertelanjang pada Hari Valentine memberi makna bagaikan hidup dalam mimpi bagi seorang ibu yang tidak bekerja, Milly Salas dari daerah Bergen, New Jersey yang tidak pernah mengunjungi pantai bogel sebelum ini.

Menakjubkan, Lelaki Punyai 3 Kaki, 2 Zakar

          Inilah dia Fracisco Lentini.. lelaki berkaki tiga yang lahir pada tahun 1889 dan meninggal dunia pada 1966. Dilahirkan dengan 3 kaki, 16 jari kaki dan 2 alat kelamin yang berfungsi secara normal dan aktif. Semenjak lahir, dia dijaga oleh seorang mak ciknya setelah ibu bapanya sendiri tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka melahirkan seorang anak cacat. Namun, dia diserahkan ke rumah orang upaya kemudiannya. Pada usia 8 tahun, dia diambil bekerja di sarkas sehinggalah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak dan meninggal dunia pada 22 September 1966.

Memahami Punca dan Kisah Disebalik Kebangkitan Rakyat SYRIA

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Kapal Selam Ghadir, Buatan Sendiri IRAN

Dinamakan sebagai Ghadir, ia adalah kapal selam yang direka dan dikeluarkan sepenuhnya oleh pakar Iran untuk meningkatkan keupayaan republik Islam itu. Ciptaan keseluruhan itu termasuklah badan, kelengkapan radar dan sistem pertahanan adalah buatan tempatan saintis Iran.

10 Selebriti Lelaki Terkacak di Malaysia (versi Mingguan Malaysia)

Bercakap tentang lelaki kacak, nama-nama seperti Johnny Depp, Brad Pitt, George Clooney dan Ryan Gosling, pantas terpacul daripada mulut kita tanpa perlu berfikir panjang. Ini kerana menyenaraikan lelaki kacak dan wanita jelita memang menjadi kebiasaan bagi media Barat. Namun wajarkah gelaran terkacak atau tercantik di dunia hanya dimonopoli oleh mereka dari dunia sebelah sana? Apa kurangnya lelaki rantau Asia seperti bintang ternama Rain dari Korea Selatan, Nicholas Saputra dari Indonesia atau Takeshi Kaneshiro dari Jepun berbanding mereka. Ya, bezanya media Asia termasuk di Malaysia jarang-jarang sekali mensensasikan gelaran terkacak atau tercantik itu. Tetapi itu tidak bermakna tidak ada mereka yang layak memasuki senarai itu di Malaysia.

Bilik Hotel Bawah Laut di Turki

Hotel ini berlokasi di bekas kilang rokok, berdekatan sebuah bangunan bersejarah tahun 1930 an di Laut Mediterranean, Istanbul Turki. Kompleks hotel ini terdiri daripada bangunan 7 tingkat yang kesemua lantainya berada di dasar laut serta semua bilik hotel dipastikan mempunyai pemandangan bawah laut yang indah. Hotel ini juga akan menjadi salah satu hotel yang berstatus 7 bintang dan pastinya 100 % kalis air (waterproof). 

Canggih! Saintis Jepun Cipta Robot Seperti Dalam Filem Avatar

Watak puak Navi dalam filem blokbuster Avatar , hampir menjadi kenyataan melalui penciptaan robot rekaan Jepun yang mampu meniru pergerakan individu yang mengawalnya. Untuk mengawal robot TELESAR V, seseorang perlu memakai kelengkapan khas yang bukan sahaja membolehkan mereka memberi arahan kepada mesin tersebut, malah juga boleh melihat, mendengar dan merasa sama seperti robot android berkenaan. "Apabila saya memakai peralatan khas dan menggerakkan badan saya, tangan saya seolah-olah 'berubah' menjadi tangan robot. Pandangan saya juga berbeza setiap kali menggerakkan kepala. Pengalaman ini sangat pelik kerana anda dapat rasakan yang anda adalah robot," katanya.

Baju Pengantin Muslimah ala K-Pop Dicipta

Mengambil inspirasi pakaian tradisional Korea Selatan dikenali sebagai Hanbok atau Choson-ot untuk Korea Utara serta kegilaan masyarakat terhadap filem serta drama Korea memberi idea kepada pereka serta pemilik Udaimatunnur, Ismail Abd Rahman. Dia menghasilkan rekaan pakaian pengantin Korea berkonsepkan Malaysia dengan mengambil ciri-ciri Hanbok seperti gabungan warna ceria merah dan putih berpotongan gaun kembang yang disesuaikan untuk pengantin Muslimah.