Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Hot Issue

5 Fenomena Yang Dijangka Berlaku Susulan Kemenangan President Donald Trump!

Siapa sangka, seorang bintang realiti TV, penaja pertandingan ratu cantik, seorang taikun hartanah yang tidak pernah mempunyai pengalaman dalam politik, dipilih menjadi President Amerika Syarikat. Sesuatu yang mengejutkan seluruh dunia, bahkan sebahagian rakyat Amerika sendiri! Berdasarkan ucapan-ucapan Trump sepanjang kempen president, berikut 5 fenomena menggegar dunia yang dijangka bakal berlaku susulan kemenangan itu:

Keindahan Tasik Viral 'Pepsi Blue' di Terengganu

Ia hanyalah sebuah lombong tinggal, tetapi keindahannya yang luar biasa menyebabkan bekas lombong ini dikunjungi ramai pengunjung. Air tasik yang berwarna biru dan bentuk batuan menakjubkan menawarkan pemandangan yang saling tak tumpah seperti di luar negara.

Kartun-Kartun Menghina Islam Oleh Majalah Tabloid Charlie Hebdo

Minggu lepas (7 Januari 2015), dunia dikejutkan oleh kejadian serangan di pejabat akhbar tabloid mingguan Charlie Hedbo, di Paris, Perancis. Kejadian itu telah meragut nyawa sebanyak 12 orang, termasuk 4 daripadanya adalah kartunis Charlie Hedbo. Kejadian serangan ini dikatakan berlaku sebagai tindak balas terhadap penghinaan/perlecehan yang dilakukan oleh majalah ini terhadap Islam.

Malaysia Negara Perdagangan Ke-11 Terbesar Bagi ISRAEL

Malaysia memang diketahui sebagai negara yang tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara haram Israel. Tetapi dari segi hubungan perdagangan, Malaysia adalah antara 'rakan dagang' terbesar bagi Israel.

Mengintip Terowong HAMAS Yang Buat Israel Ketakutan dan Cuba Memusnahkannya

Dalam sebuah perang darat, seorang tentera Israel, Leftenan Kolonel Oshik Azulai, terkejut sekaligus takut. Dia melihat sebuah terowong gelap di perbatasan Semenanjung Gaza, Palestin. Kedalamannya mencecah sekitar 46 meter.

Galeri (30 GAMBAR) Tragedi Pesawat Malaysia Airlines MH17 Terhempas di Ukraine

Satu lagi ujian buat Malaysia Airlines dan buat kita rakyat Malaysia keseluruhannya. Satu berita yang amat menyedihkan. Semoga Allah memberi ketabahan buat kita dalam mendepani ujian ini.  Setakat ini pihak MAS telah mengesahkan seramai 298 penumpang dan anak kapal terkorban dalam kejadian ini. Pesawat MH17 terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas, dipercayai ditembak pelancar peluru berpandu di pekan Shakhtarsk di timur Ukraine.

Warga Yahudi Israel Tonton Gaza Dibom Seperti di Panggung Wayang

Pemandangan kontra terjadi di Semenanjung Gaza, Palestin dan padang pasir Negev, Israel. Dua wilayah ini bersempadan, tetapi warga Gaza bertarung nyawa sedangkan warga Negev sebaliknya menonton tragedi itu. Sebuah foto yang dipost di Twitter oleh wartawan Denmark menggambarkan warga Israel sedang duduk-duduk di puncak bukit, menonton gempuran ke atas Gaza, dan bersorak saat bom-bom skala besar Israel menghentam wilayah Palestin tersebut.

Pesawat MH370 Sah Terhempas Di Selatan Lautan Hindi - Kenyataan Penuh Media Oleh PM Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu terhempas di selatan Lautan Hindi di barat daya Australia.

Co-Pilot Pesawat MAS MH370 Pernah Bawa Masuk Wanita ke Kokpit Pesawat, Langgar Peraturan

Seorang CO -PILOT yang turut mengemudi penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang kini dilaporkan hilang pernah menjemput pelancong Melbourne dan rakannya ke dalam kokpit pesawat di mana dia dilaporkan merokok, mengambil gambar dan melayan pasangan pelancong itu semasa penerbangan antarabangsa sebelumnya.

Wajah 2 Penumpang PALSU Dalam Pesawat MH370

Polis kenal pasti penumpang MH370 yang mengguna pasport curi sebagai lelaki warga Iran yang mahu berhijrah ke Jerman dan tidak disyaki pengganas, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Beliau berkata, ibu warga negara Iran berkenaan yang berusia 19 tahun, sememangnya menunggu anaknya di Franfurt dan mengetahui anaknya itu menggunakan pasport curi.

9 TEORI Konspirasi Kehilangan Pesawat MAS MH370

TEORI 1: Kegagalan Enjin Terjadinya bencana struktural akibat kegagalan enjin pada Rolls-Royce Trent 800 yang dipakai di Boeing 777-200 MAS.  Kebanyakan pesawat diperbuat dari aluminium sehingga seiring perjalanan waktu akan kalis terhadap corrosion, terutama pada kawasan-kawasan dengan kelembaban tinggi. Namun melihat pada sejarah panjang pesawat termasuk catatan keselamatan yang baik, para pakar  menepis kemungkinan ini terjadi pada MH370 . 

Tentera Vietnam Lapor Telah Temui Pintu dan Ekor Pesawat MH370

Laporan dari Dailymail menyebut bahawa pasukan operasi mencari dan menyelamat Vietnam telah menemui beberapa serpihan dipercayai sebahagian dari pintu dan ekor pesawat MH370. Serpihan ini dijumpai sekitar 50 batu nautika dari arah barat daya Pulau Tho Chu. Bagaimanapun, laporan ini masih belum disahkan oleh pihak MAS. From above: A picture taken by personnel on a Vietnamese search aircraft and made available by Tienphong.vn shows what is believed to be a piece of debris of missing Malaysia Airlines airplane at an undisclosed location.

MH370: Kenapa Malaysia Tidak Guna Kapal Selam Scorpene Dalam Usaha Menyelamat Pesawat #MH370?

Kenapa Malaysia Tidak Menggunakan Kapal Selam Scorpene Dalam Usaha Menyelamat Pesawat #MH370? Jawapannya, kerana kapal selam scorpene adalah kapal selam tempur. Ia tidak dilengkapi dengan kemudahan mencari dan menyelamat.

Memahami Undang-Undang Anti Kekerasan Kanak-Kanak di Sweden

Mungkin ramai yang kurang jelas dengan isu pasangan suami isteri rakyat Malaysia yang bekerja di Sweden ditahan reman kerana didakwa memukul anak mereka yang berumur 12 tahun kerana tidak menunaikan solat.

Mustahil Malaysia, Indonesia, Filipina Akan Turun Salji - Jabatan Metereologi

“Suhu sejuk daripada biasa yang dirasai di kebanyakan tempat terutama kawasan pantai timur dan utara Semenanjung pada minggu ini disebabkan tiupan angin timur laut yang agak kencang dari tanah besar China yang kini sedang mengalami musim sejuk.

Kejadian Salji Turun di Indonesia Adalah Berita PALSU Semata-mata

Satu dua hari ini, newsfeed di Facebook  dan juga di Twitter dihujani dengan perkongsian berita tentang Salji yang kononnya turun di Indonesia buat pertama kalinya. Ramai yang share dengan melulu tanpa mengkaji terlebih dahulu kebenarannya. 

Fenomena Kangkung - The Best of the Best!

Hari ni fenomena kangkung melanda satu Malaysia. Well, malas nak komen panjang, cuma rasa nak tergelak je...kangkung sungguh!

Kesan Domino Kenaikan Harga Minyak 20 Sen

Kesan domino adalah satu frasa kata yang mendefinisikan kesan berangkaian dan saling kait mengait di antara satu perkara kepada perkara yang lain. Sekeping domino yang dijatuhkan akan menjatuhkan domino-domino lain yang tersusun secara satu persatu sehingga selesai kesemuanya. Begitu juga dengan apa yang akan terjadi kepada sesuatu perkara yang dikaitkan dengan kesan domino.

Orang Bangla Bakal Jadi Suku Kaum Ketiga Terbesar di Malaysia?

Pertama sekali Encik Billy memohon maaf andai entri ini bersifat perkauman, tetapi inilah isu yang Encik Billy ingin ketengahkan. Membaca berita di akhbar-akhbar utama semalam, Encik Billy jadi terkejut. Seramai 1.4 juta pekerja Bangladesh dijangka dibawa masuk secara berperingkat ke negara ini bermula awal tahun depan dan mereka juga bakal diberi kad pengenalan khas . 1.4 juta? Seriously? Campur dengan yang ada sekarang ni di Malaysia (kira-kira hampir setengah juta), besar kemungkinan orang Bangla bakal jadi suku kaum ke-3 terbesar di Malaysia menggantikan kaum India selepas ini. Ia bukan mustahil.

Kronologi Kemalangan Maut di Genting Highlands Sejak 17 Tahun Lalu

Nahas bas ekspres yang terjunam sejauh 70 meter ke dalam gaung di KM3.5 Genting Highlands hari ini adalah kemalangan paling buruk pernah berlaku di kawasan itu dalam tempoh 17 tahun. Setakat ini 37 orang disahkan terkorban dalam tragedi yang berlaku kira-kira 2.45 petang itu. Bas itu dipercayai membawa 53 penumpang dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu negara.