Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2010

5 Billionaire Muda Terkaya di Dunia 2010

1. Prince Albert von Thurn und Taxis         Net worth: $2.1 billion Age: 25     Pertama kali muncul di dalam senarai World's Billionaires pada usia 8 tahun, tapi secara rasmi mewarisi kekayaan pada Jun 2001, pada hari ulang tahunnya yang ke-18. Mendapat pendidikan sekolah tinggi di Rome dan kemudiannya belajar ekonomi dan teologi di Universiti Edinburgh di Scotland. Aset meliputi real estate, seni, sebuah syarikat teknologi dan 30000 hektar hutan di Jerman.    2. Sergey Brin        Net worth: $12 billion Age: 35     Syarikat enjin carian Google terus mendominasi perniagaan carian walaupun menghadapi tentangan kuat. Saham syarikat turun 30% dalam 12 bulan terakhir, mengecil $6.7 billion dari imbangan data peribadi. Merupakan anak seorang Profesor yang berpindah dari Rusia dan bertemu dengan seorang rakan, Larry Page dalam ilmu komputer Ph.D di Stanford University. Mereka berdua memutuskan untuk menamatkan pengajian pada tahun 1998 untuk memulakan Google dari garas seorang teman

Ilusi Optik 3: Subhanallah!

Seorang kawan send gambar kalimah Allah ini kepada saya melalui laman sosial Tagged. Dan saya yakin dia juga mendapat gambar ini daripada orang lain. Kredit to the real owner. Menariknya gambar ini ialah anda bermain dengan ilusi pandangan mata anda. Kena cuba baru tahu...

MV Agusta Sekali Lagi Dijual Satu Euro

Reaksi pertama aku setelah membaca berita ini adalah; apa reaksi Tun Dr. Mahathir Mohamad? Bekas Perdana Menteri Malaysia itu sebelum ini begitu lantang mengkritik keputusan Proton yang turut menjual syarikat MV Agusta pada harga satu euro. Di ROM - Syarikat pengeluar motosikal terkenal dunia, Harley-Davidson menjual syarikat motosikal berkuasa tinggi MV Agusta yang pernah dibeli oleh syarikat Proton dari Malaysia pada harga satu euro (RM4.01), lapor majalah dalam talian, Motorcycle.co m.  Lagi berita sambungan:

Bilik Hotel Dikelilingi Ikan

MALE - Sebuah hotel di Pulau Rangali, Maldives menyediakan sebuah bilik unik di bawah dasar laut dengan pemandangan dikelilingi ikan. Bilik itu disediakan khas untuk pasangan yang mahu berbulan madu di pulau tersebut.Penghuni bilik itu akan dapat melihat ikan pari, belut dan pelbagai jenis ikan lain pada harga £1,156 (RM5,681) untuk menginap selama satu malam. Tempahan untuk menduduki bilik itu perlu dibuat 14 hari lebih awal daripada tarikh penginapan.Bilik itu pada asalnya ialah sebuah restoran tetapi ia diubah suai sempena dengan ulang tahun kelima hotel berkenaan. sumber: kosmo

Indoor Beach di Jepun

Ini adalah antara gambar indoor beach yang terdapat di Jepun. Di Malaysia juga banyak pantai buatan seperti ini contohnya di Port Dickson, Sunway Lagoon dan Lost World of Tambun tetapi dibuat di ruang terbuka, bukan di ruang tertutup seperti di Jepun ini. Lagi gambar-gambar menarik: .

Marion Counter akan Kahwin dengan SM Nasarudin

 Hari ni baca paper Utusan, keluarlah berita seperti tajuk dekat atas tue. Mereka akan berkahwin pada Disember ni. Mungkin akan jadi wedding of the year tahun 2010 kot. Pastinya ramai jejaka-jejaka haus dekat luar sana hanya mampu menggigit bibir melihat Marion Counter yang hot ini sudah menjadi milik orang. Pastinya juga ada gadis-gadis gersang di luar sana yang menggigit jari sampai putus melihatkan jejaka idaman mereka yang seperti novel-novel melayu (kaya+hensem+ceo syarikat besar) sudah dikebas orang. Lagi info dan gambar2 menarik:

Botol Wine Terbesar di Dunia

Besar gila botol wine ni! Kan?  . Tetapi mengikut sumber artikel ini ( dari arenaphoto.blogspot ), rasa wine ini kurang sedap kerana saiz botol yang besar akan menghasilkan rasa wain yang berlainan berbanding botol yang kecik. Betulke? Fakta Ringkas : Tarikh pembuatan : tahun 2006 Memerlukan kos sebanyak 3600 euro dan sebuah gudang pembuatan wine yang besar Saiz botol : 18 liter, bandingkan dengan saiz botol biasa yg hanya 750ml Dilelong pada harga antara 3600-4800 euro Lagi Gambar-Gambar:

Snippets (2)- 20 Fakta Menarik Hari Ini

1. Sebelum Masehi di dalam bahasa inggerisnya adalah B.C (Before Christ). Setelah Masehi  adalah A.D (Anno Domini)  2. Ikan yu kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam masa 24 jam sahaja 3. Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman 4. Nama kereta Nissan berasal dari bahasa jepun Ni : 2 dan San : 3. Nissan : 23 5. Zirafah dan tikus boleh bertahan hidup lebih lama tanpa air daripada unta 6. Perut memproduksi lapisan lendir setiap dua minggu agar perut tidak tercerna organnya sendiri. 7. 98% dari perkosaan dan pembunuhan dilakukan oleh keluarga dekat atau teman si mangsa. 8. Semut dapat mengangkat beban 50 kali tubuhnya 9. Deklarasi Kemerdekaan Amerika ditulis diatas kertas marijuana 10. Titik diatas huruf i disebut ‘title’

Buah Lychee Mengandungi Lemak Khinzir

 Copy paste dari laman blogger lain. Sekadar menyampaikan info.. . KESEMUA YG DI DALAM GAMBAR MENGANDUNGI LEMAK KHINZIR. JAKIM telah menghantar sura t pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut. . Lagi Info:

Unreal Pictures which are Real

Gambar-gambar benar yang dirakam tanpa menggunakan sebarang teknik kamera ataupun photo editing...percaya atau tidak? Lagi gambar-gambar menarik....:

Burung Hantu Dengan Kepala Terbalik

Bukan leher patah tetapi seekor burung hantu di AS gemar berpura-pura menterbalikkan kepalanya, lapor sebuah akhbar di sana. Telatah burung hantu yang nakal itu dirakamkan oleh seorang jurugambar hidupan liar AS, Rob Palmer di Colorado. Burung hantu berusia enam minggu itu turut dirakamkan cuba mengejutkan adik beradiknya yang sedang tidur. Ia mendekatkan kepalanya seolah-seolah mahu memberi ciuman pada adik beradiknya. sumber: kosmo ......

Malaysia ke-37 senarai Negara Terbaik Dunia

Majalah antarabangsa Newsweek meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-37 dalam senarai Negara Terbaik Dunia dan ketiga di rantau Asia sebagai negara pilihan yang mampu menyediakan tempat untuk hidup lebih selesa dan sihat, selamat, sejahtera serta maju. Majalah Newsweek memilih pencapaian itu berdasarkan lima kategori iaitu pendidikan, kesihatan, kualiti kehidupan, daya saing ekonomi dan persekitaran politik yang menjurus kepada kesejahteraan negara. Fakta Ringkas: Kategori pendidikan : tempat ke-36 dengan markah 86.43% Kategori kesihatan : tempat ke-52 dengan markah 71.02% Kategori kualiti kehidupan : tempat ke-48, markah 69.28% Kualiti daya saing ekonomi : tempat ke-14, markah 61.93% Kategori persekitaran politik : tempat ke 54, markah 59.80% Kedudukan keseluruhan adalah di tempat ke-37 dengan markah 69.69%  Lagi info menarik:

Majlis Berbuka Puasa Terbesar di Dunia

Sebuah daerah di Istanbul dilaporkan mencatat rekod dunia dengan menganjurkan satu majlis iftar atau berbuka puasa besar-besaran yang dihadiri sekurang-kurangnya 40,000 orang. Fakta ringkas : Tempat berlangsung : Esenler, Istanbul Turki di Atisalani Aveneu Rekod : tiga baris meja berbuka sepanjang 10 kilometer Kehadiran : 40 ribu orang Hidangan :  10 tan beras, lapan tan daging, 1,500 dulang kuih muih, 100,000 botol air dan 45,000 cawan ayran iaitu sejenis minuman tempatan berasaskan dadih selain jus buah-buahan. Lagi gambar-gambar menarik:

Tikus Gergasi Ditemui di Dalam Rumah

Tikus yang ditangkap   Penduduk di kawasan kediaman Ravenscliffe di sini mengadu kepada pihak berkuasa Britain mengenai kemunculan spesies tikus bersaiz gergasi ditemui di dalam rumah mereka, lapor sebuah akhbar semalam.   Seorang penduduk, Brandon Goddard, 31, mendakwa, dia berjaya menembak mati seekor tikus itu yang sepanjang 76 sentimeter (sm). Namun dia kemudian mendapati terdapat beberapa lagi ekor tikus yang masih bebas berkeliaran di kawasan kediaman mereka. Lagi gambar-gambar tikus ini....

Taip 26 Perkataan dalam Masa 25 saat

Seorang wanita Britain, Melissa Thompson, 27, memecahkan rekod dunia apabila dia berjaya menaip mesej yang mengandungi 26 patah perkataan dalam tempoh 25 saat, lapor sebuah akhbar di Britain. Catatan itu adalah 9.6 saat lebih pantas berbanding rekod yang pernah dicatatkan sebelum ini. Namun, rekod itu masih diteliti sebelum disahkan oleh pihak Guinness . 

Bila Orang Kaya Meninggal

Beginilah jadinya bila seorang yang kaya (di Amerika Selatan) meninggal dunia. Semua benda yang melambangkan kekayaannya kalu boleh nak dibawa masuk ke dalam kubur.

Kolam Renang berisi 100000 Liter Cola

Tak tahulah apa faedahnya mereka-mereka ini semua melakukan kerja gila seperti ini. Tetapi inilah kenyataannya. Sebuah kolam renang di California, Amerika Syarikat dimuatkan dengan air coke sehingga penuh. Kemudian kolam itu digunakan untuk bermandi-manda!

Ramadan Di Seluruh Dunia

Palestin Afghanistan Kashmir, India Bosnia Indonesia Lagi Gambar-gambar menarik, klik di bawah

9 Nama-Nama Terpanjang di Dunia

1. Nama Orang Terpanjang Autumn Sullivan Corbett Fitzsimmons Jeffries Hart Burns Johnson Willard Dempsey Tunney Schmeling Sharkey Carnera Baer Braddock Louis Charles Walcott Marciano Patterson Johansson Liston Clay Frazier Foreman Bro wn Nama yang mempunyai 27 perkataan ini adalah milik seorang lelaki di UK. Namanya diambil dari 25 nama petinju terkenal dari seluruh dunia. Baki 2 nama lagi adalah nama depan dan nama keluarga. Agak-agaknya di Malaysia, siapa yang mempunyai nama terpanjang ya? 2. Nama Kampung Terpanjang Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrob wllllantysiliogogogoch

Snippets (1)

Fakta-fakta dari Internet: Manusia boleh merasa gula dalam cecair jika nisbah gula 1 dalam 200 bahagian air. Tetapi rama-rama melakukannya 1 dalam 300 000. Menurut Institute of Development Studies di Susses, United Kingdom, menjelang 2020 lebih 8.5 juta penduduk Dunia Ketiga (termasuk Malaysia) akan mati kerana rokok. Mereka yang tidur berdengkur menghadapi risiko diserang angin ahmar . Dengkuran menyebabkan kandungan oksigen

Epal Merah Dari Iran

Anda mungkin pernah memakan epal berwarna merah tetapi pernahkah anda melihat epal yang isinya juga berwarna merah? Inilah istimewanya epal merah dari Iran yang baru-baru ini telah diekspot ke UK. Fakta: Asal : Bakran, sebuah kampung yang terletak di wilayah Semnan, 70km dari Shahroud Iran Merupakan tanaman tradisi penduduk kawasan perkampungan itu, berusia lebih dari 150 tahun. Tinggi anti-oksida Dieksport ke UK mulai 2010

Coklat Bar Terpanjang (Sedap2 !)

Sebuah pekan kecil, Rivarolo, tidak jauh dari Turin Itali, berjaya mencipta rekod dan mendapatkan Guinness World of Records untuk coklat bar terpanjang di dunia. Fakta: Panjang - 11.57 meter Rekod sebelum - 6.98 meter Pemegang rekod - A. Giordano(seorang pembuat coklat) bersama pasukannya Mendapat penajaan oleh sebuah pusat perbelanjaan Rivarolo

Ilusi Optik 2: Pandang Saya

Cuba tenung mata saya. Cuba tenung lama-lama. Boleh ke idak?

Kapal Udara Terbesar di Dunia

Fakta: Panjang - 71.62 meter Diameter - 19.18 meter Syarikat - E-Green Tecnologies, berpangkalan di US Harga - AS$7.8 juta (RM25.7 juta) Dibina menggunakan sejenis bahan nipis tetapi 10 kali ganda lebih kukuh berbanding besi Dibekalkan dengan 7 beg berisi gas helium Bergerak pada kelajuan 56 km sejam.

Bot Macam Ikan Jerung

Seorang jutawan di Amerika Syarikat (AS), Rob Innes memasarkan bot mirip ikan jerung putih dengan harga sekitar AS$93,476 (RM295,153). Dinamakan Seabreacher X, bot itu meluncur laju di permukaan air, berpusing dan melompat setinggi beberapa meter. Ia bukanlah sebuah kapal selam.

20 Kelab Bola Sepak Terkaya di Dunia 2010

Berdasarkan senarai Forbes, berikut adalah top 20 richest football club pada 2010: 1. Manchester United - $1.84 billion (RM5.89 billion) 2. Real Madrid - $1.32 billion ( RM 4.22 billion) 3. Arsenal - $1.18 billion ( RM3.78 billion) 4. Barcelo na - $1 billion (RM 3.2 billion)

Senarai Hotel di Kuala Lumpur yang Mendapat Pengesahan Halal

1. ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR- BANQUET KITCHEN 2. ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR- PASTRY KITCHEN 3. ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR- SAFFRON BRASSERIE (KITCHEN) 4. ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR- BUTCHER ROOM 5. BRISDALE INTERNATIONAL HOTEL- RESTORAN SITI KHADIJAH 6. CRYSTAL CROWN HOTEL- CROWN CAFE @ CRYSTAL CROWN HOTEL 7. DYNASTY HOTEL KUALA LUMPUR- ASEANA COFFEE HOUSE (LEVEL 1) 8. DYNASTY HOTEL KUALA LUMPUR- BANQUET KITCHEN (LEVEL 4) 9. DYNASTY HOTEL KUALA LUMPUR- PASTRY KITCHEN 10. FALCON POINT (CITRUS HOTEL KL) - CITRUS HOTEL MAIN KITCHEN 11. GRAND SEASONS HOTEL- CHINESE BANQUET KITCHEN @ 2ND FLOOR 12. GRAND SEASONS HOTEL- O'LAS KITCHEN - WESTERN, LOCAL COLD, PANTRY @ B1 FLOOR. 13. GRAND SEASONS HOTEL- PASTRY KITCHEN @ GROUND FLOOR 14. GRAND SEASONS HOTEL- INDIAN FOOD KITCHEN @ 1ST FLOOR 15. GRAND SEASONS HOTEL- LOCAL KITCHEN @ B1 16. GRAND SEASONS HOTEL- PASTRY KITCHEN @ GROUND FLOOR 17. GRAND SEASONS

Kesilapan Kerap Muslim di Bulan Ramadhan

Sekadar berkongsi. Artikel adalah ihsan dan milik www.zaharuddin.net. 1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari) 2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah

Produk Kecantikan/ Kesihatan yang Memudarat

Bagi anda yang obses kepada kecantikan, awas dengan kehadiran produk-produk berikut di pasaran. Produk-produk ini telah disenarai hitamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna. Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan Malaysia Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine: Kintop Body Beaus BMI-9 Xylimming Capsule Senna Plus Capsule Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine: Lami Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine: Obexlim Slimax Coffee Beaute Fit Body Conto ur Body Trimz

Cara Membuat Dadih

Ramadhan ke-3 hari tu, saya berpeluang belajar membuat dadih melalui resepi yang diperoleh daripada internet. Disebabkan berpuasa, saya tidak merasa dadih yang dimasak terlebih dahulu sehinggalah waktu berbuka. Rupa-rupanya dadih yang saya masak itu kurang manis dan sedikit tawar. Tapi tak kisah sangat kan...kata orang, kurangkan manis pada masakan, lebihkan manis pada senyuman...hihihi.... Berikut adalah resepi yang saya gunakan. Bahan-bahan : 1 liter air 1 liter susu segar 1 cawan gula 11 g serbuk agar2(2 sudu besar) secubit garam perisa (jagung,strawberi,milo dll) Cara-cara masak air dgn gula sampai gula hancur. masukkan susu, serbuk agar2 dan secubit garam. panaskan sehingga mendidih dan kacau hingga sebati. tutup api dan tapiskan ke dalam bekas2 kecil(kalo nak masukkan perisa, bahagikan dadih kepada beberapa bahagian dan tambahkan perisa). simpan di dalam peti ais sehingga dadih menjadi pepejal. Lepastu, bolehlah makan! => perisa yg saya buat hari itu- perisa as

Pisang Berbuah 1000 Biji

Pokok pisang ini tumbuh di sebuah pulau di Indonesia dan mampu menghasilkan kira-kira 1000 biji pisang setandan. Tinggi/panjang tandan pisang ini mencapai sehingga 1.7 meter. sumber: arenaphoto.blogspot

Lelaki Miliki Buah Dada Terbesar

Pertama-tama sekali, ini bukan entri lucah. Gambar-gambar yang dipaparkan di sini juga bukanlah gambar lucah...harap maklum! Seorang lelaki di Beijing dikatakan mempunyai buah dada terbesar dan terberat di dunia. Namun, buah dada sebesar saiz bola sepak milik seorang lelaki China berumur 53 tahun kini menjadi kecil setelah dia menjalani pembedahan selama enam jam, lapor sebuah akhbar semalam. Lelaki itu, Guo Qingpo menjalani pembedahan di sebuah hospital di Dezhou, wilayah Shandong baru-baru ini. Buah dada lelaki itu membesar dengan tiba-tiba pada 2008. Seramai 20 pakar dari lapan jabatan berusaha mencari kaedah untuk mengurangkan buah dada itu dengan pembedahan dianggap satu pilihan terbaik. Dua buah dada lelaki itu seberat 5 kilogram. Lelaki itu keluar dari hospital itu pada penghujung April lalu selepas sebulan dia menjalani pembedahan. Dalam bidang perubatan, penyakit yang dialami oleh lelaki itu dikenali sebagai Gynecomastia , satu simptom pembesaran buah dada akibat tumor

Bermain Luncur Air Bersama Binatang Alpaca

Seekor binatang bernama Alpaca (macam hanjing, macam unta pun ada jugak) menarik perhatian orang ramai di sebuah pantai di Lima, Peru baru-baru ini. Binatang itu dilihat sedang bermain luncur air bersama tuannya dan dilihat seperti peluncur yang benar-benar mahir.