Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

Benarkah PEPSI Singkatan Daripada “Pay Every Penny to Save Israel” ??

Para cendekiawan Islam Timur Tengah menyatakan mereka tidak akan pernah menarik balik pernyataannya bahawa Pepsi Cola secara asasnya adalah nama kod bagi komplot Zionis. Institut Kajian Media Timur Tengah (MEMRI) telah mengeluarkan kenyataan berbahasa Inggeris yang diberikan oleh seorang cendekiawan Islam di Mesir bulan Februari yang lalu, di mana dikhabarkan bahawa PEPSI sebenarnya adalah singkatan daripada ayat “Pay Every Penny to Save Israel” atau “Sumbangkan setiap wang untuk menyelamatkan Israel.” Selain itu, seorang anggota parlimen pergerakan Hamas di Gaza juga mengeluarkan kenyataan yang sama tentang perkara tersebut tahun lalu. Berbicara dalam stesyen TV Al-Aqsha, anggota perlimen Salem Salamah menyatakan, “Terdapat pelbagai syarikat yang didirikan oleh kolonialis dan penjajah – pelbagai syarikat besar dengan banyak cawangan diseluruh penjuru dunia, seperti Pepsi, Pepsi Cola. Ini adalah syarikat terkemuka. Pepsi adalah singkatan dari Pay Every Penny t

Rahsia Kejayaan Pengasas Syarikat Kurma Yusuf Taiyoob

Nama Yusuf Taiyoob memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma, apatah lagi jika disebut nama seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta. Yusuf Taiyoob Sdn Bhd Usahawan Islam yang sangat sinonim dengan produk kurma  ini bernama Datuk Yusuf Taiyoob, 47, yang memiliki empayar perniagaan sendiri bernama Yusuf Taiyoob Sdn Bhd. Kesungguhan beliau untuk berjaya dalam bidang perniagaan sememangnya tidak dapat dinafikan. Zaman remaja beliau sudah bermandikan cabaran demi cabaran dalam dunia perniagaan. Bermula dengan penjualan minyak wangi di Lapangan Terbang Bayan Lepas, yang diadun sendiri oleh beliau ketika berumur 19 tahun, penerimaan pada peringkat awal adalah sangat memberangsangkan. Sehinggalah pada satu ketika, beliau jatuh sakit (muntah darah akibat pendarahan dalaman yang serius) akibat tekanan yang dihadapi dek kerana penjualan yang merudum teruk.

Baitulmaqdis Diiktiraf Milik Israel

Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) dari Parti Republikan, Mitt Romney semalam mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Tindakan beliau itu adalah satu sokongan pemilikan ke atas wilayah yang diduduki oleh rejim Zionis walaupun ia tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. "Ia adalah satu pengalaman bermakna berada di Baitulmaqdis, ibu negara Israel," ucap Romney ketika berada di sini, sempena lawatannya ke Israel, semalam, menjelang pilihan raya AS November ini. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berterima kasih kepada beliau dan menyifatkannya sebagai kenyataan sokongan yang paling lantang dan hubungan persahabatan dengan Israel.

Ibu Lahirkan Kembar 7, Namun Pemerintah China Hanya Benarkan 1 Sahaja Untuk Hidup

Jinan Huang, seorang ibu berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 7 di Shanghai, China. Wanita itu ketika ini berada dalam keadaan stabil setelah melalui proses melahirkan kesemua bayi itu yang memakan masa 31 jam, diberikan kesempatan selama 1 minggu oleh pihak berkuasa China untuk memutuskan 1 bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan kelak. “Saya bersama suami belum memutuskan sebarang pilihan lagi,” ujar Jinan yang ditemui wartawan beberapa minit setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi. “Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh sebab itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak dapat menjaga kami ketika tua ini.”

5 Batmobile Canggih Dalam Filem Batman

Batman tidak dapat dipisahkan dengan kenderaan canggih Batmobile. Kemunculannya memang ditunggu-tunggu. Desain dan teknologi yang diterapkan, selalu mengundang kekaguman para penggemarnya. Berikut 5 Batmobile canggih dalam filem Batman 1. Batmobile; Batman Siri TV Kereta Batman ini dikatakan sebagai 'paling cikai' diantara koleksi-koleksi Batmobile yang lain. Sebagai pioneer, kehadirannya menginspirasikan batmobile-batmobile yang lainnya sehingga kini. Ia dibangunkan untuk digunakan dalam aksi siri televisyen Batman (1966-1968). Basisnya diambil dari kereta keluaran Lincoln Futura Konsep keluaran 1955, yang awalnya dibuat oleh William M. Schmidt dan desainnya dari pasukan  Styling Lincoln Department. Batmobile versi ini dilengkapi mesin 390 in³, V-8 (“atomic turbine”), dengan transmisi B&M Hydro Automatic (2nd transmission).

Motorsikal Terpanjang di Dunia

Diperkenalkan pada pameran Zhejiang International Bicycle Electric-Cycle Exhibition, motorsikal berkuasa elektrik sepanjang 5.2 meter ini dapat dibonceng oleh 8 orang dewasa dan pembuatnya sudah menghantar ciptaannya untuk diiktiraf oleh Guinness Record sebagai World’s Longest Electric Bike .  

20 Gambar Terbaik Sekitar Pembukaan Sukan Olimpik London 2012

Great Britain selaku tuan rumah mempersembahkan gabungan suasana tradisional dan moden bagi menggambarkan proses transformasi yang dilaluinya sebagai latar belakang kepada acara pembukaan rasmi gilang-gemilang Sukan Olimpik ke-30. Acara pembukaan bermula pada pukul 9 malam (waktu tempatan) di Stadium Olimpik yang boleh memuat 80,000 penonton yang terletak di Stratford, Timur London.

Kesan Buruk Menggunakan Laptop Tanpa Bateri

Kebanyakan orang bersetuju bahawa menggunakan laptop sambil menge'charge' bateri akan membuatkan jangka hayat bateri menjadi pendek dan lama kelamaan akan merosakkan bateri. Tetapi segelintir pakar mengatakan bahawa menggunakan laptop secara langsung tanpa menggunakan bateri sebaliknya berpotensi merosakkan komponen-komponen tertentu di dalam laptop. Sebenarnya kedua-dua pendapat ini tidak salah, tetapi perlu diketahui bahawa menggunakan laptop tanpa menggunakan bateri yang dihubungkan terus ke soket elektrik adalah lebih teruk kesannya.

Gila..Azarbaijan Pindah Solat Jumaat ke Hari Sabtu

  Jawatankuasa Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Republik Azarbaijan memerintahkan kepada para khatib masjid di seluruh negara itu untuk melaksanakan solat Jumaat pada hari Sabtu. Arahan itu dikeluarkan pada 30 Jun yang lalu. Alasan pemindahan tersebut kerana dinilai mengganggu jam kerja, di mana hari Jumaat di Azarbaijan adalah hari kerja rasmi negara itu. Menurut pemerintah Azarbaijan, pemindahan solat Jumaat ke hari Sabtu diharapkan dapat mengurangkan beban para pegawai dan pekerja pemerintah.

Alat Untuk Memancungkan Hidung

Berita baik bagi anda yang berhidung kemek atau kurang mancung, kini terdapat satu alat untuk memancungkan hidung yang tentunya lebih murah jika dibandingkan dengan pembedahan plastik.    Alat ini yang dikenali sebagai Beauty Lift High Nose, adalah alat memancungkan hidung, keluaran syarikat Omni, iaitu sebuah syarikat di Jepun. Alat ini dikatakan dapat memancungkan hidung dengan bantuan sejenis alat getaran (vibrator) di dalamnya. Ia dijual pada harga sekitar USD 83 (RM 258) seunit.

Lagu Tema Kemerdekaan ke-55 Berbaur Politik??

Kecewa Encik Billy dengan lagu sebegini...kenapa perlu dipolitikkan? Tak macam lagu-lagu terdahulu yang mana membangkitkan semangat cintakan negara dan bersifat sejagat yang sesuai dinyanyikan oleh semua golongan. Jangan bohonglah kalau korang baca lirik lagu di bawah ini, korang rasa ia langsung tak berbaur politik!

20 Pertanyaan Rasulullah Kepada Iblis

Allah SWT telah memerintahkan seorang Malaikat menemui Iblis supaya dia menghadap Rasulullah saw untuk memberitahu segala rahsianya, baik yang disukai mahupun yang dibencinya. Tujuannya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad SAW dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia. Maka Malaikat  pun berjumpa Iblis dan berkata, “Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar memberi perintah untuk menghadap Rasullullah saw. Hendaklah engkau buka segala rahasiamu dan apapun yang ditanya Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya.Sekiranya  engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan terputus semua anggota badanmu, uratmu, serta disiksa dengan azab yang amat keras.”

Awas Kesan Buruk Hisap Rokok Sebaik Berbuka Puasa

Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan. Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya. Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan.

[Ilusi Optik 23] Seni Lukisan TUBUH Yang Menipu

Choo-san, seorang pelajar universiti di Jepun menggunakan cat acrylic untuk menghasilkan imej ilusi ultra realistik pada tubuh manusia. Saksikan kehebatan teknik lukisan di bawah ini.

Cara-Cara Memasak di Dalam Kereta

Pernah terfikir untuk menjadikan kereta anda sebagai tempat memasak? Apa yang anda perlukan hanyalah dengan menjemurkan kereta anda di bawah panas cahaya matahari dan....tentunya masa yang sedikit lebih lama berbanding jika anda memasak di atas api. 

Pen Paling Canggih di Dunia

Color Picker adalah sejenis pen terbaru yang dapat meng'scan' warna dari sebarang benda di sekitar kita dan dapat digunakan dengan segera untuk melukis/menulis mengikut warna kesukaan kita.  Caranya, pertama imbaskan sensor pada objek yang warnanya kita inginkan. Kemudian tekan butang scan. RGB cartridge akan berfungsi sehingga warna yang kita inginkan muncul di skrin pada pen tersebut.

(GAMBAR) Suasana Majlis Berbuka Puasa di CHINA

Mungkin ramai yang tak tahu, penduduk Islam di China sebenarnya lebih ramai berbanding jumlah keseluruhan rakyat Malaysia sendiri. Dengan jumlah kira-kira 30 juta umat Islam di China, mereka bagaimanapun hanyalah minoriti daripada kira-kira 1.3 billion rakyat China. Walaupun minoriti, kemeriahan sambutan Ramadhan tetap tidak kurang hebatnya, malah mungkin lebih meriah berbanding di Malaysia.

(VIDEO) Majlis Perkahwinan Syafiq (16 tahun) dan Yana (14 tahun)

Encik Billy tengok sekarang ini dah jadi trend ramai pasangan kahwin awal @ kahwin pada usia yang muda, seperti generasi terdahulu. Namun perkahwinan di bawah ini agak menterkejutkan Encik Billy kerana kedua-dua pasangan ini tersangatlah muda (dalam konteks masyarakat moden hari ini), di mana pengantin lelaki baru berumur 16 tahun (form 4) dan pengantin perempuan berumur 14 tahun (form 2). 

Kanak-Kanak Ini Miliki Mata Seperti Kucing

Pakar perubatan di China telah dikejutkan dengan sepasang mata biru milik seorang kanak-kanak bernama Nong Youhui. Mata biru kanak-kanak ini mampu dilihat di dalam gelap dan memancarkan cahaya biru kehijauan seperti mana mata seekor kucing. Nong Youhui dikesan mempunyai mata yang unik ini ketika berusia baru 2 bulan. Bapanya kemudian membawa Youhui berjumpa dengan doktor, namun doktor mengatakan mata Youhui akan kembali menjadi hitam seiring usianya. Tetapi sehingga kini belum terlihat adanya sebarang perubahan. Ketika diuji oleh pakar perubatan, terbukti mata Youhui juga mampu melihat secara sempurna di tempat yang gelap. Tetapi hal ini sekaligus memberinya penglihatan yang sangat sensitif ketika hari terang.

Kahwin Cara Terbaik Untuk Berjimat

Langkah untuk berkahwin mungkin cara terbaik untuk menyimpan duit kerana pasangan yang mendirikan rumah tangga pada umumnya menggalakkan sikap berkorban dan tabiat menabung daripada berbelanja untuk suka-suka.  Satu kajian terbaru di Britain mendapati, mereka yang menjalin hubungan secara dasarnya akan mempunyai sekurang-kurangnya £68 (RM337) sebulan atau hampir £800 (RM4,000) setahun. Pasangan suami isteri juga biasanya mempunyai sasaran bersama seperti menyimpan wang untuk membeli rumah, untuk membiayai kehidupan berkeluarga atau bertujuan untuk tabungan menjadikan cara berbelanja juga terkawal.

Tahukah Anda Siapakah Yang Mencipta Liquid Paper?

Bette Nesmith Graham telah mencipta liquid paper pertama di dapurnya pada tahun 1951. Pada waktu itu dia bertugas sebagai jurutaip dan sering melakukan kesalahan ketika menaip. Untuk melindungi kesalahannya, dia mencipta cat putih yang diberi nama "Mistake Out" di dapur rumahnya. Dia membotolkan cecairnya dalam botol-botol kecil dan sering mendapat permintaan daripada rakan-rakan pejabatnya. Walau bagaimanapun, dia dibuang kerja sebagai jurutaip akibat kerjanya yang selalu bermasalah. Graham mula berjinak-jinak dengan perniagaan dan penyelidikan sehingga beliau dapat menghasilkan produk yang terbaik.

Resepi Air Kelapa Sirap Laici Perisa Lemon

Dah ada idea nak berbuka puasa dengan air apa Maghrib nanti? Belum? Meh sini Encik Billy nak share kan satu resepi air kelapa yang marvelous!  Bahan-Bahannya: 1 biji kelapa - ambil air dan isinyer 1/2 sudu makan sirap merah cordial - yang dah ada gula 5 biji buah laici 1 biji limau nipis beberapa ketul kiub ais

Pelajar Sekolah Guna Telefon Bimbit Tonton Bahan Lucah Meningkat

Ibu bapa diingatkan supaya mengawasi anak mereka dalam mengguna telefon bimbit pintar selepas kajian terbaru menunjukkan sebahagian besar mereka menggunakannya untuk mengakses gambar dan video lucah. Hanya 13 peratus pelajar itu dilengkapi dengan ciri pengawasan pada telefon masing-masing, menurut laporan yang dikeluarkan semalam. Angka itu jauh berbanding dengan yang dipasang pada komputer dan komputer riba di rumah sementara 84 peratus komputer kanak-kanak mempunyai perisian anti-virus.

Sejarah Ibadah Puasa Umat Islam dan Umat-Umat Terdahulu

Ibadah Sawm atau berpuasa di bulan Ramadhan adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Memahami dan mengethui tentang sejarah Tasyri' ibadah tersebut akan membolehkan kita sampai kepada maksud supaya setiap amal ibadah dilakukan dalam keadaan kita faham dan tahu matlamatnya. Tahukah anda bilakah Ibadah Puasa Ramadhan mula disyariatkan? Ibadah Puasa Ramadhan telah disyariatkan oleh Allah SWT pada bulan Shaaban tahun kedua Hijrah dengan terwahyunya firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat ke-183, 184 dan 185:

Seni Lukisan Dari Puntung Rokok dan Ubat Nyamuk

Hebatnya lukisan-lukisan di bawah ini, ia dilukis menggunakan puntung rokok dan hujung ubat nyamuk yang masih berbara. Karya pelukis terkenal dari  Megelang, Jawa Tengah Indonesia ini, Yuli Prasetiawan biasanya memerlukan 17 bungkus kotak rokok dan 19 bungkus ubat nyamuk serta memerlukan waktu kira-kira 3 bulan untuk menyiapkan satu-satu lukisan.

10 Negara Ekonomi Terbesar di Dunia

1) Berdasarkan Saiz Ekonomi

Tasik Berwarna Merah Jambu Yang Menakjubkan

Terletak di Senegal, tasik yang diberi nama Retba Lake ini dikatakan sebagai salah satu daripada tasik terindah di dunia.  Info Ringkas: Uniknya tasik ini bersifat seperti Laut Mati, dimana kadar garam dalam air sangat tinggi, dan membuatkan seseorang dapat  terapung jika berenang di dalamnya. Tasik yang terletak di Senegal ini selain unik kerana kadar garamnya yang tinggi, juga unik kerana warna tasik yang berwarna pink .

(GAMBAR) Reaksi Pasangan Bila Kantoi Berasmara Dalam Kereta

Beginilah reaksi sebahagian pasangan yang ditangkap kantoi sedang 'membuat projek' di dalam kereta. Rakyat Malaysia, sila jangan tiru kelakuan tidak senonoh ini, apatah lagi jika anda beragama Islam sudah tentu dilarang sama sekali.  

Presiden Thein Sein: “Umat Islam Harus Diusir dari Myanmar”

Presiden Myanmar, Thein Sein baru-baru ini berkata, umat Islam Rohingya harus diusir dari Myanmar sebagai usaha untuk menamatkan krisis Rohingya. Beliau turut menambah, sebaiknya Muslim Rohingya dihantar ke kem pelarian yang dikelolakan oleh PBB.  Bekas  Jeneral Junta tersebut mengeluarkan kenyataan tersebut pada Khamis (12/7/2012) lalu, bahawa satu-satunya solusi untuk mengatasi konflik Muslim dan Buddha di Myanmar adalah dengan menghantar Muslim Rohingya ke luar Myanmar. Beliau meminta Muslim Rohingya dikirim ke kem pelarian yang dikelolai United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR).

10 Negara Dengan Lelaki Terkacak di Asia (Malaysia Among Top 10)

Ranking di bawah ini bukan Encik Billy buat sendiri yaa..tapi dikeluarkan oleh sebuah portal hiburan Filipina, DIRTII Laundry . Bagaimana para lelaki di Asia ini dinilai adalah berdasarkan kritirea di bawah: How the men in each country are rated: Face and appearance must be completely and shapely perfect Eyes must be shaped like an almond Beautiful complexion Nose must be prominent with bar that is short, but long to be considered attractive > Body must be in physical and great condition Having charms that are appealing 1. Taiwan

Ada Simbol Seks di Sejadah?

Subliminal message atau mesej bawah sadar merupakan signal atau pesanan yang terdapat dalam medium lain, yang dirancang untuk melewati di atas normal fikiran / persepsi manusia. Mesej itu sebenarnya tidak disedari/ diketahui, namun dalam situasi tertentu ia dapat mempengaruhi fikiran, perilaku, tindakan, sikap, sistem kepercayaan dan sistem nilai secara positif mahupun negatif. Istilah bawah sadar bererti “ beneath a limen “. Subliminal berasal dari bahasa Latin, kata sub yang bererti di bawah, dan limen, yang bererti batasan/sempadan (This is from the Latin words sub, meaning under, and limen, meaning theshold).

Wow..Kemegahan Sungai Di Atas Sungai di Jerman

Dikenali dengan nama Magdeburg's Water Bridge, ia adalah saluran air navigasi terpanjang di dunia. Info Ringkas: Jambatan air Magdeburg adalah saluran air navigasi di Jerman yang menghubungkan terusan Elbe-Havel ke terusan Mittelland dan memungkinkan kapal untuk menyeberangi di atas Sungai Elbe setinggi 918 meter. Terusan Elbe-Havel dan terusan Mittelland sebelumnya bertemu di Magdeburg tetapi di sisi bertentangan dari Elbe. Kapal dari terusan Elbe-Havel menuju terusan Mittelland sebelum ini harus berpusing sejauh 12 kilometer, turun dari terusan Mittelland melalui lift air raksasa Rothensee yang mengangkat kapal ke Sungai Elbe, kemudian berlayar melawan arus.

6 Sifat Durian Yang Wajar Dijadikan Pedoman

1. Pohon durian itu tinggi Jangan takut untuk bermimpi setinggi pohon durian, penemuan terbesar manusia awalnya juga berawal dari sekadar mimpi, tetapi jangan hanya bermimpi atau berangan-angan sahaja, sebaliknya berusaha mencapainya itu yang lebih penting. 2. Kulit durian keras dan berduri Maksudnya seseorang itu harus teguh pendiriannya, tidak seperti lalang, ditiup kekiri, ia kekiri, ditiup kekanan, ia kekanan. Percaya akan keputusan yang telah anda ambil, nescaya tidak akan ada yang akan meragui kapasiti anda sebagai pemimpin.

Kerana Proton Preve, PROTON Dimaki Hamun

Dikhabarkan berlaku di cawangan Proton Sungai Besi, seorang pelanggan yang tidak berpuas hati telah menampal beberapa keping kertas yang tertulis nota menunjukkan ketidakpuas-hatian beliau terhadap Proton Preve.

Ayam Beranak dan Bukan Bertelur di Sri Lanka

Pelbagai kejadian yang berlaku kebelakangan ini , menunjukkan bahawa dunia ini semakin pelik. Di Sri Lanka, seekor ayam betina dilaporkan beranak dan tidak seperti kebiasaannya bertelur dan mengeram sebelum telurnya menetas. Pemilik ayam yang tinggal di kawasan pegunungan Sri Lanka, Ranjith Ekanayake mengatakan bahawa dari 6 ekor ayamnya, seekor daripadanya tidak mengeram telur. Ekanayake kemudian terkejut setelah mendapati ayam betina yang tidak bertelur itu mengeluarkan anak ayam tanpa telur. Anak ayam itu membesar sihat namun induknya mati.

Fesyen Pelik, Gaun Untuk Lelaki

Berikut adalah gambar-gambar model lelaki memperagakan 'gaun lelaki' di pertunjukan Australia Fashion Week. Mungkinkah tidak lama lagi pakaian sebegini akan menjadi trend dikalangan kaum lelaki?

Gambar Perbandingan Yahudi Zaman Hitler dan Zaman Kini

Satu fakta yang perlu diketahui, peperangan yang dianjurkan Hitler yang membunuh jutaan bangsa Yahudi  juga adalah disokong oleh Illuminati bagi mencetuskan Perang Dunia ke-2. Hal ini mampu dijadikan cara untuk meneruskan peperangan demi peperangan. Dunia terus tertipu oleh kaum yahudi dengan konspirasi yang mereka cipta.. Berikut perbandingan Yahudi di zaman Hitler berbanding Yahudi di zaman kini (di Palestin)...

Sebab Apa Kita Perlu Mencari Yang Halal?

Agama Islam amat mengambil berat tentang makanan yang dimakan oleh umatnya. Justeru, adalah menjadi kewajiban bagi setiap orang Islam untuk mengambil makanan yang halal lagi baik. Namun ada sesetengah antara kita yang sudah tidak peduli dengan hal-hal tersebut, sebagaimana Rasulullah telah isyaratkan dalam sabdanya: “Akan datang kepada manusia suatu zaman (ketika itu) seorang tidak lagi peduli dengan apa yang dia dapatkan, apakah dari yang halal atau haram?!” (HR. Bukhari: 2059) 1. Mengapa Halal?

Perkara Misteri Yang Anda Sendiri Tak Pernah Terfikir

Pernahkah anda terfikir perkara-perkara berikut dalam hidup anda? Adakah anda mempunyai jawapannya? (1)

Buktikan Kebijaksanaan Anda Dengan Menyelesaikan Sudoku Tersusah di Dunia

Baru-baru ini seorang ahli matematik dari Finland menghabiskan waktu selama 3 bulan untuk mencipta sebuah sudoku yang menurutnya akan menjadi sudoku paling susah di dunia, dan memerlukan kebijaksanaan untuk menyelesaikannya. Anda ingin mencuba?? Silakan.... Sila scroll ke bawah untuk melihat jawapannya....

Jangan Kongsi 10 Perkara Ini Dalam Facebook

Laman sosial memainkan peranan penting dalam kehidupan anak muda masa kini. Namun, setiap di antara kita harus berwaspada terutama apabila kita berkongsi maklumat kepada umum menerusi apa-apa sahaja laman sosial. Facebook sebagai contoh semakin pesat menjadi satu alat yang digunakan oleh majikan, ‘stalkers’ dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mencari butiran mengenai seseorang. Penggodam juga mencari maklumat melalui perkongsian peribadi sebagai jalan mudah untuk mereka melakukan sendikit penipuan identiti. Berikut 10 perkara yang perlu dielakkan ketika ber'facebook':

Menarik, Lapangan Terbang di Tengah-tengah Laluan Jalan Raya

Menariknya Lapangan Terbang Antarabangsa Gibraltar ini, ia terletak di tengah laluan jalan raya utama pusat bandar Gibraltar, dan di landasan yang dibina menuju ke tengah laut. Apabila ada kapal terbang yang melalui landasan ini, kereta-kereta dan kenderaan lain terpaksa berhenti dengan bantuan lampu isyarat yang disediakan..

Harisu, Artis Pondan Terkenal dari Korea Selatan Pernah Berlakon di Malaysia

Harisu adalah selebriti terkenal Korea pertama yang melakukan pembedahan menukar jantina. Dia yang lahir dengan nama Lee Kyung Yeop memutuskan untuk menjalani pembedahan pertukaran jantina pada tahun 1995  kerana tertekan dengan pandangan umum.

Gambar Bayi Dalam Kandungan Memegang Tangan Doktor

Gambar menakjubkan ini dirakamkan oleh jurugambar akhbar USA Today ketika proses kelahiran seorang bayi yang baru mencecah usia kandungan 21 minggu.