Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Unreal Places

Penemuan TERBARU! Kawah Ais BESAR Ditemui di Planet Marikh

Imej menakjubkan diambil pengorbit Agensi Angkasa Eropah (ESA) menunjukkan kawah ais yang ditemui di planet Marikh yang mungkin memberi harapan baharu bagi persekitaran yang sesuai untuk hidupan bumi. Ia menunjukkan kawah berukuran 82 kilometer itu di kawasan dataran rendah di bahagian utara planet merah tersebut yang mengandungi ais setebal 1.8 kilometer.

Inilah Gua Ais Yang Tidak Pernah Mencair, Walaupun Dalam Musim Summer!

Di sekitar benua Eropah, Asia Tengah, dan Amerika Utara terdapat banyak gua ais di mana musim sejuk berlangsung sepanjang tahun. Sebahagian besar gua-gua ais ini terletak di kawasan yang lebih sejuk, seperti Alaska, Iceland dan Rusia, di mana suhu rendah sepanjang tahun membantu menjaga gua secara semulajadi untuk kekal sejuk dan beku. Walau bagaimanapun, gua-gua ais juga wujud di kawasan-kawasan yang lebih panas.

Tasik Ini Diiktiraf Sebagai Tasik Terjernih di Dunia!

Percaya atau tidak, tasik Blue Lake yang terletak di Taman Negara Nelson Lakes ini diiktiraf mempunyai kejernihan 'terlampau' yang mampu mencapai kejernihan visual sehingga 80 meter!

Pantai Papakolea - Sejenis Pantai Berpasir Hijau Yang Rare

Pantai Papakolea, juga dikenali sebagai Pantai Pasir Hijau atau Beach Mahana, adalah pantai berpasir hijau yang terletak berhampiran South Point, di daerah Ka'u di pulau Hawaii. 

Pantai Yang Terbentuk Akibat Pengeboman Tentera di Mexico

Terdapat banyak lokasi 'Hidden Beach' di dunia ini, namun tak semuanya seunik pantai tersembunyi di Kepulauan Marietas, Mexico ini. Keunikan terletak pada pembentukannya - hasil daripada aktiviti pengeboman tentera.

Tasik Berwarna-Warni di San Francisco Bay

Tasik garam di San Francisco Bay adalah salah satu landskap yang paling berwarna di dunia - kolam penyejatan garam yang dikendalikan oleh Cargill. Inc.

Kawah Gunung Berapi Yang Mengeluarkan Asap dan Larva Berwarna Biru

Kawah Ijen adalah salah satu daripada beberapa gunung berapi yang terletak di dalam lingkaran yang disebut sebagai Ijen Caldera di kasawan seluas 20 km lebar di Jawa Timur, berhampiran Bandung Indonesia.

Keanehan Pulau Socotra di Yemen - Pulau Dimana DAJJAL Dirantai?

Dunia menyebutnya sebagai pulau Alien, makhluk yang hidup di pulau ini serba aneh dan tidak ditemukan di tempat lainnya. Pulau ini dikatakan begitu indah, namun sama sekali tak tersentuh oleh dunia luar, hingga UNESCO menganugerahkannya sebagai salah satu Lokasi Warisan Dunia. Sejumlah teori dan khabar angin mengatakan, pulau ini diduga sebagai tempat dimana Dajjal pernah di penjara pada masa lampau, sebelum akhirnya bebas dan mengharungi samudera menuju Segitiga Bermuda.

Tasik Di Atas Tasik di Denmark

Faroe – Pemandangan yang luar biasa di Kepulauan Faroe, Denmark. Bayangkan saja, di sini terdapat sebuah tasik yang berada di atas yang tasik lain.  Faroe adalah kepulauan yang terletak di antara Iceland dan Norway. Sekelilingnya adalah perairan Lautan Atlantik. Di kepulauan tersebut, terdapat sebuah pulau yang dikenali dengan nama Pulau Vagar yang mempunyai tasik yang unik. Tasik ini diberi nama Tasik Leitisvatn, yang mempunyai keluasan sekitar 3.4 km persegi.

Menakjubkan, Gambar Rekahan Tektonik Diantara Dua Benua

Terletak di Lake Thingvallavatn di Thingvellir National Park di Iceland, Silfra adalah sebahagian daripada perselisihan Atlantik - garis pemisah di antara benua Eropah dan Amerika. Ia adalah satu retak an besar di permukaan bumi ini, di mana plat benua bertemu dan rekahan tersebut secara perlahan-lahan semakin melebar sebanyak kira-kira dua sentimeter setahun.  

13 Bentuk Pulau Paling Pelik Yang Wujud di Planet Bumi

Terdapat banyak landskap yang menakjubkan di bumi , namun alam semula jadi tidak pernah berhenti untuk memukau . Pulau-pulau yang   cukup cantik   apabila dilihat dari paras bumi : kita tidak perlu membezakan mana-mana corak tertentu dalam reka bentuk mereka. Apabila dilihat dari atas, anda mungkin membayangkan bentuk pulau-pulau menjadi rawak , tetapi melihat imej-imej berikut boleh membuat anda berfikir lagi. Bergelimpangan di dalam lautan, pulau-pulau ini boleh kelihatan dalam pelbagai imej pelik yang menakjubkan! 1. Dolphin  Pulau batu karang ini dikenali sebagai Flores Island, terletak di Indonesia

Menakjubkan, Gurun Pasir Yang Boleh Bergerak di Perancis

The Great Dune of Pyla , yang terletak 60 km dari Bordeaux di kawasan Teluk Arcachon , Perancis, adalah merupakan gumuk pasir tertinggi di Eropah. Juga dikenali sebagai Great Dune of Pilat , gumuk pasir ini adalah sangat besar - berukuran 500 meter lebar, 3 km panjang dan ketinggian 107 meter di atas paras laut. Oleh kerana lokasinya yang tidak dijangka dan keindahannya , kawasan ini kini menjadi salah satu  destinasi pelancongan yang terkenal dengan lebih daripada satu juta pelawat setiap tahun.  

Indahnya Gunung Berwarna Pelangi (Menakjubkan!)

Landskap menakjubkan ini dikenali dengan nama Gunung Danxia, hasil fenomena geologi yang dikatakan mula terbentuk sejak 24 juta tahun lalu - iaitu sejak zaman Cretaceous.

Gua Berwarna-Warni Yang Menakjubkan di Rusia

Terdapat sebuah gua ajaib di Rusia. Ia adalah gua ais semulajadi yang terukir oleh aliran air panas. Ais terperangkap ke siling gua mengeluarkan seperti cahaya ajaib.

Gua Ajaib Yang Dipenuhi Kilauan Bintang di New Zealand

 Kita mungkin beranggapan melihat pemandangan jutaan bintang hanya dapat dilakukan dengan memandang ke langit terbuka. Namun di sebuah gua di New Zealand, anda dapat melihat 'kilauan bintang' yang menakjubkan dalam ruang tertutup. Ia adalah fenomena alam semulajadi yang menakjubkan.

Batu Mirip Kemaluan Wanita Tarik Perhatian Dunia

Jauh di dalam belantara hutan di Filipina, terdapat sebuah batu yang mempunyai bentuk mirip kemaluan wanita. 

Tasik Berwarna Merah Jambu Yang Menakjubkan di Kepulauan Recherche

Tasik Hillier adalah sebuah tasik yang berwarna merah jambu terletak di Middle Island, iaitu pulau yang terbesar di antara pulau-pulau yang membentuk Kepulauan Recherche , Australia Barat . Dari pandangan atas, tasik ini kelihatan seperti pepejal merah jambu .

Oasis Serba Mewah di Huacachina, Peru

 Dikenali sebagai permata dan syurga di padang pasir, ianya menyimpan pelbagai tarikan yang mempersona, sekaligus menjadi lokasi pelancongan terkenal di Peru.  

Sungai Berwarna Hijau Neon Yang Menakjubkan

Sungai ini terletak di Goldstream Park, Kanada. Menurut Kementerian Alam Sekitar tempatan, terdapat satu tindak balas kimia di dalam air yang dikenali sebagai "Fluorescein" menyebabkan air sungai tersebut kelihatan berwarna hijau, namun bahan kimia tersebut tidak mengandungi toksik dan tidak menjejaskan habitat semula jadi di kawasan sungai tersebut.

Tasik Berwarna Merah Jambu Yang Menakjubkan

Terletak di Senegal, tasik yang diberi nama Retba Lake ini dikatakan sebagai salah satu daripada tasik terindah di dunia.  Info Ringkas: Uniknya tasik ini bersifat seperti Laut Mati, dimana kadar garam dalam air sangat tinggi, dan membuatkan seseorang dapat  terapung jika berenang di dalamnya. Tasik yang terletak di Senegal ini selain unik kerana kadar garamnya yang tinggi, juga unik kerana warna tasik yang berwarna pink .