Skip to main content

Menakjubkan, Gurun Pasir Yang Boleh Bergerak di Perancis





The Great Dune of Pyla, yang terletak 60 km dari Bordeaux di kawasan Teluk Arcachon, Perancis, adalah merupakan gumuk pasir tertinggi di Eropah. Juga dikenali sebagai Great Dune of Pilat, gumuk pasir ini adalah sangat besar - berukuran 500 meter lebar, 3 km panjang dan ketinggian 107 meter di atas paras laut. Oleh kerana lokasinya yang tidak dijangka dan keindahannya, kawasan ini kini menjadi salah satu destinasi pelancongan yang terkenal dengan lebih daripada satu juta pelawat setiap tahun.
 

Menariknya, gumuk pasir ini lumus bergerak ke dalam daratan, perlahan-lahan menolak hutan belakangnya untuk 'menelan' rumah-rumah, jalan-jalan dan juga bahagian-bahagian Tembok Atlantik.  

Kadar pergerakan adalah tidak berterusan, kadang-kadang ia bergerak pantas (10 meter dalam satu tahun) dan kadang-kadang sangat perlahan (kurang dari satu meter).  

Sepanjang 57 tahun yang lalu, gumuk pasir ini telah berpindah sebanyak 280 meter memberi anjakan tahunan sebanyak 4.9 meter setahun.


Lagi gambar-gambar menarik:






 
source: http://www.amusingplanet.com


 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”