Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

Kisah Asal-Usul Hari April Fool

  Encik Billy da lama dengar cite kat bawah ni sejak dari sekolah rendah lagi. Kebenarannya?.....Wallahualam. Sekadar berkongsi dan semoga membuka mata hati kita untuk berfikir. Jika Valentine Day disambut pada 14 Februari setiap tahun, maka April Fool pula berlaku pada 1 April setiap tahun.Mereka yang meniru budaya ini merasakan seri persekitaran itu akan hilang apabila peristiwa-peristiwa itu tidak diraikan. Apa yang dibimbangi ialah pemikiran seperti ini terus berleluasa hingga satu masa nanti, ada yang mengatakan ia tidak bertentangan dengan Islam. Disedari atau tidak, golongan muda menerimanya dengan membuta tuli tanpa usul periksa adakah ia bertentangan dengan batas syarak atau sebaliknya. Menurut sejarah, Fool¡¯s Day atau April Fool mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada , Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian. Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tenter

[Gambar]- Melawat Hotel Tertinggi di Dunia

Hotel Ritz-Carlton Hong Kong tawarkan pemandangan menakjubkan dan perkhidmatan serba mewah

Perkhidmatan 'Google Voice Search' Kini Dalam Bahasa Malaysia

Google secara rasminya mengumumkan perkhidmatan  Google Voice Search kini tersedia di dalam Bahasa Malaysia, disamping 19 bahasa lain yang telah sedia ada di dalam perkhidmatannya. Ia menawarkan kepada pengguna perkhidmatan enjin carian yang pantas dan mudah melalui telefon bimbit tanpa perlu menaip untuk mencari sesuatu kata kunci.  Menggunakan aplikasi mobile Google, pengguna boleh mencari secara langsung dengan hanya menekan butang mikrofon pada telefon bimbit mereka bersebelahan dengan search bar dan bercakap secara terus ke dalam telefon menggunakan bahasa Malaysia (atau mana-mana bahasa lain yang berada dalam perkhidmatan Voice Search ).

40 Cara Membuat Bentuk 'Love'

Dalam kehidupan setiap orang pasti ada sekurang-kurangnya satu kisah cinta . Justru adalah tidak menghairankan jika cinta menjadi subjek yang paling popular dan sering digunakan untuk menghasilkan karya seni , baik b ertulis , dilukis atau digubah . " Trademark " bagi cinta adalah bentuk hati dan seorang artis, Dominique Kraner menggunakan simbol ini dalam menghasilkan gambar-gambar comel seperti di bawah .   “Heart everywhere and in everything” - perkataan yang mampu mengungkapkan apa yang ingin disampaikan oleh Kraner . Cinta tidak mengenal batas , ia adalah seni yang kreatif dan tidak mementingkan diri .  

Pemimpin Arab Saudi Didesak Benarkan Wanita Memandu

Encik Billy masih sukar mempercayai bahawa wanita di Arab Saudi tidak dibenarkan memandu. Sebetulnya, apa yang salahnya jika wanita memandu kereta? Adakah ia melanggar hukum Islam? Tidak...tidak sama sekali. Ia hanyalah sebuah undang-undang paling pelik di dunia ciptaan manusia yang lebih berbentuk penindasan bagi kaum wanita. Wanita Saudi dinafikan hak untuk memandu kereta Dan kini, seiring dengan perkembangan dunia teknologi maklumat, segelintir anak muda Arab Saudi membentuk satu kumpulan khas dalam Facebook bagi mendesak pemimpin negara itu membenarkan wanita memandu. Pengasas kumpulan itu, Hilal al-Harithy, berkata mereka bercadang mengemukakan petisyen kepada kerajaan diketuai Raja Abdullah untuk memberi hak memandu kepada wanita negara itu.

Ujian Memandu Guna Transmisi Auto Bakal Diperkenalkan

  Pelatih yang mahu mendapatkan lesen memandu akan dibenarkan menjalani latihan dan ujian menggunakan kenderaan transmisi automatik tidak lama lagi selepas kerajaan meluluskan penambahbaikan silibus kurikulum latihan memandu sedia ada yang menggunakan kenderaan transmisi manual. Berikutan itu, mereka yang lulus ujian menggunakan kenderaan gear automatik akan mendapat lesen yang mengandungi catatan khas sebagai lesen kenderaan automatik dan hanya dibenarkan memandu kenderaan jenis itu saja, manakala yang memilih ujian manual boleh memandu kedua-dua jenis kenderaan. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata, kurikulum baru itu sudah siap sepenuhnya dan dijangka diperkenalkan tidak lama lagi selepas Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerima peruntukan daripada kerajaan.

Lelaki Jadi Gay Kerana Kurang Serotinin

Selain gerakan toleransi terhadap kaum homoseks di beberapa negara di dunia (seperti yg terjadi di Malaysia pd tahun lepas), sehingga kini kajian tentang sebab terjadinya gejala homoseksualiti terus dilakukan. Salah satunya adalah kajian oleh Yi Rao dari Peking University dan National Institute of Biological Sceinces, Beijing. Bahan kimia/hormon serotonin diketahui berpengaruh pada aktiviti seksual, seperti ereksi, ejakulasi, dan orgasme. Yi Rao kemudian meneliti pengaruh serotonin terhadap orientasi seksual tikus putih uji kajinya.  

Rumah Terkecil Seluas 46 Meter Persegi Yang Super Cool

Siapa kata anda tidak boleh hidup selesa di ruang yang sempit? Kini, dengan ruang sekecil 46 meter persegi (kira-kira 500 kaki persegi) anda mampu hidup selesa bagaikan suasana di sebuah kondo mewah!

Ikan Bergigi Seperti Manusia

En. Billy tak tahula sama ada gambar2 di bawah ni, betul-betul gambar seekor ikan atau hanya gambar yang telah di photoshopped kan...kalau tengok betul-betul, ikan tu memang mempunyai bentuk bibir dan gigi seperti manusia..kalau betullah ianya gambar seekor ikan dan bukan gambar yang telah di edit,...Subhanallah! Segala pujian hanya untuk-Nya.

Pokok Berhantu Dipenuhi Sarang Labah-Labah

Sejumlah pokok di wilayah Sindh dekat Pakistan dipenuhi dengan sarang labah-labah sehingga menghasilkan satu pemandangan yang menyeramkan. Walaupun kejadian banjir melanda Pakistan tahun lepas tetapi terdapat air yang masih lagi tidak surut sepenuhnya menyebabkan banyak serangga kecil menjadikan pokok sebagai tempat tinggal. Menurut penduduk tempatan, mereka tidak pernah melihat fenomena tersebut berlaku sebelum ini tetapi sarang labah-labah itu telah berjaya mengurangkan populasi nyamuk.

The Real Ugly Betty- Dari Hodoh Menjadi Antara Yang Tercantik

 Anda mungkin mempunyai rakan sekelas ketika kecil yang anda selalu kutuk dan ejek disebabkan rupa paras atau penampilan mereka yang buruk. Dan mungkin selepas 10 tahun kemudian mereka bukan lagi seperti yang anda katakan dulu. Malah mereka mungkin lebih cantik daripada anda. Sila lihat gambar-gambar di bawah ini untuk memahami apa yang Encik Billy cuba perkatakan...  

[Pelik] Biri-Biri Lahirkan Anak Anjing

Pakar-pakar veterinar menyatakan ia mustahil, tetapi seorang petani, Liu Naiying menganggap kelahiran anak anjingnya sebagai satu keajaiban. ANAK anjing dan induk biri-biri yang melahirkan mamalia itu di wilayah Shaanxi, China. KIRI: Anak anjing milik Naiying berbulu seperti biri-biri. Naiying mendakwa, anak anjing itu dilahirkan oleh seekor biri-biri betina peliharaannya di ladangnya dekat sini, wilayah Shaanxi, tengah China. Menurut petani tersebut, badan anak anjing itu dipenuhi bulu seperti seekor biri-biri tetapi mulut, hidung, mata, tapak kaki, dan ekornya menyerupai anjing, malah mamalia itu juga gemar bermain bersama anjing-anjing lain. "Saya sedang menggembala biri-biri baru-baru ini apabila melihat seekor biri-biri menjilat anaknya yang baru lahir. Saya terkejut melihat anak biri-biri itu menyerupai seekor anjing," kata Naiying.

Vettel Juara Formula 1 Australia

Juara dunia, Sebastian Vettel, mendahului selesa sepanjang perlumbaan dalam jentera Red Bull untuk memenangi saingan pembuka tirai Grand Prix Australia di sini hari ini. Vettel yang menjadi juara termuda pada usia 23 tahun musim lalu, terlalu pantas untuk pencabar lain di Litar Albert Park dan mengatasi juara 2008 dari McLaren, Lewis Hamilton, dengan perbezaan masa lebih 22 saat. Pelumba berbangsa Russia daripada pasukan Lotus Renault, Vitaly Petrov, di tempat ketiga. Ia adalah kemenangan perlumbaan GP ke-63 untuk Vettel selepas yang terakhir di musim lalu di Abu Dhabi. Berikut adalah keputusan penuh perlumbaan:

Bayi Yang Lahir Tanpa Tempurung Kepala

Seorang bayi perempuan anak Rudi Kusmawanti, 27 dan isterinya yang berusia 17 tahun, Sari Rianti lahir tanpa tempurung kepala, lapor akhbar Sumut Pos. Bayi tersebut yang dilahirkan pada Khamis lalu di sebuah klinik di Serdang dekat sini dibawa ke hospital besar di sini untuk menerima rawatan lanjut. "Saya diberitahu tentang keadaan anak saya daripada bidan. Saya sangat terkejut," kata Sari. Namun, katanya, di sebalik keganjilan itu bayinya yang seberat 2.1 kilogram berada dalam keadaan baik. Menurutnya, dia tidak menyangka bayinya akan lahir dengan 'kekurangan' tersebut kerana semasa hamil, dia banyak minum susu dan kerap mengambil jamu untuk menjaga kesihatannya.

[Gambar]- Sekitar Resepsi Perkahwinan Krisdayanti Yang Turut Dihadiri Datuk Siti

  Penyanyi tersohor tanah air telah menghadiri majlis resepsi kawan karibnya yang juga merupakan penyanyi Indonesia, Kris Dayanti. Majlis itu diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh kira-kira 1500 jemputan termasuk bekas suami Krisdayanti sendiri iaitu Anang Hermansyah.

[Gambar]- Sekitar Kempen Earth Hour 2011 di Beberapa Bandaraya Dunia

Setakat ini kebanyakan bandaraya di Asia telah berjaya menyambut kempen 60 Earth Hour dengan bandaraya-bandaraya di Eropah dan benua Amerika akan turut menyambutnya dalam masa beberapa jam sahaja lagi. Berikut di bawah ini adalah antara gambar2 yang berjaya dirakam di beberapa bandaraya Asia ketika kempen Earth Hour berlangsung. Sydney, Australia

Lady Gaga Protes Penyuntingan Liriknya Di Malaysia

 Penyanyi kontroversi Lady Gaga dilaporkan tidak berpuas hati setelah lirik lagunya iaitu Born This Way yang memartabatkan kehidupan homoseksual ditapis untuk penyiaran di Malaysia. Menurut laporan Stesen Penyiaran British (BBC), stesen-stesen radio di Malaysia terpaksa menyiarkan versi lagu tersebut yang sudah disunting bagi mengelakkan kemungkinan berdepan tindakan daripada pihak berwajib. Mengulas perkara itu di ibu pejabat Google di California, Gaga berkata: "Adalah menjadi tanggungjawab peminat-peminat muda di Malaysia untuk menyuarakan hak bersuara mereka.

Rekod Surat Terkecil di Dunia

Jika anda percaya bahawa perkara-perkara besar selalu datang dalam pakej yang kecil, maka anda mungkin berminat untuk menggunakan servis surat terkecil di dunia, 'The World's Smallest Postal Service' untuk mengejutkan pasangan anda.

[Gambar]- Kesan Kemusnahan Gempa Bumi di Myanmar (25 photo)

Sekurang-kurangnya 75 orang maut manakala 111 lagi dilaporkan cedera  

Semua pun nak tiru! - Pengaruh K-pop di Asia Tenggara

Demam K-pop nampaknya telah menular di Asia Tenggara. Ianya bukan hipotesis, tesis mahupun anti-tesis. Ianya satu fakta! Malahan fenomena ini bukan saja muncul di negara-negara seperti Thailand, Filipina, Malaysia dan Indonesia malah dah pun menular hingga ke negara-negara Arab. Bayangkanlah pak-pak Arab tu dok nyanyi and dance ala-ala K-pop.... Super Junior Entri kali ni nak menyingkap beberapa kumpulan pop ala-ala K-pop yang ditubuhkan di beberapa negara Asia Tenggara. Fenomena K-pop ini telah mewujudkan satu aliran baru dalam industri muzik di negara-negara terbabit, misalnya Vietnam menggelarkan industri pop mereka sebagai V-pop dan Filipina sebagai P-pop. Malaysia pula sebagai apa? Hehe... Berikut di bawah ini adalah beberapa kumpulan yang ditubuhkan menggunakan/meniru konsep kumpulan K-pop popular seperti Super Junior, SNSD, DBSK, Wonder Girl dan macam2 lagi...

10 Atlet Terkaya di Dunia Pada 2010

Ranking 10 Atlet Terkaya di Dunia ini adalah versi majalah Times. Atlet-atlet ini dinilai berdasarkan pendapatan mereka sebagai atlet dan juga endorsement mereka dengan jenama-jenama terkenal. 10. Alex Rodriguez Sukan: Besbol Pendapatan: RM 82.5 Juta Asal: Amerika Syarikat Endorsement: Nike, Adidas, Coca-Cola

Laluan Pejalan Kaki Yang Buatkan Orang Ramai Seriau

Satu laluan pejalan kaki yang dibina dengan menggunakan bata di bandar tepi pantai di sini memiliki corak kiub yang memberikan kesan tiga dimensi (3D) apabila dipandang. Laluan itu mencetuskan kontroversi berikutan ilusi 3D tersebut menyebabkan orang ramai berasa gayat apabila melaluinya.

Kerana Minat, Lelaki Tukar Sebuah Bilik Jadi Akuarium Terbesar di Rumah

Tidak ramai yang sanggup menukarkan bilik bawah tanah kediaman mereka menjadi sebuah akuarium besar tetapi itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki di Britain, Jack Heathcote.

[Gambar]- Lapangan Terbang Paling Eksotik

Kat bawah ni ada sekitar 20 gambar airport-airport comel di seluruh dunia. Encik Billy gelarkan airport ini sebagai Lapangan Terbang Paling Eksotik...apa yang eksotiknya? Kalau nak tahu sila layan gambar-gambar di bawah ni...hehhe  

Tahniah Follower ke-1111

Entri ringkas ini Encik Billy tujukan khas buat follower bertuah ke-1111 BillyInfo. Siapakah beliau? Jeng3....beliau adalah seorang blogger muda yang akan mengambil peperiksaan UPSR pada tahun ini. Muda-muda lagi dah ada blog..hehehe...korang boleh lawat blog beliau di [[mus riri]] . Macam biasa, award cikai ni untuk beliau...

[18 sx]- Wanita Bogel Terperangkap di Cerun Bukit

Seorang wanita yang berada dalam keadaan bogel diselamatkan oleh anggota-anggota penyelamat selepas dia terperangkap di tepi cerun setinggi 137 meter dari permukaan laut di San Diego, Amerika Syarikat. Wanita tersebut yang identitinya tidak didedahkan tidak mengalami sebarang kecederaan semasa dia diselamatkan dalam operasi selama 30 minit kelmarin.

Wanita Tertua Lahirkan Bayi

Seorang wanita Belanda berusia 63 melahirkan bayi perempuan, menjadikan beliau ibu tertua di negara berkenaan. Bayi perempuan itu yang dinamakan Meagan dilahirkan di Pusat Perubatan Leeuwarden pada 9.48 pagi 21 Mac lalu melalui pembedahan Caesarian. "Saya mempunyai impian untuk memiliki anak sejak remaja, namun baru sekarang ia menjadi kenyataan," kata Geessink yang juga ibu tunggal kepada radio Belanda, NOS baru-baru ini.

Akad Nikah di Masjid Tak Wajar Disamakan Dengan Amalan Penganut Agama Lain

Penggunaan masjid sebagai tempat bagi menjalankan urusan akad nikah bukanlah perkara baru dan ia sudah lama diamalkan oleh orang Islam di negara ini. Ulama di negara ini juga tidak melarang masjid digunakan untuk tujuan kebaikan seperti akad nikah kerana keberkatannya sebagai lambang institusi keagamaan.  Lazimnya, sebelum majlis akad nikah dijalankan, imam yang mengetuai upacara itu akan menerangkan tanggungjawab suami kepada isteri dan turut menyampaikan tazkirah pendek bagi manfaat pasangan yang baru mendirikan rumah tangga serta anggota keluarga mereka yang hadir pada majlis berkenaan. Ini bermakna majlis akad nikah turut dijadikan perantara untuk penyebaran dakwah di kalangan mereka yang hadir.

Gambar Angelina Jolie- Dari Bayi Hingga Berumur 36 Tahun

Encik Billy tak minat sangat ngan Anjelina Joliy ni, tapi bagi korang, atau sesapa yang minat dengan dia, boley le usha gambar dia kat bawah ni...kalau tengok betol2, dia ni masa baby n budak-budak lagi, takdelah comel sangat pun...bila dah besar baru nampak........hot... (^_0) 1975

Snippets(16) - 10 Fakta Menarik Hari Ini

1. Kecuali manusia dan monyet, semua mamalia buta warna 2. George Washington Carver adalah orang yang mencipta mentega kacang (peanut butter) 3. Tikus dan kuda tidak boleh muntah 4. Lembu tidak mempunyai gigi atas 5. Penguin adalah burung yang tidak boleh terbang tapi boleh berenang. 6. Angkasawan dilarang memakan kacang sebelum menjelajah ruang angkasa kerana jika terkentut di dalam baju khusus angkasawan, ini boleh membahayakan mereka. 7. Sebelum ada pesawat jet, Jetlag disebut Boatlag 8. Kucing berpeluh melalui telapak kakinya (terutama saat mendengar salakan anjing) 9. Kucing tidak boleh merasakan rasa manis 10. Coklat mencair dalam mulut kerana titik cairnya adalah 35 darjah celcius

Raja Arab Saudi Bakal Beli Facebook?

Pemerintah Arab Saudi bimbang nasibnya akan jadi seperti Hosni Mubarak dan Gaddafi Pemerintah Arab Saudi dikabarkan berniat membeli laman sosial Facebook dengan tawaran harga sebanyak US$150 billion. Sumber kerajaan menyatakan Raja Abdullah kecewa dengan Mark Zukerberg yang membiarkan revolusi di Timur Tengah dan Afrika Utara sehingga tidak terkawal. Baginda dikhabarkan telah melakukan pertemuan rahsia dengan pengasas Facebook itu pada 25 Januari lalu. Zuckerberg berjanji tidak akan membiarkan ada laman pemberontakan di Facebook, tetapi sehingga sekarang laman-laman pemberontakan tetap ada di Facebook, termasuk laman-laman yang menyaksikan revolusi di Mesir dan Libya.

Melawat Makmal dan Bilik Server WikiLeaks

Pernah terbayang tak di mana Wikileaks menyimpan semua data yang mereka curi? Pastinya tempat yang mereka pilih bukan calang-calang tempat; sekurang-kurangnya tempat itu mestilah selamat dan berada di negara yang mempunyai 'politically neutral' macam Switzerland. Dan makmal itu pula mestilah canggih, sekurang-kurangnya macam cerita James Bond. Tapi di mana? Pintu masuk ke makmal Wikileaks

Sejarah dan Latar Belakang Tertubuhnya WikiLeaks

WikiLeaks menjadi topik hangat beberapa ketika dahulu. Sehinggalah sekarang walaupun pengasasnya sudah ditangkap, ia masih menjadi igauan ngeri di beberapa negara. Laman web WikiLeaks.org sebelumnya sudah pernah membuat gempar dan ditakuti. Tepatnya pada bulan Julai 2010 ketika laman web non-profit itu membocorkan puluhan ribu dokumen rahsia milik Amerika Syarikat mengenai perang di Afganistan. Dokumen itu kemudian dibocorkan ke laman web awam Wikileaks dan boleh diakses oleh orang ramai. Siapa sebenarnya orang di sebalik WikiLeaks yang beberapa ketika dahulu berjaya membongkar fakta-fakta sekaligus rahsia besar milik pelbagai negara?

Rumah Konsep Terbalik Yang Unik

Korang mesti dah selalu dengar atau melihat rumah yang secara luarannya dibina secara terbalik, tetapi bagaimana pula dengan rumah yang dibina keseluruhannya secara terbalik, termasuklah perabot dan perkakasnya?

Rumah Paling Kecil Berharga Setengah Juta Ringgit

Sebuah rumah kecil dua tingkat yang mempunyai sebuah bilik tidur di Britain bakal dijual pada harga £95,000 (RM465,777) walaupun lebarnya cuma 2.1 meter dan luas 28.6 meter persegi. Kediaman itu yang terletak di Framlingham, Suffolk, dinamakan Rumah Petak dan merupakan antara rumah paling kecil di Britain.

[Gambar]- Tahukah Anda Ular Sememangnya Diciptakan Mempunyai Kaki?

Ular yang membantu Iblis mengoda Hawa di dalam syurga, asalnya berkaki. Allah buangkan kakinya.     

Bahaya Minum Teh Ais Terlalu Kerap

Pernah tengok iklan Lipton bertajuk 'Kebaikan Teh' dekat TV beberapa waktu dulu? Dalam iklan tu, ditunjukkan beberapa responden yang ditemu-ramah mengatakan bagaimana dengan meminum teh dapat memberi faedah kepada mereka. Pernah tengok ke tak? Hehe... Tapi tahukah anda, disebalik kenikmatan dan kebaikan teh yang diperkatakan itu, teh ais menyimpan potensi yang membahayakan kesihatan. Sebuah kajian yang dilakukan oleh Loyola University Chicago Stritch School of Medicine menunjukkan bahawa kekerapan mengambil teh ais secara berlebihan boleh meningkatkan risiko menderita penyakit batu karang.

Melihat Proses Pembuatan Replika Kapal Dengan Pencungkil Gigi

Dia seorang pengaturcara komputer, tetapi minatnya terhadap hasil seni begitu mendalam. Bermula sebagai hobi berskala kecil, kini hasratnya untuk menyiapkan sebuah replika kapal Queen Mary dengan menggunakan pencungkil gigi terlaksana. Info Ringkas:

Jom Belajar Bahasa Korea Bersama Billy Hyung/Billy Oppa

Hari ni korang jangan panggil Encik Billy dengan panggilan encik...panggil Hyung atau Oppa...nak senang, panggil Billy Hyung atau Billy Oppa...hehehe...gedik tak? Okeylah, hari ni kita nak belajar Bahasa Korea. Tajuk kita hari ni about Feeling...jeng3...lepas ni senanglah sikit korang nak berfeeling-feeling kan... Feelings Melayu Hangul Sebutan (Saya) …(kamu) (나는) (당신을) ..해요 (Naneun) (dangsineul) ..haeyo. Sayang/cinta 사랑해요. Saranghaeyo. Suka 좋아해요. Joahaeyo. Benci 미워해요. Miwohaeyo. Benci 증오해요. Jeungohaeyo. yang tersayang 사모해요. Samohaeyo. Terima kasih 고맙습니다. Gomapseumnida. Terima kasih

Pondan di Thailand Perlu Jalani Kerahan Tentera

Kementerian Pertahanan Thailand semalam menambah terma baru yang memberi penerangan bagi kategori transgender yang sebelum ini dikecualikan daripada terlibat dalam kerahan tentera. Akhbar Bangkok Post melaporkan, kementerian meminda undang-undang yang menyatakan transgender dikecualikan daripada terlibat dalam tentera kerana psikologi yang tidak normal melainkan berlaku kekurangan tentera. Transgender dikelaskan kepada tiga jenis. Jenis satu merujuk kepada lelaki yang mempunyai penampilan seperti lelaki biasa. Manakala jenis dua merujuk kepada lelaki yang telah melalui pembedahan payu dara dan jenis tiga pula lelaki yang telah membuat penukaran keseluruhan jantina.