Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

Malaysia Jadi Hub Pelacur Dari Iran, Yaman, Uzbekistan dan Tajikistan?

Polis kini mengesan kewujudan aktiviti pelacuran membabitkan wanita dari Timur Tengah yang menjadikan Malaysia antara destinasi utama aktiviti maksiat mereka. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, sepanjang operasi dijalankan Bahagian Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) tahun lalu dan awal tahun ini mendapati wujudnya trend baru membabitkan pelacur wanita dari Timur Tengah.

Bilik-Bilik Yang Tersembunyi

Terdapat pelbagai cara dan trick-trick yang unik untuk mencipta bilik-bilik rahsia yang tersembunyi di rumah anda, seperti mana rumah-rumah dan istana-istana zaman dahulu kala yang mempunyai banyak bilik rahsia tersendiri...

Tengkorak Bertatahkan Berlian

Tengkorak bertatahkan berlian ini dicipta oleh seorang artis paling kaya di Britain iaitu Damien Hirst. Dengan seberat 2.156 kg, ia dibuat menggunakan kira-kira 8600 butir batu permata asli. Dibahagian dahi tengkorak pula, diletakkan sebutir permata bersaiz agak besar dengan ketulenan 52 karat.  Ia adalah salah satu hasil seni termahal di dunia, dijual pada harga USD 68, 500 000 atau kira-kira RM 205.5 juta !!

Berkahwin vs. Amik P.H.D

Walaupun perbandingan di bawah ini sekadar suka-suka saja, but at certain points it seems true kan?

Bayi 1 Tahun Gigit Kepala Ular Sampai Putus

Seorang bayi berusia setahun mengejutkan ibunya apabila dia menggigit kepala ular yang masuk ke dalam rumahnya di timur bandar pelabuhan Haifa. Ghadir Aleeyan berkata, dia berasa amat terkejut selepas melihat terdapat kepala ular sebesar 30 sentimeter dalam mulut anaknya, Imad Aleeyan.

Teknik Melukis Menggunakan Puting Payudara

Karya-karya seni di bawah ini dihasilkan oleh seorang pelukis, Kira Ayn Varszegi yang mempunyai cara yang agak luar biasa untuk menghasilkan setiap lukisannya . Beliau menggunakan puting payudaranya sendiri sebagai berus yang dicalitkan dengan cat untuk melukis . Berikut ialah beberapa karya seni yang 'sangat menarik' yang dihasilkan oleh beliau .

Bayi 2 Muka 4 Mata Dilahirkan di India

Seorang wanita dari daerah ultar Pradesh, 50km dari utara New Delhi selamat melahirkan bayi yang mempunyai dua muka dan empat mata. Bayi itu dinamakan sebagai Lali. Penduduk kampung di daerah tu merasakan kelahiran Lali adalah kelahiran semula Bentara Ganesha, iaitu tuhan Hindu. Kelahiran bayi istimewa itu disambut gembira dengan sorakan mesra. Ibu bapa bayi itu mengatakan kelahiran itu adalah satu keajaiban dan hadiah dari tuhan.

6 Teka-Teki Imam al-Ghazali Kepada Murid-muridnya

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya : Soalan pertama   Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?   Lalu beberapa orang murid menjawab: Murid 1 : Orang tua Murid 2 : Guru Murid 3 : Teman Murid 4 : Kaum kerabat Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185) .

Beginilah Taman Tema di Korea Utara Yang Amat Menyedihkan

Sadis betol...beginilah keadaan sebuah taman tema di Korea Utara, sebuah negara komunis yang masih ketinggalan dalam serba serbi. Bayangkan bagaimana taman tema ini mampu bertahan sehingga ke hari ini, dengan bilangan pengunjung yang semakin merosot disamping peralatan usang yang terdapat di sini. Lihatlah permainan yang sudah berkarat, tidak terurus, lengang dan yang paling membimbangkan, ia mungkin membahayakan para pengunjungnya.

Bahaya Kemaruk Makan Nuget Ayam

Seorang remaja diberi amaran bahawa kegemarannya terhadap nuget ayam boleh membunuh kerana dia sebenarnya tidak mengambil apa-apa makanan sejak berusia dua tahun. Doktor mula menyedari kecenderungan pemakanan bermasalah Stacey Irvine itu selepas dia tiba-tiba pengsan dan dikejarkan ke hospital kerana sukar bernafas. Pekerja kilang, Stacey, 17, tidak menyentuh sebarang sayur-sayuran atau buah-buahan sejak 15 tahun lalu. Tabiat pemakanannya itu menyebabkan dia mengalami anemia (kekurangan darah) dan bengkak salur darah pada lidahnya. Semalam, Stacey dilaporkan semakin pulih di rumah selepas doktor memberikannya sejumlah vitamin dan beberapa suntikan ketika dirawat di hospital.

iPoo, Desain Mangkuk Tandas Yang Berbentuk Seperti Logo Apple

Seorang desainer daripada Serbia, Milos Paripovic telah menncipta sebuah konsep untuk sebuah toilet bernama iPoo.

Kecanggihan Tahun 2000 Seperti Yang Digambarkan Pada 1910

          Perpustakaan Negara Perancis ( BnF) mempunyai koleksi menakjubkan cetakan dari tahun 1910 yang menggambarkan kehidupan pada tahun 2000 . Koleksi ini dikreditkan kepada pemiliknya, Villemard . Mengimbas kembali pada tahun 1910 , Villemard mula meramalkan masa depan di atas kertas . Dengan setiap strok berus , gambar elegan masa depan dihasilkan. Sungguh menakjubkan bagaimana kebanyakan gambaran pada lukisan-lukisan tersebut hampir tepat . Pasti nya, kita masih belum mempunyai sayap peribadi atau mesin terbang , dan kereta yang digambarkan juga agak berbeza. Walau bagaimanapun ,gambaran keseluruhan tahun 2000 cukup untuk memberi inspirasi tentang bagaimana kita bercita-cita untuk melihat masa depan kita, bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai biarpun ianya mengambil masa 10, 50, atau 100 tahun dari sekarang.

(VIDEO) Kumpulan Choir Paling Teruk di Dunia??

Seriously tak tahan nak gelak tengok nenek-nenek dan tok wan - tok wan di bawah ni menyanyi koir...wahaha...sama ada ini adalah kumpulan choir terbaik atau paling teruk? Encik Billy confuse...

Fun Food For Dinner [^_^]

Tak tahu nak makan ape malam ni?? Hmm...(pilih jgn x pilih)  

Mazhab Kristian Yang 'mirip' Islam di Indonesia

Sebuah mazhab dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama dengan Islam. Berikut adalah situasi dan gambarannya. Waktu Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas solat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam. Jangan keliru, mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban solat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok. Kristian Ortodok, sebuah mazhab dalam agama Kristian.

Maksud Di Sebalik 12 Haiwan Zodiak Dalam Kalendar Cina

Terlebih dahulu Encik Billy mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina (Tahun Naga) buat semua pengunjung blog ini yang berbangsa Cina. Dalam astrologi Cina, zodiak dua belas bintang haiwan melambangkan dua belas jenis personaliti berbeza. Secara tradisi, zodiak ini sentiasa bermula dengan bintang Tikus, dan terdapat juga banyak cerita mengenai asal-usul zodiak ini yang menerangkan sebab tikus menerajui zodiak.  Dalam astrologi Cina, bintang haiwan yang ditentukan oleh tahun melambangkan bagaimana anda dipandang orang lain atau cara anda menonjolkan diri. Ramai yang salah sangka bahawa bintang haiwan hanya ditentukan melalui tahun, sebaliknya ada juga lambang haiwan yang ditentukan melalui bulan (haiwan dalaman) dan jam seharian (haiwan rahsia).

(GAMBAR) Tukang Cuci Paling Berani di Dunia

Dunia ini memerlukan orang-orang yang seberani mereka ini. Tanpa mereka, bangunan-bangunan pencakar langit tentunya akan berdebu dan kotor. Mereka, bukan calang-calang...hanya yang benar-benar berani dan sanggup menempah risiko sahaja yang sanggup melakukan pekerjaan seperti ini. Jika anda fikir dan merungut pekerjaan anda hari ini terlalu susah atau memenatkan, fikirkan bahawa ada orang lain yang terpaksa melakukan pekerjaan yang lebih susah dan lebih memenatkan, demi mencari sesuap nasi. 

Hotel Untuk Ayam

Ianya sebuah hotel - tetapi dengan perbezaan yang besar. Biasanya tempahan bilik tetamu dalam bentuk manusia , tetapi berbeza di hotel Cornwall terbaru ini - ia hanya menerima ayam sebagai tetamu. Dikenali juga dengan nama The  Chicken Hotel , ia baru - baru ini dibuka untuk perniagaan di Boskenwyn , Helston . Usaha itu ditubuhkan untuk memberikan pemilik ayam tempat untuk menyimpan ayam mereka semasa berada jauh dari rumah .

Kamal Ashnawi, Manusia Terkaya di Dunia Dari Malaysia Miliki Kekayaan RM 20 Trillion?

Walaupun tidak tersenarai sebagai orang terkaya di dunia, anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi (KA) mendakwa beliau kini mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion). Dakwaan kekayaannya itu ditunjukkan dengan mengemukakan kepada pemberita salinan penyata bank HSBC di London yang seharusnya membolehkan beliau menjadi individu pertama di dunia bergelar ‘trillionaire’. Kamal adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd. yang pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak mentah di Kedah pada 2005.

Bayi Menakjubkan, Sebesar Tapak Tangan dan Seberat Tin Coca Cola

Seorang bayi ketiga terkecil di dunia dibenarkan keluar dari sebuah hospital yang menjadi tempat tinggalnya selama hampir lima bulan. Memakai topi merah jambu dan dibaluti selimut yang juga berwarna merah jambu, Melinda Star Guido menjadi tumpuan lensa kamera televisyen dan jurugambar akhbar di luar Pusat Rawatan USC di Los Angeles. Melinda dilahirkan pada 30 Ogos tahun lalu dengan berat cuma 269 gram atau lebih ringan daripada setin air minuman berkarbonat. Bayi itu amat kecil sehinggakan dia muat dalam tapak tangan doktor yang merawatnya. Melinda dipercayai bayi ketiga terkecil di dunia yang masih hidup dan kedua terkecil di AS.  

(GAMBAR) Sawah Padi di Jepun Yang Tersangatlah Kreatif !

Sebagai rakyat jati negeri Kedah, Encik Billy akui kadang-kadang rasa bosan melihat pemandangan sawah padi yang sama sahaja pada setiap tahun...mungkin kalau pesawah-pesawah padi di negeri ini 'sekreatif' pesawah padi di Jepun, ianya akan tentu lebih menarik lagi. Di Jepun, walaupun keluasan sawah padi mereka terhad, tetapi produktiviti yang dihasilkan adalah amat tinggi. Kalau tak silap, mereka mampu menuai sebanyak 5 kali setahun, sedangkan di Malaysia (di negeri Jelapang padi ini) hanya sebanyak 5 kali tuaian dalam tempoh 2 tahun.

Semakin Kacak Seorang Lelaki, Semakin Tinggi Peluang Kehamilan?

          Satu kajian yang dijalankan di Universiti Negeri Pennsylvania menyatakan bahawa penampilan fizikal dan ketampanan seseorang lelaki mempunyai fungsi besar untuk meningkatkan peluang kehamilan pasangannya. Kumpulan penyelidik di universiti itu mendapati daya tarikan fizikal lelaki mempunyai kaitan dengan kepuasan bercinta bagi pasangannya dan mempengaruhi peluang kehamilan. Penyelidik berkenaan menjalankan kajian ke atas 110 pasangan yang datang dari pelbagai wilayah di Amerika. Mereka mengambil gambar lelaki terbabit dan mengukur bentuk tubuh berdasarkan penilaian tubuh yang ideal.

(GAMBAR) Keindahan Menakjubkan Negara Estonia Selepas Ribut Salji

Jika anda pergi ke negara Estonia (berdekatan Latvia dan Finland) selepas musim ribut salji, ini yang akan anda temui...pemandangan indah menakjubkan bak di alam kayangan...

Laman Perkongsian Fail Megaupload.com Kini Telah Ditutup

Salah sebuah laman perkongsian fail yang popular di dunia, Megaupload.com telah ditutup. Pengasas laman itu dan beberapa pegawai syarikat laman berkenaan dituduh menyediakan kemudahan kepada berjuta-juta muat turun filem, muzik dan kandungan lain secara haram. Satu pendakwaan oleh pihak berkuasa AS kelmarin menuduh laman berkenaan menyebabkan para pemilik hak cipta kerugian sekurang-kurangnya AS$500 juta (RM1.5 bilion).

Minuman Ringan Dari Air Kencing Lembu di India

Gau Jal, Minuman Ringan Yang Dibuat dari Air Kencing Lembu Sebuah perusahaan minuman di India menyatakan akan memproduksi sejenis minuman ringan unik yang  diperbuat daripada air kencing lembu dan dikatakan berkhasiat mengubati dan mencegah pelbagai jenis penyakit. Jabatan Perlindungan Lembu di Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS),pengeluar minuman itu , merencanakan untuk memasarkan minuman yang dalam bahasa Hindinya dikenali sebagai Gau Jal atau air lembu pada awal tahun ini.

Wow...Katak Makan Ular (Adakah Dunia Sudah Berubah?)

          Seekor katak tertangkap oleh kamera sedang memakan seekor ular di China. Fenomena alam ini dianggap sebagai luar biasa kerana umumnya yang terjadi adalah ular memakan katak dan bukan sebaliknya. Gambar katak gunung yang sedang memakan ular berbisa Jerdon, berjaya dirakan oleh seorang pelancong yang berkunjung ke Qingcheng Mountain Park di Sichuan, China tengah.

Sanggup Menyamar Sebagai Lelaki Demi Cinta Sejenis

Seperti remaja normal, Gemma Barker kelihatan meminati kumpulan penyanyi lelaki, gemar siri televisyen dan mengimpikan hidup sebagai pelakon. Namun, di sebalik penampilan sopan itu, remaja berusia 19 tahun berkenaan menjalani hidup songsang yang mendorongnya menyamar sebagai lelaki semata-mata untuk bercinta dengan dua teman wanita yang memberahikannya.

Gambar Mata Manusia Bila di Zoom

Kalau tengok betul-betul, ianya kelihatan seperti sebuah kawah gunung berapi atau kawah pada bulan atau planet-planet lain di alam semesta ini...menarik bukan? Subhanallah, Maha Suci Tuhan yang menjadikan sesuatu penuh dengan keindahan dan kebesaran...

Jam Tangan Pintar Sony SmartWatch Yang Dilengkapi Android Honeycomb

Sebagai peminat Android OS (tak minat iOS!), apa yang boleh Encik Billy katakan adalah, ianya salah satu gadget paling cool yang diperkenalkan oleh Sony pada tahun ini.   

Tragedi TITANIC di Abad ke-21 (Berulang Lagi !!)

 Oh, ianya sangat ironik! Kejadian kapal persiaran mewah Costo Concordia yang tenggelam baru-baru ini sangat mengingatkan Encik Billy dengan kejadian kapal TITANIC yang tenggelam kira-kira 100 tahun yang lalu (15 April 1912). Korang boleh lihat gambar2 di bawah ini dan pasti korang akan dapat relate gambar2 ni dengan beberapa scene dari filem Titanic...ianya sangat identical dan ironic!

Lalat Ini Dinamakan Sebagai Beyonce

Cerita mengenai Beyonce tidak pernah putus.Selepas muncul kisah mengenai bayinya, Blue Ivy Carter, isteri Jay Z itu sekali lagi menjadi bahan berita apabila seorang saintis sengaja menggunakan nama selebriti berkenaan untuk menamakan satu spesies lalat. Ia mungkin satu penghormatan atau boleh juga dianggap penghinaan. Tetapi yang pasti, saintis terbabit, Bryan Lessard berkata, dia tidak bertujuan untuk menghina penyanyi itu.

80% Wanita Tersilap Pakai Saiz Coli

  Mungkin tidak ramai wanita mengetahui fakta ini, lebih 80 peratus daripada kalangan mereka di seluruh dunia tersilap saiz pakaian dalam khususnya bra atau coli. Akibatnya, wanita terbabit menghadapi masalah sakit punggung atau tulang belakang dalam jangka panjang dan apabila dibiarkan berlarutan padahnya mungkin bertambah kronik. Dr Magiliene Rosalina berkata, seorang chiropraksi (ahli terapi penyakit tulang belakang), menggunakan bra yang kurang tepat atau tidak sesuai menyebabkan kerosakan kekal terhadap payudara. “Bila bra terlalu ketat, payudara anda akan ditekan sehingga menghalang peredaran darah dan itu boleh menyebabkan kegatalan kepada penggunanya.

Mengapa Membuat Panggilan Handphone Adalah Dilarang di Stesen Minyak?

Pernahkah anda nampak simbol seperti ini setiap kali anda mengisi minyak di stesen minyak? Kalau ya, apa yang anda buat? Buat dono je? Mungkin ada diantara kita yang memandang remeh simbol di atas, tetapi ujikaji di bawah ini menunjukkan bahawa dengan beberapa panggilan daripada handphone disekitar kawasan yang mempunyai minyak kebakaran boleh terjadi.. Boleh di cuba ujikaji ini jika masih ragu. 

Gila, Tandas Unisex Untuk Pelajar Lelaki dan Perempuan

Ibu bapa sebuah sekolah di bandar ini menuduh pihak sekolah mencari masalah selepas ia membina tandas uniseks untuk pelajar menengah di sekolah berkenaan. Bangunan tandas di Kolej Teknologi Dyke House Sports dibina semula sebagai sebahagian pengubahsuaian bernilai 12.4 juta pound (RM62 juta) dengan menempatkan tiga bilik kecil yang mempunyai pintu dari lantai ke siling untuk lelaki dan perempuan. Rekaan baru itu didedahkan selepas sekolah terbabit diubah suai di bawah program Bangunan Sekolah untuk Masa Depan (BSF), menyaksikan kedua-dua jantina keluar dari bilik kecil di ruang yang sama dan menggunakan sinki bersama.

Metropolis II Miniatur Yang Menakjubkan Daripada Chris Burden

Seorang artis terkenal, Chris Burden (gambar di bawah) mencipta model bandar raya Metropolis II yang mempunyai 1,100 kereta mini dan pelbagai bentuk bangunan. Burden menunjukkan hasil kerjanya itu di Muzium Seni Los Angeles dalam satu pameran yang diadakan di situ.

Bungkusan Susu Yang Berbentuk Seperti Payudara Wanita

Unik, kreatif, ke kurang ajar? hehehe...senghupo takdo bentok lain dah nak buat bungkusan pun...

Ulama Iran Kata Facebook Berdosa, Ulama Malaysia Kata Boleh

Baru-baru ini ulama di Iran mengatakan memiliki akaun Facebook adalah berdosa ( baca sini ), namun lain pula di Malaysia apabila majlis fatwa mengatakan ianya harus. 

Kapal Cruise Untuk Kaum Nudist di Croatia

Selama ini mungkin ramai yang tidak tahu bahawa negara Croatia menerima kaum nudist (golongan yang suka berbogel) dengan tangan terbuka. Ini dapat dilihat melalui pembukaan kawasan pantai untuk kalangan kaum nudist dan menjadi salah satu daripada pantai paling disukai oleh golongan ini di seluruh dunia.

Pemandangan Tercantik dan Menakjubkan

Bola Sepak Sebelah Kaki

Bola sepak bukan hanya untuk orang normal sahaja. Mereka yang kurang upaya juga boleh bermain sukan no. 1 di dunia ini, sepertimana yang diperlihatkan oleh golongan kurang upaya di Haiti ini. Perlawanan di bawah ini dilangsungkan sempena memperingati ulang tahun kejadian gempa bumi dahsyat di Haiti pada 12 Januari 2010 yang lalu.

Carian Keyword Terhangat Google Malaysia Sepanjang 2011

Enjin carian terkemuka, Google baru-baru ini mengeluarkan senarai Zeitgeist tahunan untuk Malaysia bagi terma carian terhangat di google.com.my sepanjang tahun lalu. Senarai tersebut memberikan pandangan sepintas lalu berkenaan apa yang dicari oleh rakyat negara ini meliputi acara, detik-detik menarik, dan trend baru yang membuat kita terpesona sepanjang tahun 2011. Carian Meningkat Pantas Pada tahun lalu, senarai carian yang meningkat dengan pantas menunjukkan bahawa selain daripada rangkaian sosial dan juga bermain AngryBirds , rakyat Malaysia juga amat gemar untuk bergelak-tawa.

Tradisi Padlock Tanda Cinta di Korea Selatan

Berjalan-jalan ke Seoul, Korea Selatan, rasanya tidak lengkap jika anda tidak mengunjungi salah satu ikonnya iaitu Seoul Tower. Selain dapat melihat seluruh Bandaraya Seoul, anda juga pasti akan menemui ribuan padlock (mangga) yang kononnya merupakan lambang cinta untuk pasangan kekasih. Seoul memang dikenali sebagai salah satu kota terpadat di dunia. Seoul Tower adalah menara komunikasi yang didirikan di atas Gunung Namsan di pusat bandaraya Seoul. Menara ini juga disebut dengan nama Namsan Tower. Di sini anda akan mendapati terdapat ribuan mangga berkunci (padlock) dengan pelbagai jenis tulisan. Jenis padlocknya pula bermacam-macam. Ada yang besar, kecil dengan berbagai tulisan yang berisi tentang harapan dan cita-cita. Ada juga yang memasang menggunakan rantai basikal. 

Berdosa Jadi Ahli Facebook - Kata Ulama Iran

  Seorang ulama Iran menetapkan web media rangkaian sosial popular di seluruh dunia, Facebook bercanggah dengan ajaran Islam sekali gus berdosa menjadi ahlinya kerana menggalakkan peri laku tidak bermoral. Ulama kanan itu, Ayatollah Lotfollah Safi-Golpaygani memberi pandangannya mengenai Facebook dan keahlian warga negaranya dalam web berkenaan ketika sesi soal jawab dengan agensi berita ISNA, semalam. “Pada asasnya, perbuatan melayari mana-mana laman web yang menggalakkan peri laku tidak bermoral dan melemahkan pegangan agama bercanggah dengan Islam dan tidak dibenarkan selain menjadi ahli adalah haram. “Hanya penggunaan laman web yang menekankan kriteria agama dan tidak membawa kepada sebarang peri laku atau etika tidak bermoral, tiada masalah,” katanya.

Dewasa Sebelum Usia

(GAMBAR) Pesta Ais dan Salji di Harbin Yang Penuh Magis dan Warna-Warni !!

Sungguh bertuah jika dapat berkunjung ke Festival Harbin International Ice and Snow Sculpture yang berlangsung di wilayah Harbin, China.. Uniknya di tempat ini saban tahun acara dan pertunjukan ukiran ais yang begitu teliti seninya yang disertakan dengan kilauan lampu pelbagai warna yang begitu mengasyikkan.

Perkahwinan Unik; Guna LRT dan Bas RapidKL Untuk Hantar Mempelai

Pasangan pengantin baru Nor Yusnita Ramli dan Mohd Shah Helmi mempunyai cara unik bagi meraikan hari bahagia mereka iaitu dengan menaiki tren LRT dan bas RapidKL sempena majlis menghantar mempelai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam LRT dan bas RapidKL. Pasangan itu menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam LRT dan bas RapidKL bermula dari Stesen LRT Ampang menaiki tren menuju ke Stesen LRT Gombak kemudian menaiki sebuah bas khas RapidKL untuk dibawa ke rumah pengantin lelaki di Taman Wilayah. sumber: mstar