Skip to main content

Sanggup Menyamar Sebagai Lelaki Demi Cinta Sejenis





Seperti remaja normal, Gemma Barker kelihatan meminati kumpulan penyanyi lelaki, gemar siri televisyen dan mengimpikan hidup sebagai pelakon.



Namun, di sebalik penampilan sopan itu, remaja berusia 19 tahun berkenaan menjalani hidup songsang yang mendorongnya menyamar sebagai lelaki semata-mata untuk bercinta dengan dua teman wanita yang memberahikannya.

Melalui helahnya itu, Gemma tampil sebagai remaja lelaki supaya dapat berasmara dengan dua mangsanya - masing-masing berusia 15 dan 16 tahun.

Gemma memiliki tiga identiti palsu, iaitu Aaron Lampard, Connor McCormack dan Luke Jones.Menurut sumber, Gemma memperdaya mangsanya dengan bercakap dan berkelakuan seperti budak lelaki. Dia juga sering memakai pakaian longgar dan bertopi bagi melindungi bentuk fizikal sebenarnya.


“Gemma membuka akaun Facebook menggunakan identiti Lampard, McCormack dan Jones dengan setiap satu menampakkan personaliti tersendiri,” katanya.

Sumber melaporkan, Gemma mengelirukan semua rakan dan keluarganya dengan menampilkan diri sebagai tiga remaja lelaki berbeza.

“Mangsa digoda walaupun kedua-dua mereka belajar di sekolah sama,” katanya.


Akhirnya penyamaran Gemma terbongkar apabila mangsa itu mengesyaki mereka berkongsi ‘teman lelaki.’ “Seorang daripada mereka membuka topi Gemma ketika dia tidur dalam bilik dan menyedari ‘lelaki’ terbabit adalah orang yang sama dikenali sebagai Lampard dan bercinta dengan rakan mangsa,” katanya.

Polis kemudian menahan Gemma kerana disyaki melakukan serangan seksual.

sumber; harian metro

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.