Skip to main content

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri





Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik.


Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun.

KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

“SAYA anak tunggal. Ayah dan ibu berpisah ketika saya berusia lima tahun dan sejak itu saya tidak pernah berjumpa ibu. Menurut nenek, ibu berlaku curang, menyebabkan hak penjagaan saya diserahkan kepada ayah.

Saya juga diberitahu, ibu berkahwin lain dan ada keluarga sendiri.Bagaimanapun, ayah tidak pernah berkahwin lagi. Berikutan ayah sibuk dengan perniagaannya, saya dipelihara nenek di kampung manakala ayah tinggal di Kuala Lumpur.Seingat saya sejak kecil, ayah sering bertukar pasangan tetapi tidak pernah berkahwin lagi. Hubungan ayah dengan semua kekasihnya juga tidak lama, antara dua hingga tiga bulan saja.

Ayah pernah membawa pulang beberapa kekasihnya untuk diperkenalkan kepada saya dan nenek, tetapi saya tidak sempat rapat dengan mereka. Ini kerana ketika mula hendak rapat dengan mana-mana ‘auntie’ (kekasih),ayah bertukar pasangan dan memperkenalkan kekasih baru.

Ayah memang banyak kekasih tetapi tidak pernah berkahwin lagi. Mungkin ayah kecewa dengan perkahwinan pertamanya, tetapi saya tidak tahu jawapan sebenar kerana setiap kali bertanya, ayah berdalih kononnya tiada jodoh.

Saya tidak tahu sama ada ayah berdendam dengan ibu hingga menjadikan saya sebagai mangsa atau ayah benar-benar cintakan saya. Ini kerana menurut nenek, rupa saya ‘sebiji’ (sama) dengan ibu. Perubahan layanan ayah terhadap saya berlaku ketika saya di tingkatan lima.Jika ketika kecil ayah hanya melawat saya seminggu sekali, tetapi ketika di tingkatan lima, ayah semakin kerap menjenguk saya.

Kadangkala empat lima hari seminggu berikutan rumah nenek hanya 50 kilometer dari Kuala Lumpur. Ayah juga kerap bertanya mengenai hubungan saya dengan lelaki. Dia Meminta saya berterus-terang dan berjanji bersikap terbuka. Yang menghairankan, semua teman lelaki saya ditolaknya kerana ada saja yang tidak kena baginya.Ini menyebabkan saya marah, tetapi ayah memang ‘pakar psikologi’. Diapandai bermain dengan perasaan orang. Mungkin itu kelebihannya hingga ada ramai kekasih.

Dia memperbetulkan fokus saya daripada remaja yang ghairah ingin bercinta kepada pelajar yang tekun. Ketika itu saya yakin keputusan ayah kerana dia inginkan yang terbaik untuk saya kerana saya satu-satu anaknya. Bagaimanapun, saya mula berasa hairan apabila selepas tingkatan lima walaupun memperoleh keputusan cemerlang, ayah tidak mengizinkan saya melanjutkan pelajaran.

Lebih menghairankan, beberapa rombongan meminang saya juga ditolaknya,sebaliknya dia meminta saya membantunya dalam perniagaan. Bukan sebagai pekerja, sebaliknya saya hanya diminta menemaninya ke majlis tertentu.

Saya seolah-olah menjadi pembantu peribadi tidak rasmi ayah. Apabila dia menghadiri majlis atau meraikan rakan niaganya, dia membawa saya.

Ketika itu saya mula berasa layanan berbeza daripada ayah. Pada mulanya saya bosan kerana perlu menemani ayah ke sana sini, tetapi lama-kelaman saya gembira kerana ayah membelikan barangan mahal.

Hubungan kami juga banyak berubah kerana ayah kerap membelai dan memeluk saya. Percakapan ayah juga lain dan romantis. Dia juga kerap memberikan hadiah.

Malah, saya pernah menemui sajak dan puisi ayah yang ditulis di kertas dan surat khabar. Antaranya bertajuk cinta terlarang yang ditujukan kepada saya dalam bahasa puitis.Seperti saya katakan, ayah pandai bermain psikologi. Mungkin ini jerat ayah. Akhirnya saya menjadi lemah dengan pujukan dan kasih-sayangnya dan ayah yang sepatutnya menjadi pelindung bertukar menjadi kekasih saya.

Daripada hubungan ayah dan anak, kami semakin intim dan bercinta. Ayah melayan saya seperti kekasihnya dan mungkin kerana ketandusan kasih-sayang sejak kecil, saya terjerat dan merelakan hubungan ini.

Akhirnya kami terlanjur. Saya tidak ingat berapa kali kerana ia kerap berlaku. Kami hidup seperti suami isteri dengan saya sering bermalam dirumah ayah di Kuala Lumpur.

Kalau ayah ada urusan kerja di luar daerah, saya ikut dan tinggal bersamanya di hotel. Hasil hubungan kami yang tidak lagi terkawal menyebabkan saya hamil empat kali.

Bagaimanapun, saya sempat menggugurkan tiga kandungan awal kerana ketika itu ayah mengambil berat keadaan saya. Apabila haid saya tidak dating dua bulan, dia bawa saya berjumpa doktor untuk menggugurkan kandungan.

Beberapa rakan mengesyaki hubungan kami kerana melihat cara ayah memegang saya kadang-kala keterlaluan, tetapi saya memberi alasan saya anak tunggal.

Kuasa Tuhan menentukan ketika hamil kali keempat, ayah sibuk dengan perniagaan. Dia tiada banyak masa dengan saya. Alih-alih apabila sedar,kandungan berusia enam bulan.

Saya terpaksa mendapatkan bantuan beberapa rakan baik. Mereka mengesyaki hubungan saya dengan ayah dan saya cuba berdalih dengan lelaki lain,tetapi mereka tahu ia angkara ayah kerana saya tidak pernah ada teman lelaki.

Akhirnya saya mengaku dan berterus-terang, menyebabkan saya kini disembunyikan. Hampir sebulan saya tidak berjumpa ayah dan saya tidak mahu dia tahu di mana saya sekarang.

Saya kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan dan mendalami ilmu agama sebelum melahirkan anak tidak lama lagi. Saya sungguh menyesal dengan perbuatan saya.

Saya memohon keampunan daripada Allah, tetapi pada masa ini saya tidak sanggup bersemuka dengan ayah. Saya belum ada kekuatan kerana perasaan cinta terhadapnya masih kuat.

Saya tahu perasaan ini salah di sisi agama, sebab itu saya menjauhinya bagi menghimpun kekuatan untuk menghadapi masa depan tanpa ada hubungan terkutuk dengan ayah.Jika ayah membaca artikel ini, saya berharap ayah faham dan saya ingin menjadi anak, bukan kekasih ayah.

sumber: harian metro

Comments

  1. peranggan 1-20 :astaghfirullhalazim...pening dan loya aku bc..

    masuk perenggan 20- akhir:alhamdulilah kerana ALLAH masih sygkan hambaNya dan masih memberi izin utk die menyesal dgn perbuatannya..moga lepas ni die akan jd muslimah sejati..insyaALLAH

    ReplyDelete
  2. adoii..xterkata pape la..seram n xleh diterima akal betul..

    ReplyDelete
  3. n lagi 1 cukup menjijikkan..

    ReplyDelete
  4. Tak ter kata aku bila baca kisah ni,dah hilang perikemanusian.anak sendiri pun nak rembat juga,bawa2 megucap hoi dunia kata pergi2 kubur kata mai2

    ReplyDelete
  5. makanya baca...ini...baru ngerti..awak.awak..

    Baca komentar seorang di artikel dajjal di:
    komentarnya bukan artikelnya..
    copy paste url.
    niochengyam.wordpress.com/2012/12/09/3/

    ReplyDelete
  6. What kind of father?ni Dah Kes Bapak rogol Anak..huKuman penjara...

    ReplyDelete
  7. Kesian nasib si Anak.dapat Bapak Si binatang buas...

    ReplyDelete
  8. Kesian nasib si Anak.dapat Bapak Si binatang buas...

    ReplyDelete
  9. astaghfirullahhh semoga kita semua dijauhkan dari hal separti itu,, amiin

    ReplyDelete
  10. Astagha . Ayah dia jahat nye sbb kerana tidak bertanggungjawab dan tidak mendidik anak. MASYAALLAH kesian kepada anaknya yang mengandungkan anak ayah nya sendiri.Sepatutnya ayahnya jangan melampaui batasnya.Sesungguhpun itu anak kandungnya.

    ReplyDelete
  11. Jgn la kta tahu menghentam shja.tapi salahkan la takdir yang menjadikan wajah si anak yang mirip bekas isteri dan ibu kepada anak itu..dunia memang pelikk...

    ReplyDelete
  12. Anak dan bapak yang tolol dan tidak waras !!!

    ReplyDelete
  13. Mak oii... gile btol punye babak.. geli lah.. x kan lah anak pon x leh nk pikir.. dgn babak pon ada hati

    ReplyDelete
  14. ya Allah apakah ini...benar...akal yang tuhan berikan mana letaknya...fikir2kanlah..

    ReplyDelete
  15. orang tua harusnya sedar bahwa perceraian korbankan perasaan anak

    ReplyDelete
  16. sungguh perbuatan yang hina dilakukanoleh sang ayah

    ReplyDelete
  17. Struggle that you do today is the single way to build a better future

    ReplyDelete
  18. Sharing Jika anda menderita penyakit Hernia Pada Anak yang terdapat benjolan di sekitar pusar atau di bagian yang lain segera atasi dengan Herbal AgaricPro Celana Hernia Pada Bayi Sangat Nyaman Solusi Terbaik Atasi Hernia Pada Anak Tanpa Operasi

    ReplyDelete
  19. Good thoughts you shared, know more about our website best family resorts in Kerala

    ReplyDelete
  20. I stumbled upon your blog and couldn't resist leaving a comment. Your insights on this topic are truly eye-opening! I appreciate the way you describe this. It's evident that you've done thorough research, and your writing style is engaging.

    Know more about to buy sofa for your home.

    ReplyDelete
  21. Your blog post on this topic is both informative and thought-provoking. It's evident that you have a deep understanding of related concept, and your ability to explain complex ideas in a clear and concise manner is commendable.
    I'd love to hear your thoughts on this or if you have any additional insights.

    Know more about our Web Design Company in Abu Dhabi. We are also known for best Digital Marketing Company in Abu Dhabi.

    ReplyDelete
  22. Good information you have,

    View more about Solar Panels In Dubai.

    ReplyDelete
  23. Great post! I found the information you shared to be really insightful and thought-provoking. Your writing style is engaging, making it easy to dive into the topic. Looking forward to reading more from you!
    Bed bug pest Control Abu Dhabi
    Termite Control Abu Dhabi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”