Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2010

Burger Terbesar di Dunia

Jika sebelum ini, saya ada membuat post tentang burger terbesar di Malaysia ( klik sini ) oleh Kafe Paprika, tetapi kini tentang burger terbesar di dunia pula yang dicatatkan rekodnya di Kanada. Ketua tukang masak Ted Reader (kanan) sedang memegang sebotol champagne untuk meraikan sebiji hamburger gergasi Toronto. Ted Reader dan pembantu-pembantunya berjaya membuat sebiji hamburger dengan seberat 590 pound (267.6 kilogram). Hamburger ini menunggu untuk disahkan Guinness World Record baru untuk hamburger paling berat di dunia.

Unreal Place of the World- The Wave, Arizona

The Wave adalah formasi batu pasir yang terletak di Amerika Syarikat, berhampiran dengan sempadan Arizona dan Utah di lereng terkenal Coyote Buttes, di padang gurun Paria Canyon-Vermilion Cliffs, iaitu di Dataran Tinggi Colorado. Kawasan ini sangat terkenal di kalangan jurugambar disebabkan oleh bentuk-bentuk formasi batu pasir yang berombak, bercorak dan berwarna unik. J uga terkenal dikalangan para pendaki yang sukakan cabaran lasak untuk naik ke puncaknya kerana tiada track pendakian yang disediakan. The Wave terbentuk dari batu pasir era Jurassic iaitu Navajo Sandstone yang berusia kira-kira 190 juta tahun. Para saintis yang mengkaji The Wave me ngatakan bahawa gunung pasir tua ini berubah keras menjadi batu yang disalut selama berabad-abad, mengapur di lapisan menegak dan meli ntang. Hakisan oleh angin dan hujan telah m enjadikan pemandangan indah dan spektakuler seperti yang dilihat sekarang.

Keindahan Pada Titisan Air

Zedonk hasil kacukan zebra, keldai

Seekor haiwan dikenali sebagai zedonk, hasil kacukan zebra jantan dan keldai betina yang dilahirkan kira-kira seminggu lalu berjaya menarik perhatian ramai di Pusat Pemeliharaan Hidupan liar Chestatee, di sini. Anak zebra itu mempunyai jalur-jalur hitam yang jelas kelihatan pada bahagian kaki dan mukanya. Pengasas dan pengurus besar pusat pemeliharaan itu, C.W. Wathen berkata, anak zebra itu mempunyai naluri yang cenderung kepada zebra dan lebih suka duduk daripada berbaring, seolah-olah berwaspada dengan musuh. Kebiasaannya keldai dan zebra tidak mengawan, namun kelahiran zedonk merupakan sesuatu yang muncul sekali-sekala. Wathen berkata, dalam masa lebih kurang dua minggu, zedonk itu dijangka akan mula merayau di pusat pemeliharaan berkenaan bersama-sama dengan haiwan-haiwan yang lain. - AP

Sultan Brunei ada 7,000 kereta

Sebelum ini saya telah membuat satu post yang menyenaraikan Sultan Brunei sebagai raja kedua terkaya di dunia selepas raja Thailand. Hari keluar pula satu berita daripada akhbar Kosmo tentang Sultan Brunei yang dikatakan memiliki 7000 buah kereta. Seperti yang disebut oleh akhbar itu pada hari ini, pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memiliki koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, lapor GTSpirit.com . Baginda memiliki 7,000 buah kereta berprestasi tinggi dengan anggaran harga keseluruhan mencecah AS$5 bilion (RM15.9 bilion). Antara kereta mewah milik Sultan Hassanal Bolkiah termasuk sebuah kereta Porsche 959, Porsche Carrera GT, Lamborghini Diablo Jota, Lamborghini Murcielago LP640, Bugatti EB110, dua buah Bugatti Veyron (edisi biasa dan Pur Sang) , Maybach 62, Jaguar XJR-15 dan enam Dauer 962s. Baginda turut memiliki enam buah kereta Ferrari FX, model asal Bentley Continental R, satu-satunya Porsche Carma di dunia, satu-satunya kereta sport Koenigsegg Ag

Penyanyi/Pemuzik Terkaya Di Dunia

Kehidupan sebagai artis tidak dinafikan penuh glamour dan kemewahan. Ramai pengikut dan peminat serta menjadi pujaan. Tetapi bukan senang untuk menjadi artis yang berjaya tanpa bakat, komitmen dan usaha keras yang jitu. APA yang membolehkan mereka ini tersenarai sebagai pemuzik berpendapatan paling tinggi tahun ini? Menurut Forbes, kebanyakan artis yang berada dalam senarai itu ialah pemuzik yang karier masing-masing memuncak pada 1980-an. Hampir separuh daripada artis yang termasuk dalam senarai Forbes itu sudah berada dalam industri itu cukup lama dan mereka muncul semula dengan membaharui semula muzik masing-masing. 1. U2 AS$130 juta (RM416 juta) Kumpulan rock paling kaya di dunia, U2 berjaya mengaut keuntungan kasar AS$311 juta (RM995.2 juta) dalam konsert jelajah dunia mereka pada 2009. Konsert di setiap negara memberi pulangan AS$10 juta (RM32 juta) hasil daripada jualan tiket, barangan cenderahati dan poster. U2 muncul sebagai kumpulan muzik rock yang meraih pe

Resepi Bubur Lambuk

Bulan puasa pun dah tak lama kan...dan, antara menu yg special di bulan mulia ini adalah bubur lambuk.Sebut tentang bubur lambuk,mungkin ada yg berpendapat ia boleh didapati secara percuma sahaja di masjid-masjid seluruh Malaysia. Tetapi, bagi yang ingin mencuba untuk memasak sendiri, bolehlah cuba resepi di bawah. Bahan (A): 1 sudu besar jintan manis 1 inci halia 1 1/2 sudu besar jintan putih 2 ulas bawang putih 4 ulas bawang merah (mesin semuanya) 100 gram udang kering - mesin 1/2 cawan kacang tanah - goreng & mesin halus sedikit lada sulah - nak pedas boleh tambah 1/3 biji kelapa - buat kerisik Bahan (B) : 2 cawan beras 1/4 kilo daging lembu (kalau suka boleh guna ayam) 1 cawan udang basah - jika suka daun sup & daun bawang bawang goreng daun kucai - kalau suka air rebusan daging garam Bahan penumis : 1 kuntum bunga lawang 4 kuntum cengkih 1 inci kulit kayu manis 2 biji buah pelaga caranya : 1. Tumiskan bahan penumis hingga wangi, kemudian masukkan bhn A yg telah

100 Biggest Companies in Muslim World

COMPANY RANK COUNTRY REVENUE 2007* US$ (mln) TYPE INDUSTRY % REV. GROWTH* Saudi Arabian Oil Co. (Saudi Aramco) 1 1 Saudi Arabia $ 215,985 Government Oil & Gas – Integrated 8% National Iranian Oil Company 1 2 Iran $ 101,631 Government Oil & Gas – Integrated 12% Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) 3 Malaysia $ 66,215 Government Oil & Gas – Integrated 30% Kuwait Petroleum Corp. 1 4 Kuwait $ 64,913 Government Oil & Gas – Integrated 9% Iraq National Oil Co. 1 5 Iraq $ 55,060 Government Oil & Gas