Skip to main content

Resepi Bubur Lambuk


Bulan puasa pun dah tak lama kan...dan, antara menu yg special di bulan mulia ini adalah bubur lambuk.Sebut tentang bubur lambuk,mungkin ada yg berpendapat ia boleh didapati secara percuma sahaja di masjid-masjid seluruh Malaysia. Tetapi, bagi yang ingin mencuba untuk memasak sendiri, bolehlah cuba resepi di bawah.


Bahan (A):
1 sudu besar jintan manis
1 inci halia
1 1/2 sudu besar jintan putih
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah (mesin semuanya)

100 gram udang kering - mesin
1/2 cawan kacang tanah - goreng & mesin halus
sedikit lada sulah - nak pedas boleh tambah
1/3 biji kelapa - buat kerisik


Bahan (B) :
2 cawan beras
1/4 kilo daging lembu (kalau suka boleh guna ayam)
1 cawan udang basah - jika suka
daun sup & daun bawang
bawang goreng
daun kucai - kalau suka
air rebusan daging
garam

Bahan penumis :
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum cengkih
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga


caranya :
1. Tumiskan bahan penumis hingga wangi, kemudian masukkan bhn A yg telah dimesin. Goreng hingga kekuningan.
2. Masukkan kelapa goreng, udang kering, kacang tanah, daging & udang, kacau & biar sekejap.
3. Masukkan sedikit air rebusan daging & biar mendidih sekejap.
4. Campurkan garam, lada sulah, beras & air ikut sukatan beras utk buat bubur.
5. Masak hingga bubur kembang.
6. Taburkan daun sup, daun bawang, daun kucai & bawang goreng.

sumber: internet

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif.

1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.


Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktoryang agakdominandalam menentukan saizzakarnormaladalah faktorgenetik.Ini adalah satu faktorpentingyang mestiberbeza dari setiapbangsa,keturunan,dan negarasecara keseluruhannya.

Cara Membuat Simbol dan Emoticon Menggunakan Keyboard

Jika anda seorang keyboard warrior, ini ada beberapa trick menarik untuk memantapkan skill anda:

Cara-caranya: Find Alt code.