Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

High Heel Setinggi 8-inci !!

Bayangkan anda memakai kasut setinggi ini, bagaimana agaknya posisi badan anda ketika itu? Tertonggek berapa puluh darjah agaknya?

Hidangan Air Mani Kuda Berperisa Epal Popular di New Zealand

Sebuah pub di New Zealand memperkenalkan minuman terbaharu dalam menunya iaitu air sperma kuda berperisa epal.  Pub Green Man di Wellington menawarkan minuman itu pada harga £12 (RM58) untuk setiap hidangan 30 mililiter. Bahan mentah minuman itu diambil dari sebuah ladang kuda di sini dengan setiap hidangan mengandungi sekitar 300 juta sperma kuda.

Brand-Brand Palsu Yang Bikin Lawak

Rasa kelakar pulak tengok jenama-jenama fake kat bawah ni try nak imitate jenama2 terkenal...kalau tak tengok betul-betul sebelum beli, konfem kena tipu terang-terang.....

Peristiwa Isra' Mikraj : Perbezaan Pendapat Bukanlah Satu Isu Yang Perlu Diperbesarkan

Setiap tahun apabila tiba tarikh 27 Rejab, umat Islam di Malaysia secara khususnya akan meraikan peristiwa kembara agung perjalanan Israk dan Mikraj Baginda Nabi Muhammad SAW. Ia difahamkan sebagai perjalanan malam Nabi dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin dan terus menerus menembusi dinginnya langit menuju sebuah puncak yang disebut Sidratul Muntaha. Perkara ini seperti yang diterangkan di dalam al-Quran yang bermaksud; "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui". ( Surah al-Isra':1) 

[Video]- Ouch! Rihanna Terjatuh Ketika Buat Persembahan Pentas

Penyanyi terkenal, Rihanna terjatuh dalam keadaan memalukan ketika dia membuat persembahan di Edmonton, Kanada pada minggu lalu. Penyanyi dari Barbados ketika itu sedang menyanyikan lagi Love The Way You Lie semasa dia terjatuh kerana memakai kasut tinggi di hadapan 16,000 peminatnya.

(Gambar) Keadaan Ketika Air Terjun Niagara Kering Kontang

Pada kebiasaannya, beginilah rupa air terjun Niagara...air yang mengalir bagaikan lautan biru yang luas.  Berdasarkan gambar di atas, sukar untuk dipercayai bahawa air terjun tersebut boleh menjadi kering kontang seperti gambar di bawah:

Pose-Pose Yang Akan Membuatkan Anda Kelihatan Kiut-Miut

Khas untuk golongan wanita sahaja...kaum Adam jangan pulak beria nak tiru pose cenggini...kang tak pasal ada yang pengsan..hehe :p

Snippets(19) - 14 Fakta Menarik dan Unik Tentang Bahasa Inggeris

1. Stewardesses adalah perkataan terpanjang yang dapat ditaip di keyboard hanya dengan menggunakan tangan kiri anda (tanpa langsung mengangkat tangan). Sedangkan untuk tangan kanan, lollipop adalah yang terpanjang. 2. Tidak ada perkataan dalam bahasa Inggeris yang bersajak/berima dengan perkataan; month, orange, silver, purple, angst dan scalp. 3. Dreamt adalah satu-satunya perkataan bahasa Inggeris yang berakhir dengan huruf ‘mt’. 4. Ayat 'The quick brown fox jumps over the lazy dog; menggunakan setiap huruf yang ada dalam abjad. 5. Perkataan 'racecar', 'kayak' dan 'level' dapat dibaca berulang kali dari kiri ke kanan ataupun dari kanan ke kiri.

(Gambar) Cara Untuk Hidup di Dinding Bangunan

Jangan salah anggap, mereka ini bukanlah orang yang menganggur atau tiada tempat tinggal. Ini hanyalah kediaman konsep yang dicipta oleh seorang seniman di Brazil bernama Gabriel, bersama adiknya, Tiago Primo di dinding sebuah bangunan di Rio De Janeiro. Bukankah ia sebuah konsep kediaman yang menarik?   

Hingga Ke Hujung Nyawa - Wanita Ini Berkahwin Dengan Mayat Tunangnya

Seorang wanita berkahwin dengan teman lelakinya yang sudah mati pada satu majlis di Perancis selepas mendapat kebenaran Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy. Wanita itu, Karen Jumeaux, 22, menggunakan undang-undang Perancis untuk berkahwin dengan tunangnya, Anthony Maillot, hampir dua tahun selepas terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Wanita itu menulis kepada Sarkozy meminta kebenaran berkahwin dengan tunangnya yang sudah mati dan kemudian permohonannya diluluskan kerana beliau boleh membuktikan yang mereka sudah merancang untuk berkahwin. Pasangan itu bertemu pada 2007 dan mempunyai cahaya mata lelaki pada 2009, sebelum kekasihnya itu mati pada usia 20 tahun.

Lelaki Separuh Badan Yang Menakjubkan

Lelaki bernama Peng Shuilin ini telah kehilangan separuh daripada badannya setelah dipotong selepas berlanggar dengan sebuah trak . Tetapi dia tidak pernah berputus asa ! Proses pemulihan yang  beliau jalani telah mengkagumkan para pakar bedah selepas hampir dua tahun menjalani satu siri pembedahan. 

(Gambar) Hasil Seni Paling Menakutkan

Bertemakan 'Nightmare Art', apa yang anda lihat di bawah ini mungkin akan menyebabkan anda berasa seram dan takut. Ia dihasilkan oleh seorang artis; Mark Powell dengan menggunakan bahan resin dan silikon untuk menghasilkan sculpture yang menakutkan.  It looks like a hell !!  

13 Desain Business Kad Paling Gempak

1.Twitter Business Card

Wanita Ada 'radar' Untuk Kesan Lelaki Gay

Sekiranya seorang wanita berkata, dia boleh mengecam lelaki gay dengan hanya memandangnya, dakwaan tersebut sememangnya benar. Sekumpulan saintis University Toronto, Kanada menyatakan, wanita memiliki naluri yang berfungsi seperti 'radar gay' untuk membantu mereka mengecam lelaki homoseks dengan hanya memandang wajahnya. Kebolehan tersebut, kata mereka, paling kuat apabila wanita berada dalam fasa subur dan teruja untuk melakukan hubungan intim.

Ujian Darah Boleh Buktikan Jangka Hayat

Satu ujian darah yang boleh menunjukkan berapa pantas seseorang berusia dan menawarkan kemungkinan anggaran berapa lama masa yang tinggal untuk hidup – dijangka dijual kepada orang ramai di Britain hujung tahun ini. Kaedah ujian kontroversi itu mengukur struktur penting hujung kromosom seseorang digelar telomere, yang mana saintis percaya adalah satu petunjuk paling penting dan tepat kepantasan di mana seseorang itu berusia. Saintis berpendapat di sebalik ujian berharga £435 (RM2,145) itu berkata tidak mustahil memberitahu sama ada ‘usia biologi’ seseorang, seperti diukur oleh panjang telomere, lebih tua atau muda berbanding usia kronologi sebenar mereka.

Uniknya 1 Baju Dengan 100 Gaya

Baju yang unik ini telah direka oleh seorang pereka berkaliber antarabangsa, iaitu Sebastian Errazuriz untuk mereka yang gemarkan kepelbagaian gaya. Menariknya, baju ini terdiri daripada 120 zip yang boleh diubah ke dalam pelbagai fesyen yang diingini oleh si pemakai. Berikut antara fesyen-fesyen yang boleh digayakan...

(Gambar) Orang Asli Tidak Pernah Jumpa Manusia Moden Ditemui di Amazon

Beberapa pegawai Yayasan Pribumi Nasional Brazil (Funai) mengesahkan kewujudan populasi orang asli yang belum pernah menjalin hubungan dengan manusia luar di hutan hujan Amazon selepas satu puak mengandungi 200 orang dikesan menerusi satelit.

Lelaki Memang Miang!

Owh tak semua lelaki macam ni...hanya segelintir jer, kan kan?

Rumah Terkecil Dihuni 3 Sekeluarga

Dua puluh tahun lalu, Debra dan keluarganya tinggal di rumah berkeluasan hampir 2000 kaki persegi di atas tanah berkeluasan 1.5 ekar . Kemudian suaminya hilang kerja dan mereka mula bekerja 4 pekerjaan antaranya untuk membayar gadai janji , sehingga satu hari mereka ter ingat mereka mempunyai pilihan lain.  

Belanda Haramkan Sembelihan Ikut Cara Islam

Ahli-ahli Parlimen Belanda sudah bersiap sedia untuk meluluskan rang undang-undang bagi mengharamkan penyembelihan haiwan cara Islam dan Yahudi. Bagaimanapun dalam kompromi saat-saat akhir semalam, anggota dewan bersetuju membuat pindaan bagi mengecualikan pertubuhan-pertubuhan agama daripada pengharaman itu, jika mereka dapat membuktikan kaedah penyembelihan mereka tanpa menggunakan kejutan elektrik, tidak menyebabkan kesakitan tambahan. Ahli-ahli Parlimen berhaluan tengah daripada beberapa parti mencapai kompromi itu sejurus sebelum perbahasan terakhir mengenai rang undang-undang tersebut, kerana khuatir sokongan mereka terhadap pengharaman itu boleh menyebabkan mereka kehilangan sokongan daripada pengundi Islam dan Yahudi.

Melawat Restoren Harry Potter

Three Broomsticks Restaurant and the Hog's Head Pub

12 Cara Membuat Kapal Terbang Kertas Yang Awesome

Masa kecik-kecik dulu, satu-satunya origami yang Encik Billy teror buat adalah origami kapal layar. Buat dengan kertas surat khabar lama je pun. Pastuh letak dalam sungai, buat race dengan kawan-kawan, tengok kapal sape yang paling laju...itu senang je. Yang Encik Billy tak terror buat adalah origami kapal terbang. Setiap kali buat dan bila baling, mesti dia tak nak terbang. Terus terhempas...agaknya salah teknik melipat kot? Dan bila tengok teknik-teknik kat bawah ni, rupanya senang je.....

Topeng Berwajah Bayi Super Realistik!

Sekiranya anda teringin atau pernah berangan untuk menjadi bayi semula, maka topeng kepala ini adalah yang paling sesuai untuk anda.    

(Gambar) Sebelum dan Selepas Photoshop

Sila berhati-hati dengan sebarang dating websites (web mencari jodoh) kerana apa yang anda lihat di komputer mungkin tak sama dengan apa yang anda harapkan! Dengan adanya aplikasi mengedit photo seperti Adobe Photoshop, sebarang gambar yang hodoh sekalipun boleh menjadi cantik jelita. Di bawah ini adalah koleksi gambar-gambar wanita di Rusia sebelum dan selepas diedit.     

Kajian Buktikan Pengguna Laman Sosial Lebih Mahir Berkawan, Cerdik Politik

Berbeza daripada tanggapan umum bahawa keasyikan berkawan melalui Facebook akan mengancam kemampuan seseorang bersosial di dunia nyata, penyelidik mendapati, kebolehan pengguna laman sesawang sosial itu meningkat lebih tinggi daripada biasa. Keputusan kaji selidik Pusat Penyelidikan Pew menunjukkan, pengguna Facebook lebih dipercayai, memiliki lebih ramai kawan karib dan lebih celik politik. Ketua penyelidik, Keith Hampton, berkata sebelum ini banyak spekulasi dibuat mengenai kesan laman sesawang sosial ke atas orang ramai. Katanya, kebanyakan orang percaya pengguna laman sesawang sosial terasing daripada dunia nyata.

Preview Smartphone Terbaru Nokia: Nokia N9

Nokia semalam melancarkan telefon pintar terbarunya iaitu Nokia N9 yang dijangka  dapat memulihkan semula pasarannya setelah menerima persaingan hebat daripada syarikat lain seperti Apple dan Samsung. Nokia N9 yang dilancarkan di Singapura semalam menonjolkan paparan ‘all-screen’ serta tidak mempunyai punat ‘home’ seperti yang dimiliki iPhone dan model canggih lain.

Bila Kucing Suka Menonton TV......

Perangai kucing zaman sekarang memang pelik...almaklumlah hidup di zaman millenium, semua benda pun nak try. Macam kucing-kucing di bawah ni yang suka menonton TV...yang anehnya, kucing-kucing ini hanya menonton rancangan TV yang memaparkan KUCING jugak..kenapa ye?

Awas, Tonton TV Boleh Tingkatkan Risiko Kena Kencing Manis !!

Mereka yang menghabiskan lebih banyak masa di hadapan televisyen lebih berisiko untuk mendapat penyakit diabetes dan jantung, walaupun menonton hanya dua jam sehari, menurut satu kajian.    Setiap hari, penduduk Amerika Syarikat menghabiskan purata kira-kira lima jam menonton televisyen, manakala penduduk Australia dan Eropah antara 3.5 jam hingga 4 jam sehari, kata penyelidik yang diketuai Frank Hu, di Sekolah Perubatan Harvard. Untuk fakta, rakyat Malaysia pula mempunyai purata jam menonton TV yang lebih tinggi, iaitu antara 4 hingga 5 jam sehari.   “Mesejnya mudah. Mengurangkan masa menonton TV adalah satu langkah penting untuk mengurangkan risiko diabetes dan penyakit jantung,” kata Hu. Mereka yang duduk di hadapan televisyen kurang melakukan senaman dan banyak memakan makanan tidak sihat, katanya.

Koleksi Poster Filem Lukisan Tangan Dari Ghana

    Pada 1980-an beberapa usahawan di Ghana melabur dalam peralatan video VHS dan membawa industri filem ke Ghana. Mereka menjelajah ke seluruh negara itu dan membawa keajaiban filem ke bandar-bandar dan kampung-kampung terpencil yang kebanyakannya tidak mempunyai kuasa elektrik (penjana mudah alih telah digunakan). Filem ditayangkan di restoran, rumah, sekolah atau di luar rumah dan dalam kebanyakan kes, filem-filem itu diperkenalkan buat pertama kalinya kepada penduduk di negara itu.   

(Gambar) Perkahwinan Lesbian Pertama di Nepal

Seorang peguam wanita dan profesor wanita dari salah sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS) merupakan pasangan lesbian yang pertama berkahwin di Nepal.

Tolong Jangan Translate Bahasa IT ke Dalam Bahasa Melayu!!

Ish...ish...ish, bahaya kot! Tolongla jangan memandai terjemahkan bahasa IT ke dalam B.M, tambah-tambah lagi untuk budak-budak sekolah. Boleh jadi lain maksudnya.  Lihat contoh di bawah: 1. Hardware : Barang Keras 2. Software : Barang Lembut 3. Joystick : Batang Gembira 4. Plug and Play : Sumbat dan Main 5. Port : Lubang 6. Server : Pelayan 7. Client : Pelanggan

[Gambar] Ramai-Ramai Menangkap Ayam

Kesianlah kat ayam nih...  

Video Lin Dan Kena 'Boo' Selepas Tarik Diri di Singapore

Bintang China, Lin Dan menjadi mangsa ejekan dan sorakan penonton selepas menarik diri daripada perlawanan akhir Siri Super Terbuka Singapura menentang rakan senegara, Chen Jin kerana masalah kesihatan, semalam.  Lebih 7,000 penonton yang hadir di Stadium Tertutup Singapura untuk melihat aksi "Super Dan", kecewa sebaik mendapat tahu jaguh China itu menarik diri.   Lin Dan memberikan alasan berikut: "Saya rasa tidak sedap perut ketika hendak tidur malam tadi, pagi ini.. saya masih rasa tidak sihat, jadi saya pergi ke pejabat kejohanan dan mendapatkan pandangan doktor.

Gaya Duduk Rakyat Thai Jadi Kegilaan di Facebook

Gaya duduk tradisional rakyat Thailand kini menjadi kegilaan terbaharu dalam kalangan penduduk negara itu di laman Facebook. Lebih 65,000 orang sudah mendaftarkan diri di laman Facebook yang mempromosikan kempen gaya duduk itu yang dikenali sebagai pubpeab sejak ia dilancarkan pada Jumaat lalu. Gaya duduk itu menunjukkan seseorang individu itu duduk bersimpuh di pelbagai lokasi dengan gambar mereka disiarkan di laman berkenaan.

Kereta Api Tergantung Yang Menakjubkan di Jerman

Sekali imbas, keretapi ini tidak ada bezanya dengan monorail yang terdapat di Kuala Lumpur. Ia tetap bergerak pada satu landasan seperti monorail, tetapi sebaliknya, ia kini bergerak dalam keadaan terbalik. 

Ikan Paus Gergasi Jinak Jadi Tarikan Pelancong

Para pelancong kini boleh melihat beberapa ekor ikan paus kelabu gergasi seberat 40 tan di barat pantai Mexico. Para pelancong dari seluruh dunia kini berpeluang bermain dengan sekumpulan keluarga ikan paus tersebut yang tinggal di lagun San Ignacio, Mexico dengan menyentuh lidah dan menggosok badan haiwan tersebut.

[Video]- Gorilla Yang Boleh Berjalan Seperti Manusia, Jadi Sensasi di Youtube

Seekor gorila jantan seberat 220 kilogram di taman haiwan Port Lympne yang boleh berjalan seperti manusia telah menarik perhatian ramai. Gorila yang diberi nama Ambam itu menjadi sensasi di laman web YouTube. Pada kebiasaannya gorila berjalan dengan menggunakan kaki dan tangannya. Rakaman itu menunjukkan Ambam yang berumur 21 tahun berjalan seperti manusia dengan menghayunkan kedua-dua tangan untuk mengimbangi badannya.

Little-Big Things (Benda2 Besar Yang Dikecilkan)

“Little – Big things”, koleksi gambar-gambar yang dirakam oleh photographer, Cynthia Greig.  

10 Cara Menjadikan Serangga Sebagai Makanan Yang Lazat

Budaya memakan serangga adalah budaya yang biasa bagi penduduk di beberapa bahagian di dunia ini seperti di Amerika Selatan, benua Afrika, Asia Selatan dan Asia Tengah serta di Australia dan juga di New Zealand.  Lebih daripada 1000 jenis serangga diketahui boleh dimakan dan dikonsumkan di sekitar 80 peratus negara-negara di dunia ini. Walaubagaimanapun, di sesetengah tempat, memakan serangga dianggap sebagai sesuatu yang taboo dan bukan kebiasaan. Sama ada anda menyukai serangga yang digoreng atau dibakar, ianya terdapat pelbagai cara untuk anda menikmati serangga. Persoalannya, yang mana satu pilihan anda? Serangga Bersalut Coklat

Dapur Yang Dibuat Keseluruhannya Daripada Coklat dan Gula-Gula

Dikenali sebagai seorang yang obses terhadap coklat, seorang lelaki membangunkan sebuah replika dapur di rumahnya yang keseluruhannya diperbuat daripada coklat dan gula-gula! Nah, sekarang memang wujud dapur seperti dalam cerita dongeng Hansel & Gritel.

Gambar-Gambar Mikroskopik Yang Mengagumkan!

Di bawah ini adalah gambar-gambar mikroskopik yang diperbesarkan sehingga beratus-ratus kali. Rupa-rupanya dunia mikro ini begitu berwarna-warni dan indah sekali. Nak tahu apa yang best?....jom layan!!  Ini kepala nyamuk!..waa, banyak bulu dia  Ini pula bakteria yang terdapat pada lidah manusia...banyaknya!