Bintang China, Lin Dan menjadi mangsa ejekan dan sorakan penonton selepas menarik diri daripada perlawanan akhir Siri Super Terbuka Singapura menentang rakan senegara, Chen Jin kerana masalah kesihatan, semalam.
Lebih 7,000 penonton yang hadir di Stadium Tertutup Singapura untuk melihat aksi "Super Dan", kecewa sebaik mendapat tahu jaguh China itu menarik diri.
"Saya rasa tidak sedap perut ketika hendak tidur malam tadi, pagi ini.. saya masih rasa tidak sihat, jadi saya pergi ke pejabat kejohanan dan mendapatkan pandangan doktor.
"Saya faham perasaan penonton, kerana sepanjang minggu beraksi, saya mendapat sokongan peminat dan ia bertambah dari hari ke hari. Saya rasa simpati dengan mereka kerana saya memiliki ramai penyokong di Singapura,'' kata Lin Dan pada sidang akhbar.
Pengadil kejohanan, Ernest Robinson mengesahkan Lin Dan mengalami gastrik dan Chen Jin dihadiahkan kejuaraan secara percuma.
sumber: youtube, utusan malaysia
selalu sangat lin dan buat macam ni. asal bertemu dengan rakan senegara, ada la dia buat alasan tarik diri. uhh...
ReplyDeletekecian kat penonton tu... x patot ar dia buat camni... kan dah kena boooo.....
ReplyDeletehaha..kene booo.
ReplyDeletelin dan ada tektik dia...
ReplyDeletepensyarah PJ saya pernah berkata.. atlet spt ini ada muslihatnya.. maybe org yg amek sains sukan akn paham knp....