Tuesday, June 21, 2011

Koleksi Poster Filem Lukisan Tangan Dari Ghana

 
 

Pada 1980-an beberapa usahawan di Ghana melabur dalam peralatan video VHS dan membawa industri filem ke Ghana. Mereka menjelajah ke seluruh negara itu dan membawa keajaiban filem ke bandar-bandar dan kampung-kampung terpencil yang kebanyakannya tidak mempunyai kuasa elektrik (penjana mudah alih telah digunakan). Filem ditayangkan di restoran, rumah, sekolah atau di luar rumah dan dalam kebanyakan kes, filem-filem itu diperkenalkan buat pertama kalinya kepada penduduk di negara itu. 
 

Untuk mempromosikan filem-filem itu, pelukis tempatan telah ditugaskan untuk melukis poster filem asal. Ini adalah poster lukisan minyak biasa (oil painting) yang digulung dan dibawa dari bandar ke bandar. Para pelukis akan mengingati beberapa babak dari filem untuk membantu mereka melukis poster itu, tetapi dalam sesetengah kes mereka langsung tidak menonton filem itu sama sekali.
Setiap poster adalah unik dan secara amnya tiada salinan yang dicetak. Pada tahun 1990-an televisyen menjadi meluas di Ghana dan panggung mudah alih kian pudar popularitinya. Sejak itu poster filem
Ghana yang dilukis tangan telah menjadi popular di kalangan pengumpul poster di seluruh dunia.


Lagi koleksi poster-poster lukisan tangan dari Ghana:



Terminator 2

Evil Dead 2

Cujo

Ewoks The Battle for Endor

House Party

Top Dog


Dan berikutnya ini adalah poster dari filem-filem tempatan di Ghana dan Afrika
 
 
 
 
 
 
 
 
 

sumber: http://www.coolpicturegallery.us

Entri-Entri Berkaitan.....

2 comments:

Related Posts with Thumbnails