Ibu bapa sebuah sekolah di bandar ini menuduh pihak sekolah mencari masalah selepas ia membina tandas uniseks untuk pelajar menengah di sekolah berkenaan.
Bangunan tandas di Kolej Teknologi Dyke House Sports dibina semula sebagai sebahagian pengubahsuaian bernilai 12.4 juta pound (RM62 juta) dengan menempatkan tiga bilik kecil yang mempunyai pintu dari lantai ke siling untuk lelaki dan perempuan. Rekaan baru itu didedahkan selepas sekolah terbabit diubah suai di bawah program Bangunan Sekolah untuk Masa Depan (BSF), menyaksikan kedua-dua jantina keluar dari bilik kecil di ruang yang sama dan menggunakan sinki bersama.
Ibu dua anak, Lynsey Smith, 32, yang mempunyai anak lelaki belajar di sekolah itu dan tinggal di Avondale Gardens berkata: “Sekiranya saya ada anak perempuan, pasti saya tidak suka memikirkan ada pelajar lelaki di situ yang akan mengejek pelajar perempuan yang mengalami haid dan perkara seumpamanya. “Dan jika ada pasangan yang berpacaran pasti mereka akan berakhir dalam tandas.
“Ia hanya mengundang masalah,” katanya. Seorang ibu yang meluahkan kemarahannya dalam Facebook menulis: “Anak perempuan saya memberitahu dia enggan pergi ke tandas di sekolah dalam tempoh empat setengah tahun akan datang.” Menurutnya, dia telah menghubungi Majlis Perbandaran Hartlepool dan kaunselor tempat dia tinggal untuk mengadu mengenai isu itu.
Sementara itu, pentadbiran sekolah mempertahankan kemudahan baru itu, mendakwa tandas berkenaan adalah kaedah masa depan di sekolah abad ke-21.
sumber: harian metro,dailymail.co.uk
lagi la senang pasangan2 kekasih nk buat drama dlm toilet..haduhh
ReplyDeleteotak udang...
ReplyDeleteBodo betulll
ReplyDeleteBodo betulll
ReplyDeletedah macam-macam tingkah gaya zaman ini
ReplyDelete