Skip to main content

Carian Keyword Terhangat Google Malaysia Sepanjang 2011






Enjin carian terkemuka, Google baru-baru ini mengeluarkan senarai Zeitgeist tahunan untuk Malaysia bagi terma carian terhangat di google.com.my sepanjang tahun lalu.


Senarai tersebut memberikan pandangan sepintas lalu berkenaan apa yang dicari oleh rakyat negara ini meliputi acara, detik-detik menarik, dan trend baru yang membuat kita terpesona sepanjang tahun 2011.


Carian Meningkat Pantas

Pada tahun lalu, senarai carian yang meningkat dengan pantas menunjukkan bahawa selain daripada rangkaian sosial dan juga bermain AngryBirds, rakyat Malaysia juga amat gemar untuk bergelak-tawa.

Mereka juga mencari rancangan realiti televisyen (TV) Maharaja Lawak menduduki tangga ketiga.


Apabila dilihat pada carian berkaitan rancangan TV, rakyat Malaysia amat gemarkan program realiti seperti America's Next Top Model (ANTM) X Factor USA dan American Idol 2011 merupakan antara carian rancangan TV popular sepanjang tahun ini.

'Tonton' dan 'Apa Itu' 'PPVRIP' turut tersenarai sebagai carian popular, menunjukkan rakyat Malaysia mula memfokuskan terhadap TV atas-talian.


Gajet Popular

Pengguna di negara ini juga meminati teknologi turut menyumbang kepada trend carian sepanjang tahun.

Gajet yang dilancarkan dan yang sekadar ura-ura sahaja memegang empat kedudukan tertinggi daripada 10 carian yang meningkat naik dengan pantas pada tahun ini, iaitu iPhone 5, iPad 2, Samsung Galaxy dan Android.


Dalam bertanyakan soalan berkaitan teknologi, pengguna Malaysia bertanyakan "Apakah itu..." untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 'iPad', 'hacking' dan 'jailbreak'.

Pengguna Malaysia juga turut menggunakan carian imej dalam mengetahui berkaitan bagaimana basikal dengan gear tetap kelihatan apabila fixie mula menjadi budaya baru.


Hiburan

Penyanyi dan penulis lagu - Bruno Mars yang melawat Malaysia Apri lalu mendahului pada senarai carian berkaitan orang yang meningkat naik dengan pantas bersama-sama dengan tiga bintang muzik antarabangsa iaitu Avril Lavigne, Rihanna dan juga Justin Bieber turut menjadi imej yang paling banyak dicari pada tahun lalu.

Selain itu, terma yang carian imej popular yang lain adalah Domo-kun - maskot berbulu dari stesen televisyen Jepun, NHK.


Selebriti YouTube, Cikgu Shida yang membuat segerak suara untuk lagu-lagu tempatan dan juga antarabangsa menjadi rakyat Malaysia yang memperlihatkan peningkatan dengan pantas pada tahun ini.


Blogger dan Ikon Popular

Selain beliau, rakyat tempatan lain yang turut menyertai senarai tersebut termasuk penulis blog remaja, Fatin Liyana dan Hanis Zalikha, ahli politik Anwar Ibrahim, ulama Ustaz Kazim, dan pereka bentuk muslimah - Hana Tajima yang membawa gelombang baru pada fesyen bertudung di negara ini.



Pelancongan

Apabila ingin melancong, rakyat Malaysia kekal dengan apa yang mereka sedia kenali pantai dan bandar besar.Carian untuk Su Mei Island, Maldives dan Caribbean seimbang dengan carian berkaitan Hong Kong, Taipei dan New York.

Disneyland juga merupakan carian popular di kalangan pengguna apabila kedua-dua carian Disneylands Paris dan Hong Kong menjadi carian destinasi antarabangsa popular pada tahun 2011.


Ukuran Budaya

Jurucakap Google, Zeffri Yusof berkata, Zeitgiest penghujung tahun daripada Google merupakan salah satu ukuran budaya menunjukkan apakah yang menjadikan kita teruja, tertanya-tanya, dan ingin mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.

Dari pemimpin, selebriti, hal ehwal semasa sehingga, sukan dan segalanya, trend carian memperlihatkan apakah yang difikirkan dan berada dalam minda rakyat Malaysia

"Zeitgeist dalam bahasa Jerman bermakna semangat masa melalui eksplorasi berbilion terma carian yang diterima setiap tahun.

"Trend terhangat sepanjang tahun 2011, kami juga menyediakan beberapa aplikasi memberikan informasi mendalam untuk carian global, mengikut negara, dan juga trend carian tahun-tahun lepas dan sekarang,'' katanya.

Aplikasi Google Zeitgeist tidak digunakan sama sekali untuk mengenali seseorang pengguna kerana ia dikumpulkan tanpa identiti, dan dihimpunkan bilangan berdasarkan berapa kerap sesuatu terma atau kata kunci itu dilakukan carian.

'Paling popular' merupakan terma carian yang digunakan paling banyak dalam carian, manakala 'meningkat naik paling pantas' merupakan terma carian yang memperlihatkan peningkatan carian paling cepat dari jumlah carian sepanjang tahun.

sumber: utusan malaysia

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”