Thursday, March 31, 2011

Kisah Asal-Usul Hari April Fool




 Encik Billy da lama dengar cite kat bawah ni sejak dari sekolah rendah lagi. Kebenarannya?.....Wallahualam. Sekadar berkongsi dan semoga membuka mata hati kita untuk berfikir.


Jika Valentine Day disambut pada 14 Februari setiap tahun, maka April Fool pula berlaku pada 1 April setiap tahun.Mereka yang meniru budaya ini merasakan seri persekitaran itu akan hilang apabila peristiwa-peristiwa itu tidak diraikan. Apa yang dibimbangi ialah pemikiran seperti ini terus berleluasa hingga satu masa nanti, ada yang mengatakan ia tidak bertentangan dengan Islam. Disedari atau tidak, golongan muda menerimanya dengan membuta tuli tanpa usul periksa adakah ia bertentangan dengan batas syarak atau sebaliknya.

Menurut sejarah, Fool¡¯s Day atau April Fool mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada , Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian. Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian ternyata tidak berpuashati dan cuba menghapuskan orang Islam dari bumi Sepanyol.

Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Di kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian lagi sangsi dengan pemberitahuan itu.Mereka yang mempercayainya telah meninjau di pelabuhan dan berpuashati lalu memutuskan untuk bertolak pada keesokannya hari(1 April).

Keesokan harinya, mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar telah dibunuh tanpa mengira lelaki,perempuan atau kanak-kanak.

Peristiwa berdarah itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang kemudiannya menjadi acara tahunan. Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam merayakannya tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya meraikan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Masyarakat hari ini sebenarnya tidak mengetahui dengan jelas asal usul April Fool¡¯s. Selain boleh merosakkan akidah, budaya ini sebenarnya meniru gaya hidup kebaratan yang bertopengkan humor, gurauan,lelucon dan komedi. Bagi mereka, 1 April merupakan hari kejutan dengan berbagai perkara pelik, humor dan memalukan.

Namun apa yang dilihat hari ini ia banyak membawa unsur memalukan orang lain. Ia bukan sahaja memperbodohkan si pelaku tetapi juga yang menerima akibat bersesuaian dengan nama Fool itu sendiri yang bermaksud bodoh atau tolol. Jelas ia cuba menjatuh air muka dan martabat seseorang. Bagi yang bersikap selamba mungkin boleh menerima gurauan tersebut, tetapi bagi tidak dapat menerima pasti akan menyimpan persaan negatif dalam diri hingga akhirnya menjadi seorang yang pendendam hingga sanggup menjadi pembunuh. Ini merupakan sesuatu yang tidak diterima oleh landasan syarak.

Kita tidak wajar berkiblatkan budaya barat apatah lagi mengagungkannya kerana Islam agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya. Islam mempunyia adab dalam bergurau senda tanpa menganiyai orang lain. Selain menghormati orang lain, kita juga diwajibkan menutup keaiban orang lain.

Bagi yang kurang memahami sejarah, mereka tidak merasakan apa-apa tentang budaya April Fool¡¯s tanpa menyedari bahawa ia merupakan satu penghinaan halus ke atas umat Islam.

Akhirnya, marilah sama-sama kita renungi sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

Kamu pasti akan mengikuti jejak-jejak orang-orang sebelum kamu, sejengkal
demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga mereka masuk ke dalam lubang
biawak sekalipun, pasti kamu tetap mengikuti mereka?. Kami bertanya?Wahai
Rasulullah SAW, Yahudi dan Nasrani?Baginda menjawab?Lalu siapa lagi(kalau
bukan mereka)
- Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim


Disediakan Oleh:
Ust. Nordin bin Bayadi
Bahagian Penerangan dan Penerbitan
Jabatan Agama Islam Selangor

Entri-Entri Berkaitan.....

8 comments:

  1. alhamdulillah thanks di atas perkongsian nih..

    sy pun ada dengaq gak kisah ni dari ustazah sy...

    semoga kita sama-sama beroleh kesedaran

    ReplyDelete
  2. tme kaseh utk info ni.. amat berguna.. smoga kita semua dpt mngmbil pngjran drpdnya.. :)

    ReplyDelete
  3. thanks 4 the post.boleh tak saya nk share pasal ni kt org len?

    ReplyDelete
  4. Ini hanya sekadar fitnah. Cheak ini http://en.wikipedia.org/wiki/April_Fools'_Day

    ReplyDelete
  5. Haha , so funny , i wonder why they create a story and making it a religion sentiment issue ... And is there any proof like document or picture? Haha.........

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails