Skip to main content

Bayi Yang Lahir Tanpa Tempurung Kepala


Seorang bayi perempuan anak Rudi Kusmawanti, 27 dan isterinya yang berusia 17 tahun, Sari Rianti lahir tanpa tempurung kepala, lapor akhbar Sumut Pos.

Bayi tersebut yang dilahirkan pada Khamis lalu di sebuah klinik di Serdang dekat sini dibawa ke hospital besar di sini untuk menerima rawatan lanjut.

"Saya diberitahu tentang keadaan anak saya daripada bidan. Saya sangat terkejut," kata Sari.

Namun, katanya, di sebalik keganjilan itu bayinya yang seberat 2.1 kilogram berada dalam keadaan baik. Menurutnya, dia tidak menyangka bayinya akan lahir dengan 'kekurangan' tersebut kerana semasa hamil, dia banyak minum susu dan kerap mengambil jamu untuk menjaga kesihatannya.


Mengulas mengenai keadaan bayi yang masih belum diberi nama itu, ketua hospital besar berkenaan, Dr. Masdulhaq berkata, tiada pembedahan akan dilakukan terhadapnya.

"Biasanya, bagi kes seperti ini, kami hanya akan melakukan rawatan sahaja," kata Masdulhaq.

sumber: kosmo

Comments

  1. nauzubillah...
    alhamdulillah..aku dilahirkan sempurna fizikal..

    ReplyDelete
  2. bersyukur dgn keadaan diri...alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. kesian yer..syukurlah kita tak jadi macam dia...

    ReplyDelete
  4. speechless... kesian, sedih,
    bersyukur dengan kesempurnaan fizikal diri ini.
    Alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. ngandung ga bole mkn jamu neng....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif.

1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.


Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktoryang agakdominandalam menentukan saizzakarnormaladalah faktorgenetik.Ini adalah satu faktorpentingyang mestiberbeza dari setiapbangsa,keturunan,dan negarasecara keseluruhannya.

Cara Membuat Simbol dan Emoticon Menggunakan Keyboard

Jika anda seorang keyboard warrior, ini ada beberapa trick menarik untuk memantapkan skill anda:

Cara-caranya: Find Alt code.