Saturday, July 14, 2012

Ayam Beranak dan Bukan Bertelur di Sri Lanka






Pelbagai kejadian yang berlaku kebelakangan ini , menunjukkan bahawa dunia ini semakin pelik. Di Sri Lanka, seekor ayam betina dilaporkan beranak dan tidak seperti kebiasaannya bertelur dan mengeram sebelum telurnya menetas.


Pemilik ayam yang tinggal di kawasan pegunungan Sri Lanka, Ranjith Ekanayake mengatakan bahawa dari 6 ekor ayamnya, seekor daripadanya tidak mengeram telur.

Ekanayake kemudian terkejut setelah mendapati ayam betina yang tidak bertelur itu mengeluarkan anak ayam tanpa telur. Anak ayam itu membesar sihat namun induknya mati.

Jabatan penternakan Sri Lanka mengatakan ia adalah kes pertama seumpamanya dan tidak pernah mendengar kejadian seperti itu sebelumnya. Media-media tempatan menerbitkan gambar pegawai peternakan itu yang sedang memeriksa kotoran induk ayam.

Melalui pemeriksaan itu, dipercayai telur ayam berkembang dalam sistem reproduksi ayam betina itu.

Di dalam sistem reproduksi induk ayam, telur tersebut mengalami inkubasi selama 21 hari dan menetas sebelum keluar dari induknya.Namun ayam betina itu mati kerana pendarahan dalaman.

Surat khabar Daily Mirror, Sri Lanka, dalam muka depannya menulis, "Ayam yang keluar lebih dahulu, bukan telur."

sumber: http://www.blogapaaja.com

Entri-Entri Berkaitan.....

4 comments:

Related Posts with Thumbnails