Skip to main content

Ibu Lahirkan Kembar 7, Namun Pemerintah China Hanya Benarkan 1 Sahaja Untuk Hidup






Jinan Huang, seorang ibu berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 7 di Shanghai, China. Wanita itu ketika ini berada dalam keadaan stabil setelah melalui proses melahirkan kesemua bayi itu yang memakan masa 31 jam, diberikan kesempatan selama 1 minggu oleh pihak berkuasa China untuk memutuskan 1 bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan kelak.


“Saya bersama suami belum memutuskan sebarang pilihan lagi,” ujar Jinan yang ditemui wartawan beberapa minit setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.

“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh sebab itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak dapat menjaga kami ketika tua ini.”


“Sudah tentu kami tidak menginginkan untuk membesarkan walau seorangpun dari dua bayi perempuan yang lahir,” suami Jinan menambahkan. “Untuk hal ini kami sudah yakin.”

Ke 6 bayi lain yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai dengan ketetapan yang sudah termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak peraturan ‘Satu Keluarga Satu Anak’ dikuat-kuasakan pada tahun 1983,pemerintah China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, dimana ia dilarang dengan pesalah akan dikenakan hukuman mati di China.

“Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.” Ujar Jinan


 sumber: http://www.theonion.com

Comments

  1. kejamnya peraturan....
    kalo dah banyak sangat kan boleh bg kat orang lain yang takde anak...nie dibuang gitu...astaga...

    ReplyDelete
  2. memang gila neraga tu...Allah memberi yang terbaik tapi dipersendakan pula dengan membunuh pula...minta2 Allah bukakan mata pada ketua neraga tu agar dapat mengetahui Allah yang lebih berkuasa

    ReplyDelete
  3. kenapa manusia skrg semakin gila!!!!!

    ReplyDelete
  4. Kesian bayi tak berdosa, boleh pulak ada undang2 kejam macam tu..ish..

    ReplyDelete
  5. pemerintah terpaksa bt peraturan mcm tu disebabkan kepadatan penduduk negara china. tp mmg kejam...

    ReplyDelete
  6. bagi la singapura, diorang nak budak lahir kat pempat diorang..... kejam dalam dunia yang sudah lama bertamadun....

    ReplyDelete
  7. memang bullshit la negera china nih..rasa macam nak hempuk je pale pm dorg tu.. hempuk gune batu..

    ReplyDelete
  8. http://www.harian-metro-online.com/ibu-lahir-anak-kembar-12-dipaksa-pilih-1-dan-11-yang-lain-akan-dibunuh

    kembar 12 ke kembar 7 sebenarnye?

    ReplyDelete
  9. Septuplets ni 7 kan?!!!

    ReplyDelete
  10. Septuplets ni 7 kan?!!!

    ReplyDelete
  11. Ni cerita tahun 1998 dah... http://www.theonion.com/articles/chinese-woman-gives-birth-to-septuplets-has-one-we,1999/

    ReplyDelete
  12. x kesah ar citer tahun brape ke, tp mmg undang2 china sux..ntah2 sbb m'sia ramai sgt org cina but nyemak je sbb anak2 cina kena campak sini kot?...pandang kiri kanan depan blakang asyik cina je kat kl nih...uhhh..blagak lak tuh...

    ReplyDelete
  13. BETUL,undang2 china mmg kejam TAK berperikemanusiaan langsung. Cuba beri penekanan kat sex education. Itu lebih baik Dari dibunuh atu digugurkan.

    ReplyDelete
  14. sepatutnya org cina kt m'sia bersyukur sebb kerajaan m'sia x buat mcm negara China.Jdi taat setia mereka patut kepada negara m'sia dan menghormati hak2 melayu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”