Skip to main content

Sejarah Ibadah Puasa Umat Islam dan Umat-Umat Terdahulu






Ibadah Sawm atau berpuasa di bulan Ramadhan adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Memahami dan mengethui tentang sejarah Tasyri' ibadah tersebut akan membolehkan kita sampai kepada maksud supaya setiap amal ibadah dilakukan dalam keadaan kita faham dan tahu matlamatnya.

Tahukah anda bilakah Ibadah Puasa Ramadhan mula disyariatkan? Ibadah Puasa Ramadhan telah disyariatkan oleh Allah SWT pada bulan Shaaban tahun kedua Hijrah dengan terwahyunya firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat ke-183, 184 dan 185:

“Wahai orang-orang yang beriman, puasa itu telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan kepada umat-umat sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa.” (Al Baqarah(2):183) 

Sebelum turunnya ayat ini, umat Islam berpuasa wajib pada 10 Muharram yang dikenali sebagai hari ‘Asyura’. Apabila Nabi SAW tiba di Madinah semasa peristiwa Hijrah (1 Hijriyah), Baginda mendapati orang-orang Yahudi di situ berpuasa pada 10 Muharram. Lalu Baginda SAW bertanya tentang sebab musabab mereka berpuasa pada hari berkenaan. Orang-orang Yahudi itu menyatakan bahawa pada hari tersebut Allah SWT telah menyelamatkan Nabi Musa Alayhissalam dan kaumnya daripada serangan Firaun. Oleh yang demikian, Nabi Musa Alayhissalam telah berpuasa pada 10 Muharram sebagai tanda syukur kepada Allah! 

Nabi Muhammad SAW mengulas keterangan mereka itu dengan menyatakan bahawa, “sesungguhnya kami (umat Islam) adalah lebih berhak ke atas Nabi Musa berbanding kamu”. Lalu Baginda SAW berpuasa pada 10 Muharram dan memerintahkan seluruh umat Islam supaya berpuasa. Hal ini diperjelaskan oleh riwayat daripada Aishah Radhiyallahu ‘anha yang terdapat di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim

Selepas turunnya ayat 183 dan 184 Surah al-Baqarah itu, puasa 10 Muharram atau puasa ‘Asyura’ berkenaan bertukar status menjadi sunnah yang digalakkan. 

Di bulan Ramadan ini sejarah telah mencatatkan pelbagai peristiwa untuk dikenang. Di bulan inilah al-Qur’an mula diturunkan dengan turunnya ayat yang pertama sehingga yang kelima surah al-‘Alaq kepada Rasulullah SAW semasa Baginda di gua Hira’. Berikut dicatatkan sebahagian daripada peristiwa penting yang berlaku pada bulan Ramadan bagi tatapan dan renungan kita.

Bil
Peristiwa Penting di
Bulan Ramadan
Tahun
Catatan
1
Peperangan Badar al-Kubra
2 H
Kemenangan peperanagn pertama umat Islam menghadapi musyrikin Mekah
2
Pembukaan Kota Mekah
8 H
Rasulullah mengutuskan sahabat memusnahkan berhala
3
Peperangan Tabuk
9 H
Peperangan dengan tentera Rom
4
Penaklukan Rude
53 H
Pejuang Islam menakluki Rhodesia
5
Pembukaan Selatan Andalusia (Spanyol)
92 H
Tentera Islam dipimpin Tariq bin Ziyad dapat mengalahkan Raja Rodrik di dalam satu peperangan sengit.
6
Kemunculan Pemerintahan Khilafah Abbasiyah
129 H
Kemenangan ke atas Khurasan dan kemudian perlantikan khalifah Abbasiyah yang pertama.
7
Universiti  al-Azhar siap dibina
361 H
Tempat berbicara dan mengajarkan ilmu-ilmu Arab dan syariat Islam.
8
Perang Salib
584 H
Salahuddin al-Ayubi membebaskan semula sebahagian besar wilayah Islam yang pernah dikuasai oleh kaum Salib
9
Kemenangan ke atas tentera Tartar
658 H
Kerajaan mamalik dapat mengalahkan dan membendung kemaraan tentera Tartar di 'Ain Jalud.




Sejarah Puasa Umat-Umat terdahulu

Puasa adalah salah satu dari 3 ibadah yang sama tuanya dengan umur manusia di muka bumi ini. Dua ibadah lainya adalah solat, seperti disebutkan dalam surah al-Mudatstsir [74]: 40-43, dan Qurban seperrti disebutlan dalam surah al-Ma’idah [5]: 27. Sementara ibadah puasa terdapat dalam surah al-Baqarah; 184
…كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Ertinya: “…Sebagaimana telah diwajibkan juga kepada orang-orang yang sebelum kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa”.

Dalam satu sumber disebutkan bahawa nabi Adam as. setibanya di bumi setelah diturunkan dari syurga akibat dosa dan kesalahan yang dilakukan, baginda bertaubat kepada Allah swt dan berpuasa selama 3 hari setiap bulan. Itulah yang kemudiannya dikenali dengan puasa hari putih yang juga sunah untuk dilakukan pada setiap tanggal 13, 14 dan 15 setiap bulan.


Nabi Daud as juga melaksanakan puasa, bahkan dalam waktu yang cukup lama iaitu setengah tahun, di mana nabi Daud berpuasa satu hari dan berbuka satu hari begitulah selama satu tahun. Al-Qurthubi, dalam kitab al-Jami’ li Ahkamil Qur’an, menyebutkan bahawa Allah telah mewajibkan puasa kepada kaum Yahudi selama 40 hari, kemudian umat nabi Isa selama 50 hari. Tetapi kemudian mereka mengubah waktunya sesuai keinginan mereka. Jika bertepatan dengan musim panas mereka menundanya sehingga datang musim bunga.

Hal itu mereka lakukan demi mencari kemudahan dalam beribadah. Itulah yang disebut nasi’ seperti disebutkan dalam surat at taubah: 37
إِنَّمَا النَّسِيءُ زِيَادَةٌ فِي الْكُفْرِ يُضَلُّ بِهِ الَّذِينَ كَفَرُوا يُحِلُّونَهُ عَامًا وَيُحَرِّمُونَهُ عَامًا لِيُوَاطِئُوا عِدَّةَ مَا حَرَّمَ اللَّهُ فَيُحِلُّوا مَا حَرَّمَ اللَّهُ…

Ertinya: “Sesungguhnya mengundur-undurkan bulan haram itu adalah menambah kekafiran, disesatkan orang-orang yang kafir dengan mengundur-undurkan itu, mereka menghalalkannya pada suatu tahun dan mengharamkannya pada tahun yang lain, agar mereka dapat mensesuaikan dengan bilangan yang Allah mengharamkannya maka mereka menghalalkan apa yang diharamkan Allah…”

Hal itu menggambarkan betapa umat Yahudi selalu menghindarkan diri untuk melaksanakan ibadah dengan sempurna sesuai aturan Tuhan. Mereka menginginkan puasa dilaksanakan selalu pada musim sejuk atau musim bunga yang siangnya lebih pendek dari malam, berbeza dengan puasa pada musim panas, disamping suhu yang panas siang juga lebih panjang dari malam hari. Sehingga, puasa akan terasa sangat sukar dan meletihkan.

Namun, begitulah hikmahnya Allah memerintahkan puasa berdasarkan perjalan bulan bukan matahari agar puasa dirasakan pada semua musim dan semua keadaan. Sebabnya, jika puasa berdasarkan perjalanan matahari, maka ibadah puasa akan selalu berada dalam satu keadaan sahaja. Jika tahun ini puasa di mulai pada musim panas, maka selamanya puasa akan berada pada musim panas. Berbeza dengan perjalanan bulan yang selalu berubah, di mana jika tahun ini puasa dilaksanakan pada musim panas, maka tahun depan atau beberapa tahun kemudian puasa akan dilaksanakan pada musim dingin atau semi dan seterusnya.

Begitulah yang disebutkan Allah swt, dalam surat al-Baqarah: 186
فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ
Ertinya: …Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu,…

Dalam sebuah riwayat juga ditemukan bahawa kerana kaum Yahudi berpuasa pada setiap tanggal 10 Muharram, sebagai syukur atas keselamatan Musa dari kejaran Fir’aun, maka Nabi SAW juga memerintahkan umatnya untuk berpuasa pada tanggal 9 dan 10 Muharram yang dikenali dengan puasa hari Asyura.

Umat Yahudi juga diperintahkan berpuasa 1 hari pada hari ke 10 bulan ke 7 dalam hitungan bulan mereka selama sehari semalam. Sementara masyarakat Mesir kuno, Yunani, Hindu, Budha, juga melaksanakan puasa berdasarkan perintah tokoh agama mereka. Kaum Nashrani juga berpuasa dalam hal-hal tertentu, seperti puasa daging, susu, telur, ikan, bahkan dalam pertuturan.

Seperti yang pernah dilakukan Maryam ibu Nabi Isa sebagaimana dalam surah Maryam [19]: 26
إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنْسِيًّا
Ertinya: “…Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusiapun pada hari ini".

Mengetahui sejarah puasa umat terdahulu penting untuk diketahui agar kita jangan mencontoh puasa umat lalu, seperti umat Yahudi yang memilih waktu puasa sesuka hati mereka bukan menurut aturan Allah. sebab, ibadah yang lakukan dengan “kelicikan” kerugiannya akan ditanggung oleh manusia itu sendiri. Kita juga harus menyedari bahawa puasa adalah ibadah yang pelaksanaannya menuntut keimanan dan kesedaran. Ibadah puasa adalah untuk manusia itu sendiri. Bukankah Allah menegaskan bahawa tujuan puasa adalah untuk perubahan ke arah yang lebih baik. Puasa akan menjadikan manusia berubah dari tingkat mukmin menjadi muttaqin.

Untuk berubah ke arah dan bentuk yang lebih baik, bukan hanya manusia yang berpuasa, akan tetapi sebagian binatang pun ketika bermetamorfosa juga berpuasa, seperti halnya kupu-kupu yang berubah dari ulat yang bentuk dan rupanya jelek dan berjalan melata, menjadi seekor kupu-kupu yang bersayap dan berawarna indah serta dapat terbang kerana berpuasa.




sumber: http://spark2990.blogspot.com, http://khaira-ummah.blogspot.com




Comments

  1. terima kasih berkongsi :)
    Selamat berpuasa, moga Ramadhan kali ini lebih baik sebelumnya.. Insya-Allah.. ayuh tingkatkan p'abdian pada Maha Pencipta :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”