Skip to main content

Presiden Thein Sein: “Umat Islam Harus Diusir dari Myanmar”






Presiden Myanmar, Thein Sein baru-baru ini berkata, umat Islam Rohingya harus diusir dari Myanmar sebagai usaha untuk menamatkan krisis Rohingya. Beliau turut menambah, sebaiknya Muslim Rohingya dihantar ke kem pelarian yang dikelolakan oleh PBB.


 Bekas  Jeneral Junta tersebut mengeluarkan kenyataan tersebut pada Khamis (12/7/2012) lalu, bahawa satu-satunya solusi untuk mengatasi konflik Muslim dan Buddha di Myanmar adalah dengan menghantar Muslim Rohingya ke luar Myanmar. Beliau meminta Muslim Rohingya dikirim ke kem pelarian yang dikelolai United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR).


“Kami akan mengusir mereka jika ada negara ketiga yang mahu menerima mereka. Ini adalah penyelesaian terbaik untuk masalah ini,” ujar Sein.

 Presiden Myanmar Thein Sein

Badan dunia PBB dalam reaksinya berasa dilecehkan dengan idea tersebut. PBB mengatakan, puluhan tahun diskriminasi telah membuat Muslim Rohingya tidak memiliki negara. Myanmar telah membatasi pergerakan mereka, dan memotong hak atas tanah, pendidikan, dan perkhidmatan awam mereka.

Selama dua tahun terakhir, gelombang Muslim etnik ini telah berusaha melarikan diri dengan perahu. Mereka tidak mampu lagi menghadapi penindasan secara sistematik oleh pemerintah Myanmar.

Pemerintah Myanmar menolak untuk mengakui kewujudan mereka di Myanmar. Mereka berkata penduduk Rohingya bukanlah penduduk asal Myanmar. Pemerintah juga mengklasifikasikan Muslim Rohingya sebagai pendatang haram, meskipun mereka telah tinggal di Myanmar selama beberapa generasi.


Baca juga: Mengenali Etnik Rohingya di Myanmar, Serta Pertempuran Antara Islam dan Buddha

sumber: http://zilzaal.blogspot.com

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.