Saturday, June 16, 2012

Mengenali Etnik Rohingya di Myanmar, Serta Pertempuran Antara Islam dan Budhha


Krisis yang kian memuncak akhir-akhir ini dan menggemparkan dunia adalah berkenaan dengan keganasan ke atas penduduk Islam etnik Rohingya di Myanmar. Ia bukan sekadar perbalahan politik yang biasa-biasa di mana-mana negara. Tidak seperti di Mesir dan Syria, ia adalah perbalahan politik, antara pemerintah dan juga kebangkitan rakyat. Ia juga bukan sekadar perbalahan antara 2 agama; iaitu Islam dan Buddha. Ia adalah isu PENGHAPUSAN ETNIK. Seperti mana di Bosnia dan Chechnya satu ketika dulu.

Mengenali Etnik Rohingya:
  • Orang Rohingya kebanyakannya adalah satu kumpulan etnik beragama Islam di utara Negeri Rakhine yang terletak di Barat Burma. Sejarah telah mencatatkan bahawa umat Islam Rohingya merupakan penduduk asal Rakhine membentuk gugusan besar Arakan yang terletak berhampiran sempadan Bangladesh pada ketika ini menerusi pelbagai kajian sejarah serta ilmiah yang dilakukan.
  • Kebanyakan populasi Rohingya tertumpu di dua buah bandar utara Negeri Rakhine (yang dahulunya dikenali sebagai Arakan).
  • Sejarah orang Rohingya dikatakan bertarikh dari awal kurun ke-7 di Negeri Arakan yang menjadi penempatan pedagang-pedagang Arab yang beragama Islam, namun bukti sejarah tersebut adalah sedikit.
  • Orang Rohingya memiliki persamaan fizikal, bahasa dan budaya dengan orang Asia Selatan, terutamanya orang Benggali. Malahan, sesetengah orang Rohingya yang menetap di Arakan adalah keturunan orang Arab, orang Parsi dan orang Pashtun yang berhijrah ke Arakan semasa era pemerintahan Empayar Mughal.
  • Sultan Mahmood, seorang Rohingya yang kaya dan berpengaruh, merupakan setiausaha politik dalam kerajaan U Nu dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Kesihatan. Orang Islam Rohingya lain dalam kerajaan U Nu yang menjadi setiausaha parlimen antaranya ialah Sultan Ahmed dan Abdul Gaffar. Abdul Bashar, Zohora Begum, Abul Khair, Abdus Sobhan, Rashid Ahmed dan Nasiruddin (U Pho Khine) ialah juga ahli-ahli parlimen dalam kabinet U Nu.

Punca Keganasan dan Penindasan Etnik Rohingya:
  • Tragedi kemanusiaan yang  dialami umat Islam Rohingya pada ketika ini berlangsung semenjak 1938 apabila dilaporkan seramai 30,000 orang Muslim telah dibunuh pada 26 Julai 1938.  Tragedi yang sama juga berulang pada tahun 1942, 1968, 1992 dan 2012. 
  • Sehingga kini, dilaporkan seramai  1 juta umat Islam Rohingya telah menjadi pelarian di seluruh dunia (termasuk di Malaysia) manakala seramai 2 juta umat Islam Rohingya masih berada di Arakan.
  • Penderitaan Muslim di Myanmar bermula pada 1982 lagi apabila secara tiba-tiba Muslim Rohingya diisytiharkan pendatang asing di negara sendiri. Muslim Rohingya ditindas melalui undang-undang “Burma Citizenship Law of 1982” yang bersifat perkauman agama dan penuh diskriminasi yang diluluskan oleh pemerintah junta Burma   pada tahun 1982, yang mengakibatkan golongan muslim Rohingya tidak diiktiraf sebagai warganegara, malah diisytiharkan sebagai ‘pendatang’ di tanahair mereka sendiri. Oleh yang demikian, hak mereka dinafikan, malahan ada yang ditangkap, dipukul dan pelbagai kekejaman lain yang dikenakan kepada mereka. 
  • Sejak diluluskan ‘Burma Citizenship Law’ ini juga, anak-anak kaum Muslimin telah dinafikan hak pelajaran mereka. Undang-undang  ini telah menyebabkan bukan sahaja mereka tidak dapat menyambung pelajaran, malah ada yang langsung tidak dapat belajar ekoran daripada tekanan ekonomi, penangkapan, penyeksaan dan sebagainya.   
  • Tambah menyedihkan ialah wanita Islam tidak dibenarkan memakai hijab dan ramai di antara mereka yang ditindas, didiskriminasi,  dirogol dan sebagainya. Bukan itu sahaja,  malahan masyarakat Islam di sana turut dinafikan hak dari segi perubatan samada di hospital mahupun di klinik-klinik dan mereka dipaksa membayar dengan harga yang terlampau tinggi untuk setiap kos rawatan yang ingin mereka dapatkan.  
  • Tambah memilukan ialah masyarakat Islam juga tidak dibenarkan menunaikan haji ataupun menyembelih korban semasa menyambut kedatangan Aidiladha, justeru mereka tidak dapat menjalani kehidupan sebagai seorang muslim yang bebas melaksanakan ajaran agamanya. 
  • Situasi seumpama ini menyebabkan golongan muslim Rohingya terpaksa melakukan penghijrahan dengan menjadi pelarian ke negara-negara seperti Bangladesh, Pakistan, United Arab Emirates, Arab Saudi, Thailand dan Malaysia. 

Fakta-Fakta Penindasan dan Pencabulan Hak Asasi Manusia:
  • Gerakan pembebasan orang Rohingya disekat dengan keras dan pada hakikatnya sebahagian besar mereka telah dinafikan kewarganegaraan Myanmar mereka. Mereka juga tertakluk pada pelbagai bentuk pemerasan dan pencukaian sembarangan; penyitaan tanah; pengusiran paksa dan pemusnahan rumah; dan sekatan kewangan ke atas perkahwinan. Orang Rohingya terus menerus dipaksa menjadi buruh dalam pembinaan jalan raya dan di kem-kem tentera walaupun jumlah buruh paksa di utara Negeri Rakhine telah menurun sejak sedekad yang lalu.
  • Pada tahun 1978, dianggarkan seramai 200,000 orang Rohingya telah melarikan ke Bangladesh berikutan operasi Nagamin’ (‘Raja Naga’) tentera Myanmar. Secara rasmi kempen ini mensasarkan "pemeriksaan setiap individu yang tinggal dalam negeri tersebut, menandai warganegara dan orang asing bertepatan dengan undang-undang dan mengambil tindakan terhadap orang asing yang menyusup masuk ke dalam negara secara haram. Kempen ketenteraan ini disasarkan secara terus kepada orang awam, dan mengakibatkan pembunuhan, rogol dan pemusnahan masjid serta penindasan agama secara besar-besaran.
  • Semasa 1991-92, satu gelombang baru orang Rohingya yang dianggarkan berjumlah suku juta orang telah melarikan diri ke Bangladesh. Mereka melaporkan tentang buruh paksa di samping hukuman mati terus, penyeksaan dan rogol. Orang Rohingya dipaksa bekerja tanpa bayaran oleh tentera Myanmar di projek-projek infrastruktur dan ekonomi, lazimnya dalam keadaan yang teruk. Banyak pencabulan hak-hak kemanusiaan lain berleluasa dalam konteks buruh paksaan orang awam Rohingya oleh pasukan keselamatan.
  •  Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1942 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.
  • Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah , tanah , ternakan , pemusnahan masjid , arahan tidak dibenarkan membaikki mana-mana Masjid , ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha , perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera , penangkapan , penyiksaan tanpa bicara , perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.
  • Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memiliki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memilikki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memilikki telefon bimbit.
  • Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh , 60,000 di Thailand , 150,000 di Pakistan ,40,000 di Malaysia . Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.

Gambar-Gambar Keganasan Terhadap Etnik Rohingya:










Peranan Umat Islam:

Sebagai umat Islam yang ingin mengaplikasikan ’konsep persaudaraan Islam’, maka kita tidak boleh memandang masalah yang dihadapi oleh golongan muslim Rohingya ini dengan ’sebelah mata’. Sebalikmya menjadi suatu kewajipan kepada kita untuk membantu mereka sedaya- upaya bagi merealisasikan konsep persaudaraan sesama muslim. Antaranya ialah dengan menitipkan doa buat saudara-saudara kita di sana.


Bagi yang berkemampuan, anda boleh menghulurkan bantuan kewangan melalui Tabung Krisis Kemanusiaan Rohingya yang dilancarkan oleh ABIM bagi menyalurkan bantuan kemanusian kepada mangsa-mangsa melalui satu misi kemanusiaan ke Myanmar yang akan digerakkan oleh agensi kemanusiaan ABIM iaitu Global Peace Mission (GPM). 

Pihak  ABIM merayu seluruh rakyat Malaysia agar menyalurkan segala bantuan kewangan ke akaun GPM 14-023-01-002922-4 (Bank Islam) atau 5642-2161-1602 (Maybank).

sumber: wikipedia, http://www.abim.org.my, http://www.ustazshauqi.com, http://addin77.blogspot.com


Entri-Entri Berkaitan.....

14 comments:

  1. ayuh saudara-saudaraku, kita sama2 membantu!

    ReplyDelete
  2. PBB are doing what on this? our malaysian government?

    ReplyDelete
  3. Ya Allah , so Kerajaan kita dah buat apa untuk tolong saudara kita kat sana tu?

    ReplyDelete
  4. SEBANARNYA ASAL KETURUNAN ROGHINYA ADALAH DARI BANGLADESH YG SEBERANG SEMPADAN BANGLADESH-BURMA DAN BERANAK PINAK DI SITU.

    ReplyDelete
  5. jgn hanya bertanya apa PBB or apa kerajaan kita buat utk isu ni, but tanya diri kita sendiri, apa yg telah kita buat utk saudara2 kita di sana?

    seperti artikel ni tulis, berdoa dan menderma, berapa ramai yg dh buat?

    ReplyDelete
  6. tuan punya artikel boleh tak nyatakan sumber2 maklumat utk artikel ini? terima kasih. :)

    ReplyDelete
  7. Saudare kt atas, sumber2 ada je kt atas tu. Ke rabun?

    ReplyDelete
  8. gamba org yang terbakar adalah satu pendustaan dan fitnah... kita mengaku muslim tapi sama juga kristian yang menggunakan gambar tersebut 2 thn lepas mengatakan kaum kristian di bakar di somalia... mana letaknya tanggungjawab kita?

    ReplyDelete
  9. Salam..gambar pertama tu tak betul sebab berlaku dia afrika pasal berebut minyak petrol..tiba tiba terbakar dan meletup..admin sila buang gambar tu..menjadi kewjipan admin untuk mengaitkan berita dengan benar

    ReplyDelete
  10. tq for the info..saya dah remove gambar yg dimaksudkan tu.

    Cuma, antara kenyataan kedua2 anonymous di atas, yg mana satu betul? kristian di bakar di somalia, atau orang afrika berebut minyak?

    mohon pencerahan..

    ReplyDelete
  11. selagi x sahih jgn siarkn,kdgkala nmpk agak keterlaluan

    ReplyDelete
  12. terima kasih artikelnya. mari kita saling membantu sesama saudara kita..

    www.kiostiket.com

    ReplyDelete
  13. ini bukan lagi masalah negara itu tapi persaudaraan kita dimana sesama umat muslim..!!!!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails