Skip to main content

Cara Membuat Dadih


Ramadhan ke-3 hari tu, saya berpeluang belajar membuat dadih melalui resepi yang diperoleh daripada internet. Disebabkan berpuasa, saya tidak merasa dadih yang dimasak terlebih dahulu sehinggalah waktu berbuka. Rupa-rupanya dadih yang saya masak itu kurang manis dan sedikit tawar. Tapi tak kisah sangat kan...kata orang, kurangkan manis pada masakan, lebihkan manis pada senyuman...hihihi....

Berikut adalah resepi yang saya gunakan.

Bahan-bahan:
  • 1 liter air
  • 1 liter susu segar
  • 1 cawan gula
  • 11 g serbuk agar2(2 sudu besar)
  • secubit garam
  • perisa (jagung,strawberi,milo dll)

Cara-cara

  1. masak air dgn gula sampai gula hancur.
  2. masukkan susu, serbuk agar2 dan secubit garam. panaskan sehingga mendidih dan kacau hingga sebati.
  3. tutup api dan tapiskan ke dalam bekas2 kecil(kalo nak masukkan perisa, bahagikan dadih kepada beberapa bahagian dan tambahkan perisa). simpan di dalam peti ais sehingga dadih menjadi pepejal.
  4. Lepastu, bolehlah makan!
=> perisa yg saya buat hari itu- perisa asli, ros, oren dan anggur. tapi yang paling sedap adalah perisa ros dan asli.

Saya telah mencubanya....anda bila lagi?

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif.

1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.


Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktoryang agakdominandalam menentukan saizzakarnormaladalah faktorgenetik.Ini adalah satu faktorpentingyang mestiberbeza dari setiapbangsa,keturunan,dan negarasecara keseluruhannya.

Cara Membuat Simbol dan Emoticon Menggunakan Keyboard

Jika anda seorang keyboard warrior, ini ada beberapa trick menarik untuk memantapkan skill anda:

Cara-caranya: Find Alt code.