Skip to main content

MV Agusta Sekali Lagi Dijual Satu Euro

Reaksi pertama aku setelah membaca berita ini adalah; apa reaksi Tun Dr. Mahathir Mohamad? Bekas Perdana Menteri Malaysia itu sebelum ini begitu lantang mengkritik keputusan Proton yang turut menjual syarikat MV Agusta pada harga satu euro.


Di ROM - Syarikat pengeluar motosikal terkenal dunia, Harley-Davidson menjual syarikat motosikal berkuasa tinggi MV Agusta yang pernah dibeli oleh syarikat Proton dari Malaysia pada harga satu euro (RM4.01), lapor majalah dalam talian, Motorcycle.com.

 Lagi berita sambungan:


Menurut majalah itu baru-baru ini, Harley-Davidson menjual MV Agusta kepada Claudio Castiglioni dari Itali.
Majalah itu melaporkan, ia bukannya kali pertama syarikat MV Agusta dijual pada harga satu euro. Pada 2005, syarikat pengeluar kereta Proton yang memiliki saham majoriti Lotus menjual pemilikan MV Agusta kepada sebuah syarikat kewangan Itali, GEVI SpA pada harga sama.

Pengumuman penjualan itu didedahkan pada awal bulan ini tetapi harga penjualannya cuma didedahkan baru-baru ini.

Keluarga Castiglioni sebelum ini pernah memiliki MV Agusta. Harley-Davidson telah membelanjakan AS$109 juta (RM342.42 juta) untuk memiliki MV Agusta termasuk AS$70 juta (RM219.90 juta) untuk melunaskan hutang yang wujud.

Syarikat itu telah menumpukan perhatian untuk memotong kos dan memperkemaskan perniagaannya.
Pada Oktober tahun lalu, Harley-Davidson pernah mengumumkan bahawa ia merancang untuk menjual MV Agusta.

sumber: kosmo

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.