Majalah antarabangsa Newsweek meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-37 dalam senarai Negara Terbaik Dunia dan ketiga di rantau Asia sebagai negara pilihan yang mampu menyediakan tempat untuk hidup lebih selesa dan sihat, selamat, sejahtera serta maju.
Majalah Newsweek memilih pencapaian itu berdasarkan lima kategori iaitu pendidikan, kesihatan, kualiti kehidupan, daya saing ekonomi dan persekitaran politik yang menjurus kepada kesejahteraan negara.
Fakta Ringkas:
- Kategori pendidikan : tempat ke-36 dengan markah 86.43%
- Kategori kesihatan : tempat ke-52 dengan markah 71.02%
- Kategori kualiti kehidupan : tempat ke-48, markah 69.28%
- Kualiti daya saing ekonomi : tempat ke-14, markah 61.93%
- Kategori persekitaran politik : tempat ke 54, markah 59.80%
- Kedudukan keseluruhan adalah di tempat ke-37 dengan markah 69.69%
Penilaian dibuat menerusi soal selidik mudah tetapi kompleks yang bertanya: Jika anda lahir hari ini, negara manakah yang menyediakan peluang terbaik kepada anda untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan sihat, selamat, sejahtera dan maju?.
Mengikut majalah itu, usaha menilai tahap negara terbaik dilakukan selama beberapa bulan dan mendapat bantuan lembaga penasihat termasuk pemenang anugerah Nobel, Prof Joseph E Stiglits dari Universiti Columbia. Senarai itu menggambarkan keadaan negara terbabit pada 2008 dan 2009 dan bukan saja berkisar kepada latar belakang sejarah atau jangkaan masa depan sesebuah negara.
Dalam keluaran khas yang pertama kali menilai negara terbaik dunia membabitkan 100 negara, Malaysia berada di bawah Jepun (kesembilan) dan Singapura (20), tetapi di atas Thailand (58), Filipina (63), Indonesia (73). China (59), Sri Lanka (66), India (78), Vietnam (81), Bangladesh (88) dan Pakistan (89)
Tiga negara teratas yang menjadi pilihan ramai adalah Finland, Switzerland dan Sweden.
sumber: Newsweek, Berita Harian dan Utusan
p.s: aku bangga dengan pencapaian ini dan menganggap ia adalah hadiah buat negara yang bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan negara pada minggu hadapan. korang macam mana? dah berapa tahun Malaysia merdeka?harapnya jgn ada yg tak tahu jawapan kpd soalan ini =))
.
.
Salam..
ReplyDeletesangat menghargai apa yang kita ada hari ini.esok..lusa..akan datang takpasti lagi..
stuju dengan kakrose
ReplyDelete