Skip to main content

Wajah 2 Penumpang PALSU Dalam Pesawat MH370





Polis kenal pasti penumpang MH370 yang mengguna pasport curi sebagai lelaki warga Iran yang mahu berhijrah ke Jerman dan tidak disyaki pengganas, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, ibu warga negara Iran berkenaan yang berusia 19 tahun, sememangnya menunggu anaknya di Franfurt dan mengetahui anaknya itu menggunakan pasport curi.


Warga negara Iran berkenaan dikenali sebagai Pouria Nour Mohd Mehdad, 19, sebagai seorang daripada dua penumpang yang menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 menggunakan pasport palsu.

Khalid berkata lelaki itu menggunakan pasport warga Austria yang sebelum ini dilapor hilang di Thailand oleh pemiliknya.

Lelaki warga Iran ini dipercayai akan berpindah ke Jerman dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas, katanya dalam sidang media, di sini hari ini.


Interpol sahkan seorang lagi penumpang dikenali sebagai Delavar Seyed Mohammad Redza, 30 juga warga Iran menggunakan pasport curi ketika menaiki pesawat MH370.

Setiausaha Agung Interpol, Ronald K Noble pada sidang akhbar di Lyon, Perancis turut mengesahkan dua individu yang menggunakan pasport curi dalam penerbangan MH370. "Dua suspek ini masuk ke Malaysia dari Doha menggunakan pasport sendiri sebelum menggunakan identiti individu lain untuk menaiki pesawat yang hilang berkenaan," katanya.


sumber: berita harian


Comments

  1. Kenapa gambar kaki keduanya dua gambar adalah sama? Adalah gambar ini juga diubah utk mengada-adakan cerita?

    ReplyDelete
  2. MH370 bukan lah misteri tetapi ianya banyak maksud yang tersirat

    ReplyDelete
  3. tak masuk akal sebab kaki dorang sama..bertapa bodoh nya sapa yang bersubahat dan menikam negaranya sendiri...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”