Skip to main content

Apa Yang Perlu Kita Tahu Berkenaan Isu Yang Berlaku di Syria



 
Apakah pegangan sebenar Bashar Asad dan rejim mereka? Adakah mereka menganut agama Islam?

Rejim Asad sebenarnya berpegang kepada Syiah Nusairi. Golongan ini jauh sama sekali daripada mengamalkan Islam sepertimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Di dalam Syiah Nusairi, mereka mempunyai 6 mazhab dan akidahnya mengikut setiap mazhab. Antara aqidah yang terdapat di dalam Syriah Nusairi adalah:
 
  1. Mereka bertuhankan matahari. 
  2. Mereka bertuhankan bulan.
  3. Mereka juga ada yang bertuhankan awan.
  4. Yang paling menjijikkan adalah, mereka juga bertuhankan kemaluan wanita. Hal ini kerana mereka mengatakan bahawa manusia lahir daripada rahim wanita dan wajib menghambakan diri padanya.
Itulah diantara aqidah sesat Syiah Nusairi yang dianut oleh rejim Bashar Asad.

Ironinya politik negara Arab, tampuk kuasa politik dan ketenteraan Syria dikuasai dengan ketatnya oleh puak minoriti, iaitu Syiah Nusairi. Mereka asalnya penduduk pergunungan yang tidak sangat terdedah kepada pelajaran dan kemajuan, tetapi tokoh-tokoh dari kalangan mereka lah yang memang sedang berkuasa sepenuhnya di Syria. 

Sungguh malang apabila negara yang mengasilkan ribuan ulama' warisan ASWJ ini dikuasi minoriti; Syiah Nusairi tersebut.

Golongan minoriti yang memegang tampuk pemerintahan ini ternyata mempunyai hubungan baik dengan Iran, juga sebuah negara Syiah. Walaupun bukan dari fahaman Syiah yang sama, tetapi mereka mempunyai hubungan diplomatik yang agak erat. Jika dilihat di atas peta dunia, Syria berkedudukan strategi, mencelahi Iran, Turki dan Israel: tiga negara yang mempunyai arah yang cukup ketara perbezaaannya.



Bagaimana kita dapat mengerti tanah yang begitu subur melahirkan para ulama tetapi telah dikuasai oleh golongan minoriti Nusairi? Tiadalah Allah menentukan sesuatu dengan sia-sia, mungkin ada asrar di sebalik semua ini.



Kita juga mengetahui sikap ulama Syria terbagai kepada dua; satunya golongan yang menentang penguasaan golongan minoriti Nusairi, kebanyakan mereka terusir dari tanah air mereka atau diancam oleh pihak berkuasa. Sementara satu lagi tidak mahu mencampuri urusan politik; mereka mahu menyampaikan ajaran agama kepada ummah dan mentazkiyyahkan jiwa ummah. Mereka mahu berada mengatasi kemelut kuasa. Untuk berada di kedua-dua pendirian ini adalah sesuatu yang sangat mencabar. 


Mengikut pendedahan yang telah didedahkan oleh Syeikh Hassan Al-Hindawi yang merupakan pembantu khas Dr. Yusuf al-Qaradawi, revolusi yang telah berlaku di Syria telah dijadikan peluang untuk mereka (Nusairi) membantai sekejam-kejamnya golongan Sunni. Hal ini kerana, di dalam aqidah Syiah, membunuh golongan Sunni yang digelar sebagai Nasibi adalah sangat afdhal dan besar pahalanya.



Apakah pandangan ulama’ terhadap pegangan ini?

Ijma’ Ulama’ Sunni telah mengeluarkan fatwa bahawa penganut Syiah Nusairi ini telah terkeluar daripada ahlul kiblat. Mereka disebut sebagai golongan ghullat termasuk puak Druze yang ramai di Bukit Golan dan Lubnan. Merekalah yang hakikatnya sedang menguasai politik Syria sekarang.



p/s: Encik Billy tak dapat memastikan kebenaran info2 di atas, namun berdasarkan sumber dari harian metro, ia mungkin boleh dipercayai...jika ya, nauzubillah! Semoga mereka beroleh hidayah, dan semoga saudara kita di Syria dilindungi Allah daripada menjadi mangsa kekejaman regim Bashar Asad ini.

sumber: harian metro, http://ahlitasawuf.blogspot.com

Comments

  1. Emm dasat diorang ni..teringat kisah tunang saya waktu dipenjarakan di sana sebelum balik Malaysia Mei 2011 haritu.. =(

    http://faqihfiqh.blogspot.com/2011/10/tunangku-bekas-banduan-syria.html

    ReplyDelete
  2. israel bukan negara

    ReplyDelete
  3. Aku pelik,bagaimana boleh minoriti boleh berkuasa terhadap majoriti? tidak terfikirkah anda bahawa angkatan tentera syria banyak yang berfahaman sunni jika diambil kira Sunni adalah majoriti rakyat syria?

    Jika Sunni adalah majoriti,senang2 sahaja mereka mengalahkan minoriti..tak kan Angkatan tentera Syria semua syiah?kudeta terhadap pemimpin memang senang2 je nak buat kalau betul sunni adalah majoriti..ada something wrong about information ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”