Skip to main content

Rakyat Korea Selatan Obses Pembedahan Plastik






Obses rakyat Korea Selatan terhadap pembedahan plastik bagi mencapai kecantikan sempurna mula menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak.


Keadaan itu dilihat bertambah buruk apabila selebriti popular Korea seperti Goo Hara daripada kumpulan KARA mengaku melakukannya, menambah tarikan untuk mencapai kesempurnaan.


Fakta pembedahan plastik rakyat Korea Selatan:
  • Menurut data industri itu, Korea Selatan yang mempunyai penduduk kira-kira 50 juta orang merupakan negara kedua terbesar melakukan pembedahan plastik selepas Hungary.
  • Beribu-ribu laman web dengan beratus ribu pengikut muncul, di mana ia membenarkan pengunjungnya berkongsi kaedah untuk mencapai tubuh sempurna, membincangkan kesan pembedahan plastik dan menghantar pertanyaan bahagian tubuh yang mana perlu diubah.
  • Menurut Persatuan Pembedahan Plastik Astetik Antarabangsa (ISAPS), sebanyak 770,913 pembedahan plastik dilakukan di Korea Selatan pada 2010, meletakkan negara ini di tempat ketujuh dalam senarai terbanyak pembedahan plastik dilakukan di peringkat global.
  • Pembedahan plastik paling popular dipercayai adalah prosedur menjadikan mata lebih besar dan bulat, namun pembedahan untuk menjadikan muka lebih kecil termasuk liposuction dan perubahan tulang rahang merupakan prosedur terkini yang banyak dilakukan.
  • Kebanyakan pelajar perempuan sekolah tinggi memilih melakukan pembedahan itu selepas menduduki peperiksaan untuk kemasukan ke kolej dan klinik pembedahan plastik melancarkan pengiklanan agresif termasuk pakej ibu dan anak atau dua prosedur dengan yuran murah.


Dalam pada itu, kebimbangan timbul sejak 2008 apabila gambar seorang wanita yang mukanya rosak teruk selepas pembedahan plastik, mula tersebar di Internet.

Agensi Pengguna Korea berkata, jumlah kes akibat kesan buruk pembedahan plastik itu meningkat kepada 4,043 kes pada tahun lepas daripada 1,698 kes pada 2008.

sumber: utusan malaysia

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”