Skip to main content

Omg Perkhidmatan Pekerja BOGEL di Afrika Selatan






Pembantu rumah yang berbogel ketika bekerja dan tukang paip yang bukan setakat buang kekotoran yang melekat di paip, tetapi “membuang” bajunya juga. Inilah perkhidmatan yang diberi oleh sebuah syarikat di Afrika Selatan.


Natural Cleaning Co., yang mendakwa satu-satunya syarikat “menawarkan semua perkhidmatan secara berbogel di dunia,” ditubuhkan sebulan lalu oleh Jean-Paul Reid, setelah mengalami masalah untuk mendapat pekerjaan sebagai akauntan di negara yang mempunyai 23.9 peratus kadar pengangguran.

Syarikat itu menawarkan khidmat pembersihan rumah, perakaunan, undang-undang dan kerja-kerja tukang untuk wanita, dengan satu syarat - staf akan tiba sama ada separuh bogel atau berbogel, bergantung kepada permintaan pelanggan.



Reid, 29, berkata, “Khidmat pembersihan paling popular diikuti oleh khidmat tukang untuk wanita.”

Katanya, buat masa ini, dia menerima seorang pelanggan sehari, dan biasanya dikalangan lelaki pertengahan umur dan berkulit putih. Semua pekerjanya bekerja secara separuh masa dengannya dan mempunyai pekerjaan lain seperti model, pelatih peribadi dan pelajar di bidang undang-undang dan perakaunan.

Perkhidmatan yang diberikan adalah “hiburan semata-mata” dan menurut Reid, “Kami tidak menawarkan khidmat pelacuran.”

Laman syarikat itu, naturalcleaning.wozaonline.co.za memaparkan gambar lelaki sasa tanpa baju memegang pembersih hampagas dan gambar wanita sedang menggosok tanpa memakai pakaian kecuali sepasang stokin, seorang tukang masak meletakkan mangkuk salad dan pelbagai perkhidmatan berbogel yang lain.


Harga perkhidmatan itu antara 175 rand (RM69) satu jam untuk perkhidmatan “separuh berbogel” hingga ke 450 rand (RM179) untuk seorang profesional seperti peguam, akauntan dan tukang paip.

sumber: harian metro

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”