Skip to main content

Kini Menggunakan Header Baru Hasil Rekaan Rakan Blogger - Wan Zulqhairi






Amacam? Cantik tak header baru Billy Info? Untuk pengetahuan korang, header baru ini adalah rekaan salah seorang pengunjung dan follower Billy Info yang juga seorang blogger...saudara encik Wan Zulkhairi. Sila klik sini untuk melawat blog beliau.


Sebenarnya Encik Billy dah lama berhajat nak tukar header ni, tapi sebab tak sempat nak design dan macam-macam hal yang berlaku lately, maka header lama digunakan sehinggalah saudara Wan Zulkhairi ni dengan baik hatinya men'design' kan header yang cun melecun ni...terima kasih bro! Kalau ko ada area2 sini (kerteh Terengganu) roger2 la..boleh aku belanja sepinggan dua nasik..hehehe

Mungkin akhir-akhir ni ramai yang perasan Billy Info dah tak se 'best' macam dulu-dulu..yep, hal itu Encik Billy tak nafikan. Sekarang ini nak update sehari sekali pun susah. Kadang-kadang tu 2-3 hari sekali baru dapat update. Reasonnya? Well...sebab utama adalah kekangan masa. Kalau dulu boleh 'full time' dengan Billy Info ni, tapi sejak dah kerja kat Ganu sini (pegi kul 8 balik kul 5, kadang2 OT sampai malam), memang dah terbatas waktu untuk Billy Info ni.

Pernah juga terfikir nak delete je terus Billy Info ni, tapi sayang pulak. Akhirnya, buat keputusan untuk update blog ini SEKADAR YANG TERMAMPU. Maksudnya, mungkin dalam sehari akan update 1-2 entri saja, kalau weekend mungkin lebih.

Ok, sebenarnya dah melalut ni, asal nak cite pasal header baru tapi termasuk bab lain pulak..haiya...apa-apa pun, terima kasih kpd semua yg sudi berkunjung ke sini..dan sila teruskan kunjungan anda itu!

 "Sharing is not just caring, sharing is loving" -Encik Billy





Comments

  1. sharing is boring =/
    cantik header tu..sesuai ngn tema blog ni..tak rasa nk tambah warna ka kat blog ni kasi brtambah ceria..

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far rasanya kaler blog ni dh ok...simple n mmg temanya putih dan kelabu

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.