Skip to main content

Tahukah Anda Nada Dering Telefon Bimbit Boleh Lemahkan Otak?






Sekumpulan penyelidik berkata penyelesaian masalah atau mengingati sesuatu perkara menjadi lebih mudah dilakukan, jika telefon bimbit dalam keadaan senyap kerana nada dering terutama lagu yang menarik boleh mengurangkan keupayaan kuasa otak.


Saintis di Universiti Washington, di St Louis mendapati sekumpulan pelajar mendapat markah lebih 25 peratus kurang dalam ujian apabila didedahkan dengan nada dering telefon bimbit. Keputusan terburuk itu ditunjukkan selepas mendengar lagu yang diketahui atau disukai mereka.

“Kebanyakan kita beranggapan, deringan telefon bimbit di tempat awam adalah satu gangguan yang tidak disukai , tetapi kajian ini mengesahkan gangguan bunyi itu juga memberi kesan dalam hidup,” kata Jill Shelton.

Kajian termasuk eksperimen dijalankan Shelton menggunakan sekumpulan pelajar di dalam kelas syarahan psikologi yang padat di Universiti Louisiana, dan mereka dibenarkan membiarkan telefon bimbit di dalam beg berdering secara berterusan dengan kuat selama 30 saat.

Hasil ujian mendapati, pelajar yang terdedah kepada deringan telefon bimbit mendapat markah 25 peratus lebih rendah berbanding n sebelum gangguan itu.

Pelajar yang diuji sukar mengingati semula kandungan kursus yang dibentangkan ketika gangguan, walaupun maklumat yang sama disampaikan profesor sebelum deringan telefon termasuk dalam teks melalui slaid sepanjang gangguan.

Pelajar mendapat markah lebih teruk apabila Shelton menambahkan gangguan, kerana panik mencari telefon di dalam beg sebagai cubaan untuk menghentikan deringan berkenaan.

Pada peringkat eksperimen ini, pelajar di sebuah makmal diuji dengan ujian pengenalan perkataan mudah ketika didedahkan dengan gangguan bunyi seperti nada tidak relevan, deringan telefon bimbit standard dan sebahagian lagu yang biasa di kalangan pelajar terbabit.


Lagu dalam versi instrumental sebuah gubahan lagu bagi menyokong pasukan American Football university itu dimainkan sekejap-sekejap. Lagu itu juga menjadi satu deringan telefon bimbit yang popular.

“Apabila kami memainkan lagu semangat itu dalam ujian makmal, faktor gangguan bertahan lebih lama. Ia memperlahankan prestasi membuat pilihan mereka untuk tempoh lebih lama berbanding ketika deringan telefon bimbit biasa.

“Bergantung bagaimana kebiasaan seseorang terhadap lagu itu, ia boleh memberikan kesan lebih buruk terhadap keupayaan kognitif mereka,” kata Shelton.

Kajian itu menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai yang cuba memberi perhatian ketika mereka diganggu dengan bunyi deringan daripada e-mel atau mesej teks.

sumber: berita harian

Comments

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.