Skip to main content

[Ranking Dunia FIFA] - Malaysia Cuma Melonjak 2 Anak Tangga


Malaysia masih ketinggalan di Asia Tenggara, berada di tangga ke-5 di belakang Thailand, Indonesia, Vietnam dan Singapura.

Kejayaan Malaysia merangkul Piala Suzuki AFF bulan lepas membolehkan pasukan negara meningkat dua anak tangga dalam ranking dunia terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Malaysia berjaya memperbaiki kedudukannya dengan menduduki tangga ke-142 berbanding tangga ke-144 sebelum kejohanan tersebut.

Fakta sepintas lalu:

  • Menurut ranking terbaru FIFA yang dikeluarkan baru-baru ini, Malaysia memungut tambahan 17 mata selepas menjuarai kejohanan serantau itu. 
  • Bagaimanapun, kedudukan tersebut masih jauh berbanding kedudukan terbaik Malaysia di tangga ke-75 pada tahun 1993.
  • Kedudukan pasukan negara kini setanding dengan negara seperti Burundi (141), Tajikistan (143), India (144) dan Hong Kong (146) dan lain-lain negara yang diketahui mempunyai kekurangan infrastruktur asas seperti padang, stadium dan peralatan sukan.
  • Di kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada di tempat kelima di belakang Thailand (119), Indonesia (126), Vietnam (136) dan Singapura (139). 
  • Di peringkat peringkat Asia pula, kedudukan Malaysia juga naik ke tangga ke-23 berbanding tempat ke-25 sebelum ini di kalangan 46 negara di rantau itu.
      • Sementara itu, Sepanyol mengekalkan kedudukannya selaku pasukan nombor satu dunia selepas dibantu oleh kejayaan mereka merangkul Piala Dunia 2010. Belanda berada di tangga kedua diikuti Jerman di tangga ketiga daripada kseluruhan 203 negara yang menjadi ahli FIFA.

        sumber: Bernama

        Comments

        Popular posts from this blog

        Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

        Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

        Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

        Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

        [Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

        Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.