Skip to main content

Bangunan Yang Bakal Merampas Takhta Menara Berkembar Petronas



Sedih pulak rasanya bila mengetahui Menara Berkembar Petronas bakal kehilangan takhtanya sebagai menara berkembar tertinggi di dunia dalam kira-kira 4 tahun dari sekarang. Siapakah yang bakal merampasnya? Lihat gambar di bawah ni, inilah dia menara yang dimaksudkan...Menara Incheon yang sedang didirikan di Korea Selatan.


Korea Selatan sememangnya sedang berusaha untuk memoden dan mencantikkan ruang udara bandarayanya dengan pembinaan 'Menara Berkembar' yang kelihatan sama konsepnya dengan Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, tetapi dengan sentuhan yang lebih moden. Menara yang keseluruhannya kaca dan mesra alam ini dinamakan sebagai Menara Incheon.

Fakta Ringkas: 
  • Menara ini sedang dibina di bandar pelabuhan Incheon di Songdo International City, berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.
  • Desain menara ini terdiri daripada dua menara berketinggian 601 meter dengan jumlah 151 tingkat dan dihubungkan dengan 3 jambatan udara. Antara lain turut mempunyai ruang pejabat, kediaman, hotel dan juga shopping complex.
  • Apabila siap kelak, ia bakal menjadi menara berkembar tertinggi di dunia, mengatasi Menara Berkembar Petronas yang memegang gelaran itu selama 16 tahun. 
  • Memulakan pembinaan pada June 2008, menara ini dijangka siap pada 2015.
 

sumber: wikipedia

Comments

  1. mmg cantik..
    kita tengok brapa lama rekod tsebut btahan..
    nnti ada yg lain pintas pula..

    ReplyDelete
  2. cantik design!..tapi kesian la lau kita kalah nnt...x suka~:(

    ReplyDelete
  3. aih~ semuapun berlumba-lumba mencakar langit

    ReplyDelete
  4. xcantik la..nmpk kurus semacam menara tu, cantik lg klcc..huhu

    ReplyDelete
  5. tapi tengok kedudukn cm x stabil je... dkt ngan air..haha.. bkn area sane cm area gempa bumi ker?hahhaa.. saje je nak kondem kan.. xleh terima hakikat menara petronas kalah.. :P

    ReplyDelete
  6. salah satu tanda akhir zaman, manusia berlumba-lumba membina gedung dan bangunan2 utk bermegah-megah

    ReplyDelete
  7. @BioZiP haha, sokong2...tp korea asenya xde gempa bumi cm kt jepun..entahlah ye ke x

    ReplyDelete
  8. tanda-tanda maw kiamat...negara masing2 berlumba-lumba menmbina pencakar langit...burj khalifa di dubai, arab saudi lagi maw buat pencakar langit yg lebih tinggi dari burj khalifa...memang betul2 maw kiamat suda ni.

    ReplyDelete
  9. hurmmmm....cantik... tp scary bila pikir hakikat 'kiamat' ni...

    ReplyDelete
  10. wah. memang tinggi. ada harapan bakal bagi kalah klcc..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.