Monday, January 17, 2011

Tidur Dengan Lampu Terbuka Boleh Sebabkan Leukimia


Sesetengah orang tak boleh tidur tanpa membukak lampu bilik. Konon seramlah, takut le, susah nak lelap le, macam-macam lagi la kan. Sesetengah orang pula, sebab dah terbiasa dari kecil lagi, jadi habit dia bila nak tido bukak lampu. Tapi  sebaliknya Encik Billy, memang tak boleh tidur kalau lampu di bukak. Kalau tertido sekalipun boleh dikatakan tak jeraplah. Sekejap-sekejap saja terjaga.

Jika anda tergolong dalam jenis orang yang suka tidur dengan lampu bilik terbuka, tahukah anda bahawa tabiat ini boleh membahayakan kesihatan? Jom kita usha dan baca artikel ini selengkapnya..

Kanak-kanak yang tidur dengan lampu bernyala berisiko untuk mengidap penyakit leukemia. Para saintis yang melakukan kajian mengatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan zat kimia pelawan kanser yang dipanggil zat melatonin. Bukan itu sahaja, ketika menyalakan lampu toilet, atau menaiki penerbangan yang melintasi zon waktu, atau lampu-lampu jalan sekalipun, dikatakan dapat menghentikan penghasilan zat melatonin.

Tubuh memerlukan zat kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan kehadiran zat melatonin tersebut akan menghentikan pengubahsuaian lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.
Prof. Russle Reiter dari Texas University yang mengetuai kajian tersebut mengatakan “Sekali Anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mentafsirkan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan zat melatonin akan menurun.”

Jumlah kanak-kanak yang menghidap leukimia naik menjadi dua kali ganda dalam tempoh 40 tahun terakhir. Sekitar 500 remaja dibawah usia 15 tahun didiagnos menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal. 

Sebuah conference  tentang penyakit leukimia ini yang diadakan di London menyatakan bahawa kebanyakan orang yang  menderita penyakit kanser ini adalah akibat terlalu lama memakai lampu waktu tidur dimalam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur. 

Hasil kajian tersebut turut menyatakan bahawa kadar penghasilan melatonin yang normal biasanya terjadi antara jam 9 malam sehingga jam 8 pagi. Kajian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shift yang memiliki risiko terkena kanser payudara. 

Pada kenyataannya, orang-orang buta tidak terkesan terhadap melatonin memiliki risiko yang lebih rendah menghidap kanser. Maka para ibu bapa disyor agar menggunakan mentol lampu yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anak mereka takut pada kegelapan. 

Oh ya, Encik Billy ada juga terbaca artikel yang mengatakan tidur dengan lampu terbuka boleh menyebabkan kemurungan dan kegemukan? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila klik di sini dan di sini


sumber: timetotalk.com


Entri-Entri Berkaitan.....

12 comments:

  1. thanks sharing en.billy..hihiih. kena gtau adik saya ni! ^^

    ReplyDelete
  2. tdo buka lampoo bila rumate xde..huhuhu..takootttt!!

    ReplyDelete
  3. @n u r k i m a haha, dat one is understandable la..kan

    ReplyDelete
  4. tdo memang ttp lampu pun,tak biasa tdo kalo terang2 ni..heheee

    follow kat sni^^

    ReplyDelete
  5. saya memang dari kecik tido bukak lampu.tp lampu tido lah.. bila org tutup lampu, mata saya plak trbuka..

    ReplyDelete
  6. @anis pelik pulak ea..bila org tutp lampu mata awak pula trbuka..huhu nk wat cne kalu da habit kn..tp kalu bole try la ubah sikit2...

    ReplyDelete
  7. mm..da biasa tido ngn lampu terbuka...
    huuu

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails