Tuesday, May 31, 2011

Gambar Pertama di Dunia Bersaiz 80 GIGA Pixel





Bersaiz kira-kira 80 GigaPixel atau 80 Billion Pixel, gambar kota London di bawah ini telah memecahkan rekod dunia sebagai gambar yang mempunyai resolusi tertinggi di dunia


Makanan-Makanan Terkecil di Dunia Yang Begitu Menyelerakan!





Orang yang jenis kuat makan macam en. Billy ni mesti tak suka makanan yang tiny-miny dan kecik molek macam ni. Sekali ngap...dah tak kenyang! Hehe...tapi disebabkan makanan ini sangat kreatif dan kiut-miut, maka en. Billy ingin nak share kan dengan korang semua; inilah 30 jenis makanan terkecil di dunia yang nampak sedap dan menyelerakan! 

 

Ahli Bina Badan Wanita Tertua di Dunia





Walaupun sudah berusia 74 tahun dan bergelar nenek, kekuatan dan stamina Ernestine Shepherd sukar ditandingi oleh wanita muda. Dia telah diiktiraf oleh Guinness Book of Records sebagai ahli bina badan wanita kompetitif paling tua di dunia.


Monday, May 30, 2011

Lelaki Ini Menang Anugerah Lelaki Paling Hodoh






Seorang lelaki Zimbabwe mengalahkan 15 peserta yang lain bagi memenangi anugerah lelaki paling hodoh atau Mr Ugly 2011.

Austin Mbewe (tengah) selepas dinobatkan sebagai Mr. Ugly 2011

Akhbar tempatan melaporkan Austin Mbewe, 30, dari Bulawayo memenangi 1,200 rand Afrika Selatan (AS$173) pada pertandingan yang diadakan di pekan Beitbridge.

“Saya berbangga dengan kejayaan ini,” katanya dipetik selepas memenangi pertandingan tersebut.

“Selama ini saya sering diejek sejak kecil lagi kerana hodoh, kini dunia melihat di sebalik kehodohan ini ada keindahan,” katanya.

sumber: utusan malaysia, http://www.zimdaily.com

Kadar Baru Tarif Elektrik di Semenanjung: Naik 7 Peratus





Kerajaan mengumumkan kadar tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dinaikkan kepada 33.54sen/kwj daripada 31.31sen/kwj iaitu sebanyak 2.23sen/kwj, berkuatkuasa 1 Jun depan.


Kenaikan itu kesan daripada dua komponen iaitu penyelarasan harga gas kepada RM13.70/MMBtu daripada RM10.70MMBtu.

Selain itu, semakan tarif asas TNB dengan kenaikan 0.63sen/kwj (2%) turut memberi kesan ke atas kenaikan itu.

Mini Karavan Yang Cute Miut..!






Sebuah karavan sepanjang 2 meter yang dipercayai terkecil di dunia boleh ditarik dengan menggunakan skuter.


Namun, karavan yang dinamakan QTvan dan berharga £5,500 (RM24,965) itu lengkap dengan sebuah katil, kabinet minuman dan sebuah televisyen skrin rata.

10 Selebriti Paling Berpengaruh di Dunia Pada 2011





Mengikut senarai yang dikeluarkan oleh Forbes, penyanyi Lady Gaga dinobatkan sebagai selebriti paling berpengaruh di dunia pada tahun 2011 mengetepikan jutawan media, Oprah Winfrey. 


Gaga atau nama sebenarnya Stefani Germanotta, naik empat anak tangga ke kedudukan teratas senarai tahunan '100 selebriti paling berpengaruh Forbes 2011', yang mengukur penguasaan penghibur berdasarkan pendapatan, liputan media serta populariti dalam media sosial.

Pendapatan penyanyi wanita itu dalam tempoh 12 bulan lalu dianggarkan sebanyak AS$90 juta (RM270 juta), selain mempunyai 32 juta pengikut di Facebook dan 10 juta di Twitter.

Sunday, May 29, 2011

Bagaimana Zombie Diciptakan.....






Beginilah caranya..owh, baru ku tahu....

 

Inilah Jadinya Bila Pemaju dan Pemilik Tanah Tidak Mahu Bertolak Ansur





Kata orang, sepakat itu membawa berkat...Tapi jika tiada kesepakatan, beginilah jadinya...


Kajian Buktikan Lelaki Yang Kurang Senyum dan Pemalu Lebih Seksi di Mata Wanita






 Jika anda seorang lelaki dan mahu memikat wanita, jangan terlalu banyak tersenyum, sebaliknya lebihkan termenung serta menunjukkan sifat kemalu-maluan.


Menurut kajian, wanita menganggap lelaki yang riang kurang daya tarikan seks berbanding lelaki memaparkan sikap berbangga atau membayangkan pernah berbuat salah.

Kajian Persatuan Psikologi Amerika itu - diterbitkan semalam dalam jurnal Emotion - menunjukkan lelaki gemar tersenyum kurang menarik pada pandangan wanita. Profesor yang mengetuai kajian itu, Jessica Tracy, berkata bagi lelaki pula, wanita yang gemar tersenyum lebih menawan.

Saturday, May 28, 2011

Tidur Yang Tak Cukup Boleh Sebabkan Berat badan Naik





Satu kajian di Eropah mendapati kekurangan tidur melambatkan metabolisme, lantas mengakibatkan badan menggunakan tenaga berkurangan.


Hasil kajian terbaru itu dilaporkan Jurnal Nutrisi Klinikal Amerika, menambah kepada bukti kekurangan tidur boleh menyebabkan pertambahan berat badan.

Kajian itu mencadangkan mendapatkan tidur mencukupi mungkin menghalang pertambahan kenaikan berat badan, kata Christian Benedict dari Universiti Uppsala di Sweden yang mengetuai kajian.

20 Poster Filem Malaysia Paling Cun!





Di bawah ini merupakan senarai 20 Poster Filem Malaysia yang paling awesome dan paling gempak mengikut penilaian en. Billy. Mungkin pada penilaian korang tak sama, tapi pada en Billy, poster-poster di bawah ini adalah sangat artistik, kreatif dan mempunyai mesej tersendiri. Bukan senang nak hasilkan poster yang boleh menarik minat orang. So apa tunggu lagi...sila scroll down ke bawah dan nilaikan sendiri!


Snippets(18) - 10 Fakta Menarik Hari Ini


1. Tapak sulaiman tidak mempunyai otak

2. Setiap manusia mempunyai telinga yang berbeza

3. Kebanyakkan bahan besi di Amerika lebih banyak digunakan untuk menghasilkan tutup botol daripada menghasilkan badan kapal terbang.

4. 80% dari seluruh binatang di dunia adalah serangga

5. Kacang adalah salah satu bahan untuk membuat dinamit

6. Ratu Elizabeth I menderita Anthophobia (takut akan mawar)

7. Mata manusia yang sihat (tidak buta warna) dapat membezakan 500 jenis warna kelabu

8. Ikan emas yang bunting disebut ‘twit’.

9. Eropah adalah benua tanpa padang pasir

10. Lalat meloncat ke belakang sebelum terbang


Friday, May 27, 2011

[18 sx]- Pertandingan Zakar Terkuat di Dunia





Minta maaf kalau entri ini nampak lucah...tapi ini bukan rekaan atau diada-adakan. Ini memang betul-betul. Di bawah ini adalah gambar dan video daripada pertandingan zakar terkuat di dunia yang diadakan pada 2009. Pertandingan ini telah dimenangi oleh seorang lelaki bernama Mosienko dan pasangannya, Bubka yang berasal dari Ukrain. Mereka telah dinobatkan sebagai johan setelah Mosienko berjaya 'mengangkat' beban seberat 65 kg selama 3 saat.

 

Pasangan Kembar Siam Yang Boleh Berkongsi minda






Satu pasangan kembar, Tatiana dan Krista Hogan yang bercantum di bahagian kepala dan berusia empat tahun mengejutkan doktor di British Columbia kerana mereka berkongsi minda.


Sebelum doktor itu mengetahui mengenai perkongsian minda tersebut, ibunya terlebih dahulu mengetahuinya berdasarkan penelitian kelakuan mereka. Ibu itu pernah melihat Krista berasa gembira memakan sos manakala Tatiana cuba untuk mengelak pergerakan lidahnya walaupun dia tidak menyentuh sos.

Cara Bayi di Afrika Dimandikan






Beginilah caranya...hua3...its African Shower


p/s: kesian baby tu!

Thursday, May 26, 2011

Hotel Atas Pokok Paling Menakjubkan





Hotel atas pokok untuk dihuni oleh orang ramai kini dibina di sebuah kawasan hutan dekat bandar Harads, Sweden.

Bilik-bilik hotel itu diletakkan pada ketinggian beberapa meter di celah-celah beberapa pokok dan diberi pelbagai nama seperti The Bird's Nest dan The Blue Cone. Katil dan pelbagai kemudahan lain disediakan dalam kontena yang diubah suai menjadi bilik hotel termasuk tingkap kaca yang besar bagi membolehkan penghuni melihat pemandangan indah hutan.

Antara jenis hotel yang terdapat di situ:


Cabin Room

Helmet-Helmet Paling Stylo





Helmet-helmet stylo yang direka oleh sebuah syarikat pengiklanan Rusia ini memperlihatkan helmet-helmet yang mempunyai desain tak masuk akal, antaranya desain rambut orang, desain berlian, bola bowling dan beberapa bahagian anggota badan manusia yang lain. 

Mesti cool kan kalau helmet-helmet ini dibenarkan berada di jalan raya Malaysia?

 

Pelajar Perempuan Menang Hak Untuk Menggunakan iPod Ketika Exam





Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah telah memenangi hak untuk menggunakan iPod ketika menduduki peperiksaan- selepas mendakwa dia hanya boleh menumpukan perhatian terhadap peperiksaan dengan mendengar muzik kegemarannya.



Gadis itu telah memenangi kes yang belum pernah terjadi sebelum ini selepas mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sekolah, dan pihak berkuasa peperiksaan.
 

Wednesday, May 25, 2011

Kajian Buktikan Lelaki Jadi Bodoh Depan Wanita Cantik




Pernahkah anda terfikir ekspresi keliru dan bosan di wajah lelaki ketika berbual dengan wanita cantik seperti dalam filem seperti There’s Something About Mary hanya sekadar lakonan, anda silap jika beranggapan sedemikian.


Laporan J-Cast mengenai kajian terbaru pakar psikologi di Universiti Radboud, Belanda, bahawa lelaki melakukan tindakan bodoh bila berinteraksi dengan wanita cantik.

Idea itu datang apabila seorang daripada penyelidik itu mendapati beliau tidak mampu mengingati alamat rumah semasa berbual kali pertama dengan wanita yang menarik minatnya.

Remaja 17 Tahun Cipta Motorsikal Ala Transformers





Seorang pencipta muda Amerika Syarikat (AS) berusia 17 tahun, Benjamin Gulak melakar sejarah tersendiri apabila mencipta motosikal berkuasa elektrik ala robot dalam filem Transformers bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya. 


Gambar Justin Bieber Shirtless





Dia adalah sangat tidak tuff okey...hahahaha...cekeding semacam je...


Bandaraya Dengan Kadar Sewa Kediaman Tertinggi di Dunia





Kadar sewa kediaman di Tokyo adalah tertinggi di dunia bagi ekspatriat, diikuti Moscow dan Hong Kong yang mencatatkan peningkatan 22 peratus, satu kenaikan tertinggi berbanding tahun lalu.


Menurut Laporan Perunding Sumber Manusia ECA Antarabangsa berkata, ekspatriat yang menetap di Jepun perlu membayar secara purata AS$4,352 sebulan untuk apartmen dua bilik pada tahun lalu, Moscow AS$3,500 dan Hong Kong AS$2,830.

Tuesday, May 24, 2011

Sama Kereta, Sama Kerjaya, Sama SEMUANYA! Inilah Pasangan Kembar Yang Sama Tapi Berbeza


Apa yang sama tentang pasangan kembar seiras, Caroline Paxton dan Elizabeth Cooke ini :
  • Mereka dilahirkan selang empat minit
  • Belajar di sekolah rendah, sekolah menengah, kolej yang sama
  • Lulus dengan gred 2:1 yang sama untuk ijazah sama di universiti yang sama
  • Pasangan kembar ini juga berkahwin pada hari yang sama 
  • Berbulan madu di tempat yang sama
  • Kedua-duanya juga bekerja sebagai anggota polis wanita
  • Memandu kereta model yang serupa (kereta model Skoda yang sama warna)
  • Mempunyai rakan yang sama, masing-masing tinggal di sebuah rumah berkembar 
  • Sering memakai pakaian yang sama, membeli hadiah dan kad hari jadi serupa tanpa dirancang
  • Mereka juga melahirkan anak pertama selang beberapa bulan dan kini masing-masing mengandung anak kedua.

Aksi Ekstrim- Bagaimana Pendaki Rock Climbing Berehat dan Tidur





Korang tahu bagaimana pendaki rock climbing terutamanya di cerun-cerun tinggi dan ekstrim seperti di Grand Canyon berehat dan tidur seketika bila mereka penat? Macam inilah caranya..


Kutipan Filem Nur Kasih: 4 Hari RM 2.3 Juta..Okeyla tu!





Memanglah kutipan filem Nur Kasih ni tak dapat tandingi kutipan filem Kongsi, tapi kira okeylah tu dapat RM 2.3 juta dalam masa 4 hari, lebih kuranglah dengan filem Hikayat Merong Mahawangsa satu ketika dulu.


Nur Kasih The Movie (NKTM) nyata memberi impak apabila dalam tempoh empat hari tayangan, filem sentuhan Kabir Bhatia itu mampu mencecah kutipan kasar RM2.3 juta, malah angka berkenaan dijangka terus meningkat bersandarkan reaksi positif khalayak terutama menerusi laman sosial.

Ditayangkan di 62 pawagam seluruh negara termasuk satu di Brunei bermula 19 Mei lalu, kisah cinta tiga segi yang mencipta fenomena dua tahun lalu tatkala disiarkan di televisyen diyakini mempunyai pengikut tegar yang tetap turun ke panggung memberikan sokongan.

Malaysia di Tempat Ke-10 Sebagai Negara Pengguna Alkohol Terbesar di Dunia

 
 
 
 
Malaysia telah disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai negara pengguna alkohol ke-10 terbesar di dunia walaupun saiz dan jumlah penduduknya adalah kecil.


Statistik oleh badan antarabangsa tahun ini juga menunjukkan bahawa Malaysia menghabiskan lebih dari US $ 500juta (RM1.5bil) untuk alkohol dengan pengambilan per kapita sebanyak tujuh liter. Pengambilan Beer di Malaysia pula adalah 11 liter per kapita.
 

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Seai Heng Kie berkata masalah pengambilan alkohol di negara ini semakin serius. 

Tubuh Lelaki Paling Sempurna





Siapakah lelaki yang paling sempurna parasnya di dunia ini? Yang berkulit putih atau coklat? Berisi atau kurus? Berjanggut atau tidak? Sebuah laman web terkenal di Britain baru-baru ini telah mengumpulkan sejumlah responden dan melakukan kajian terhadap responden lelaki dan responden wanita mengenai bentuk tubuh lelaki yang sempurna.


Hasilnya ternyata berbeza. Responden lelaki mengatakan, tubuh lelaki yang sempurna adalah yang berotot  kekar dan berketul-ketul, sementara responden wanita mengatakan, tubuh lelaki yang sempurna adalah yang cukup berisi (atau yang sedang-sedang sahaja), tidak kurus, tidak berotot kekar.

Monday, May 23, 2011

Mug Paling Stylo!






Seberapa kreatif dan stylo kah mug yang anda gunakan? Adakah lebih stylo daripada mug-mug di bawah ini?

 funny mugs

Minyak Wangi Justin Bieber Hanya Untuk Peminat Wanita





Penyanyi remaja, Justin Bieber mendedahkan dia mencipta minyak wangi untuk peminat wanita kerana bau seorang wanita penting kepadanya.


Bieber sedang melakukan persiapan untuk memperkenalkan minyak wangi Someday yang dia harap akan membantu menjana dana untuk kebajikan.

''Bau seorang perempuan penting bagi seorang lelaki. Saya mempunyai hubungan rapat dengan peminat saya, jadi mencipta minyak wangi yang saya suka merupakan satu cara untuk saya merapatkan lagi hubungan itu,'' katanya.

Gadis Turki Pertama Berbogel Untuk Playboy Mengaku Dia Bukan Muslim


Ini adalah rentetan daripada post terdahulu; [Gadis Muslim Pertama Dari Turki Berbogel Untuk Majalah Playboy]. Seorang pelakon berketurunan Turki, Sila Sahin yang beraksi dalam keadaan bogel untuk dua belas muka surat majalah Playboy Jerman edisi Mei mengaku dia bukan beragama Islam.

Sila membuat pengakuan itu selepas banyak pihak menganggap dia merupakan gadis Muslim Turki yang pertama berbogel untuk majalah Playboy.

"Ibu bapa saya adalah penduduk Turki dan saya dibesarkan dalam komuniti Islam tetapi saya bukan beragama Islam. Orang ramai membuat andaian bahawa saya beragama Islam.

"Saya tidak faham kenapa masyarakat menggunakan soal agama untuk menentang keputusan saya bergambar dalam majalah Playboy," kata anak tunggal berusia 25 tahun itu.

Sunday, May 22, 2011

Bayi Baru Lahir Pakai Headphone Gergasi!





Sebuah klinik di Slovakia mempunyai cara tersendiri untuk menenangkan bayi baru lahir yang terpisah daripada ibu mereka yang sedang menjalani rawatan, iaitu dengan mendendangkan lagu klasik kepada bayi-bayi tersebut.

 

Senarai Kejadian Tanah Runtuh Terburuk Yang Berlaku di Malaysia



Berikut merupakan antara kejadian tanah runtuh terburuk yang berlaku dalam sejarah moden Malaysia:


  • 11 Disember 1993: 48 maut apabila tiga blok kondominium 12 tingkat Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang, Selangor, runtuh akibat gelinciran tanah, sekali gus meruntuhkan bangunan berkenaan 



  • 25 Disember 1997: Tiga terbunuh selepas tertimbus di bawah runtuhan tanah dan sampah dalam kejadian di Km 17 Lebuhraya Ampang-Hulu Klang, Selangor 

  • Gambar-Gambar Palsu Yang Pernah Menggemparkan Dunia





    Berikut merupakan sebahagian daripada gambar-gambar palsu yang pernah menggemparkan dunia suatu ketika dulu. Malah tidak keterlaluan dikatakan, ramai yang mempercayai gambar-gambar ini sebagai kejadian yang benar-benar berlaku.

    Gambar ini rasanya paling heboh di Malaysia suatu ketika dulu, kononnya tengkorak manusia bersaiz gergasi ditemui di padang pasir Arab Saudi, seperti yang dilaporkan oleh akhbar, The New Nation Bangladesh pada tahun 2004. Gambar ini tidak lain, hanyalah rekaan photoshop yang dikeluarkan oleh laman web Worth1000.com

    Saturday, May 21, 2011

    10 Gambar Terbaik Yang Memenangi Anugerah Dalam Pertandingan Foto Sedunia 2011




    Statik dalam dimensi masa, panorama-panorama indah di langit malam-seperti yang dilihat dari bumi, kelihatan terlalu menakjubkan untuk dipercayai. Tetapi, 10 gambar di bawah ini sebenarnya adalah imej yang dirakam sendiri oleh jurugambar,bukan direka cipta menggunakan perisian tertentu-dan telah dinobatkan sebagai foto paling menakjubkan yang pernah dirakam sepanjang tahun lepas.

    Pertandingan itu, the Best Night-Sky Pictures 2011, telah dianjurkan oleh organisasi; The World At Night dan telah memperlihatkan kepada kita betapa indahnya planet bumi ini ketika matahari sudah terbenam, dan bulan pula menghadirkan diri.

    Berikut antara foto-foto tersebut:

    Oh Kolestrol! Badan Menggelebeh Lepas Buat Liposuction





    Ada orang yang tak suka berdiet, tak sanggup berdiet dan exercise, lebih senang memilih kaedah liposuction untuk menjadi kurus dan slim dengan segera. Kesannya memang pantas, tapi kalau jadi macam lelaki dalam gambar di bawah ni...nak ke?

     

    Cinta Kolestrol Yang Berakhir Tanpa Kolestrol





    Inilah antara contoh pepatah; hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Ketika bertunang, saiz wanita ini adalah seperti dalam gambar di bawah ini. Namun, menjelang hari perkahwinannya, dia sudah langsing sepenuhnya.


    Friday, May 20, 2011

    10 Fakta Menarik Tentang Negeri Kedah


    1. Merupakan negeri yang mempunyai kerajaan terawal di Malaysia (kerajaan Kedah Tua) bermula pada kurun pertama Masihi lagi. Namun secara umumnya, kerajaan Langkasuka ( asal kepada kesultanan Kedah hari ini) dikatakan dibina pada kurun ke-2 Masihi.

    2. Kerajaan Langkasuka diasaskan oleh Merong Mahawangsa dan merupakan sebuah kerajaan Melayu-Hindu.

    Pelakon Filem Stuart Little Kini Sudah Besar dan Kacak




    Masih ingat lagi dengan filem tikus comel bertajuk Stuart Little suatu ketika dulu? Masih ingat lagi dengan kanak-kanak dalam gambar di bawah ini?


    Well, sekarang ini dia sudah besar panjang, dan kacak macam gambar di bawah ni..


    Related Posts with Thumbnails