Skip to main content

Bandaraya Dengan Kadar Sewa Kediaman Tertinggi di Dunia





Kadar sewa kediaman di Tokyo adalah tertinggi di dunia bagi ekspatriat, diikuti Moscow dan Hong Kong yang mencatatkan peningkatan 22 peratus, satu kenaikan tertinggi berbanding tahun lalu.


Menurut Laporan Perunding Sumber Manusia ECA Antarabangsa berkata, ekspatriat yang menetap di Jepun perlu membayar secara purata AS$4,352 sebulan untuk apartmen dua bilik pada tahun lalu, Moscow AS$3,500 dan Hong Kong AS$2,830.

Kadar sewa di Moscow susut 25 peratus pada 2009 selepas para pekerja asing meninggalkan negara itu berikutan krisis ekonomi tetapi kini mereka telah kembali semula.

‘‘Situasi ini menyebabkan bekalan kediaman semakin terhad mengakibatkan kadar sewa naik kira-kira 17 peratus kepada AS$3,500 sebulan,’’ ujarnya.


Hong Kong pula menyaksikan lonjakan enam anak tangga kepada kedudukan ketiga selepas kadar sewanya meningkat 22 peratus dalam perbandingan tahun ke tahun, manakala London dan Singapura, masing-masing di tempat keempat dan kelima.


Di seluruh Asia, kadar sewa bagi apartmen dua bilik naik kira-kira tujuh peratus pada tahun lalu berbanding kejatuhan purata satu peratus di peringkat global.

‘‘Dua tahun lalu, kadar sewa Asia jatuh disebabkan kemelesetan dan pemulihan ekonomi telah menyebabkan harga melambung semula,’’ katanya.

sumber: utusan malaysia

Comments

  1. sewa mahal tapi belum tentu selesa

    ReplyDelete
  2. hmm rara nk g singapore.1st tyme.tak sabarnya... ><"

    ReplyDelete
  3. kos hidup kt jepun mmg tinggi..
    agakny sbb tu la org nye sibuk kerja 24 jam...

    ReplyDelete
  4. dah macam berite..hehehe..
    skang seme bnde nak duit..goreng pisang pn 6 singgit skang..hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.