Inilah antara contoh pepatah; hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Ketika bertunang, saiz wanita ini adalah seperti dalam gambar di bawah ini. Namun, menjelang hari perkahwinannya, dia sudah langsing sepenuhnya.
Seorang wanita berusia 36 tahun, Beth Wheeler memiliki berat 139.70 kilogram (kg) semasa bertunang tetapi beratnya cuma 53.50kg empat hari sebelum dia berkahwin pada 20 Februari lalu. Beth berjaya mencapai sasaran untuk mengurangkan berat badannya sebanyak 76.20kg empat hari sebelum dia berkahwin.
Dia mula menjalani diet dan senaman untuk mengurangkan berat badan pada 2009 dengan mengikuti amalan kumpulan Weight Watchers. Kumpulan itu yang mengamalkan diet pemakanan menyebabkan berat Beth berkurangan dengan banyak apabila dia menahan memakan makanan yang boleh mengemukkan badannya.
Menceritakan kesukarannya untuk mengurangkan berat badan, Beth berkata: "Ia memang sesuatu yang menyukarkan kerana saya tidak suka bersenam dan saya tidak pernah menjadi peminat gimnasium.
"Saya melakukan (mengurangkan berat badan) dengan mengubah gaya hidup dan pemakanan saya."
Ketua kumpulan itu, Raelene Hope berkata, dia berasa bangga dengan kejayaan Beth mengurangkan berat badannya.
p/s: jom baca sambungan novel bersiri komedi encik Billy, I Think I love You (Bab 7)
source: kosmo, dailymail.co.uk
wow!! so awesome.. =,=
ReplyDeleteBestnyaaala ha..mesti perit gilaa awal2 tu..huhu
ReplyDeletewau bersemangatnyer~..las2 jadi cun habis..hehe
ReplyDeletewaaa... nak kene diet jugak ni
ReplyDeletecomey nyee!!!
comel & slim..respect ngan minah salleh ni turunkan berat badan. bukan mudah nak diet & exercise utk dapatkan bentuk badan macam ni. disiplin yg paling penting
ReplyDeletebestnyee!nk try lah.hee (;
ReplyDelete