Skip to main content

Sama Kereta, Sama Kerjaya, Sama SEMUANYA! Inilah Pasangan Kembar Yang Sama Tapi Berbeza


Apa yang sama tentang pasangan kembar seiras, Caroline Paxton dan Elizabeth Cooke ini :
  • Mereka dilahirkan selang empat minit
  • Belajar di sekolah rendah, sekolah menengah, kolej yang sama
  • Lulus dengan gred 2:1 yang sama untuk ijazah sama di universiti yang sama
  • Pasangan kembar ini juga berkahwin pada hari yang sama 
  • Berbulan madu di tempat yang sama
  • Kedua-duanya juga bekerja sebagai anggota polis wanita
  • Memandu kereta model yang serupa (kereta model Skoda yang sama warna)
  • Mempunyai rakan yang sama, masing-masing tinggal di sebuah rumah berkembar 
  • Sering memakai pakaian yang sama, membeli hadiah dan kad hari jadi serupa tanpa dirancang
  • Mereka juga melahirkan anak pertama selang beberapa bulan dan kini masing-masing mengandung anak kedua.

Paras rupa Caroline dan Elizabeth hampir sama hingga suami mereka kadang-kadang keliru hingga menyebabkan mereka tersilap mencium wanita itu.

Pernah sebelum ini seorang daripada mereka menyamar menjadi seorang lagi untuk memutuskan hubungan dengan seorang teman lelaki. Kini, perbezaan mereka hanya pada gaya rambut.

ELizabeth berkata: “Kami tidak pernah merancang sesuatu bersama. Kami hanya mempunyai gerak hati seperti pasangan kembar lain dan kami tidak dapat menjelaskan bagaimana ia terjadi.

 "Apabila kami keluar membeli-belah, kami sering terbeli pakaian yang sama dan pernah beberapa kali kami terbeli kad dan hadiah hari jadi serupa. Pernah Caroline tidak mahu memutuskan hubungan dengan seorang teman lelakinya. Saya menyamar dan melakukan untuknya. Yang mengejutkan, lelaki itu tidak tahu perbezaan antara kami.”

Caroline dan Elizabeth ketika bayi
Ketika zaman kanak-kanak
Mereka pergi ke sekolah yang sama
Mereka berkahwin pada hari yang sama, pakai gaun kahwin yang sama
Memandu kereta model Skoda yang sama model dan warna
Dan kedua-duanya kini sedang mengandungkan anak kedua

Caroline berkata: “Orang ramai sering tersilap ketika menegur kami tetapi saya tak kisah untuk membetulkan mereka lagi. Saya hanya tersenyum dan berkata ‘ya.’

Selepas belajar di sekolah menengah dan kolej, pasangan itu tinggal bersama sebelum menamatkan pengajian dengan keputusan yang sama untuk ijazah Perniagaan Ekonomi dari Universiti Nottingham Trent pada 2003.
Mereka kemudian sama-sama menjadi anggota polis.

sumber: hmetro, dailymail.co.uk

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.