Skip to main content

Gambar-Gambar Palsu Yang Pernah Menggemparkan Dunia





Berikut merupakan sebahagian daripada gambar-gambar palsu yang pernah menggemparkan dunia suatu ketika dulu. Malah tidak keterlaluan dikatakan, ramai yang mempercayai gambar-gambar ini sebagai kejadian yang benar-benar berlaku.

Gambar ini rasanya paling heboh di Malaysia suatu ketika dulu, kononnya tengkorak manusia bersaiz gergasi ditemui di padang pasir Arab Saudi, seperti yang dilaporkan oleh akhbar, The New Nation Bangladesh pada tahun 2004. Gambar ini tidak lain, hanyalah rekaan photoshop yang dikeluarkan oleh laman web Worth1000.com

 Pada sekitar tahun 2001, satu foto kucing raksasa beredar melalui e-mail dan dikatakan sebagai kucing terbesar yang ditemui berdekatan dengan makmal nuklear di Kanada. Gambar ini sebenarnya hanyalah rekaan semata-mata oleh seorang lelaki; Cordell Hauglie yang disebarkan pada Mei 2001 kepada rakan-rakannya sebagai bahan jenaka.


 Beberapa saat selepas serangan 11 September, beredar foto di internet tentang seorang lelaki yang sedang berdiri di bangunan WTC dimana sebuah pesawat sedang menyerang bangunan itu. Gambar ini juga ternyata palsu.


 Pada tahun 1917, dua orang kanak-kanak perempuan yang baru kembali dari bermain di kebun mereka menunjukkan bukti bahawa mereka bermain dengan pari-pari. Namun pada tahun 1970-an dibuktikan bahawa gambar tersebut adalah palsu. Salah seorang saksi bernama Elsie Wright mengakui bahawa pari-pari itu tidak lebih dari gulungan kertas.


 Gambar ini terkenal dengan nama Monster Loch Ness atau Nessie. Pada 1994 terbukti bahawa gambar itu palsu dan hanya direka. Gambar ini hanyalah permainan kapal selam yang dilengkapi oleh kepala ular laut.


 Ray Santilli pada tahun 1995 menyatakan beliau memiliki gambar Alien UFO yang sedang dibedah pada tahun 1947, namun pada tahun 2006 dia mengakui bahawa gambar itu hanyalah sebuah gambar yang diolah semula dari sebuah kejadian.


 Pada 1 April 2008 yang bersamaan dengan April Fool, BBC melaporkan rakaman penguin berenang dan terbang dari Antartika ke Brazil. Rakaman ini merupakan rangkaian April Fool yang dipaparkan oleh BBC namun mendapat reaksi yang serius dari pelbagai pihak.


Gambar ini muncul pada tahun 2001 yang memperlihatkan sebuah hlikopter sedang diserang oleh paus ganas. Gambar ini juga adalah gambar palsu.


Rasanya, ramai yang telah tahu bahawa gambar kematian Osama bin Laden ini adalah gambar palsu yang telah di photoshop kan.



Comments

  1. kadang orang mudah percaya dengan benda2 camni. kalau takde yang tampil betulkan, mmg sampai bila2 la benda tu dianggap pada tanggapan yang salah.

    2 gambar pertama, saya anggap itu gambar yang benar sebelum ni!!

    ReplyDelete
  2. menarik la bro...
    mmg billynfo nie..

    ReplyDelete
  3. apa faedahnya tipu org ramai dgn gambar2 macam ni?? haish... manusia manusia....

    ReplyDelete
  4. dengan teknologi, macam macam boleh buat.

    ReplyDelete
  5. ada byk lg ni...imej syaitan yg kononnya kat gua hira, batu teerapung..dsb

    ReplyDelete
  6. menarik! semua kes tipu je kann dorg nih..

    ReplyDelete
  7. dulu ustaz aku pun tertipu ngn gmba tengkorak tersebut
    bole lak dy tunjukkan kt ktorg dgn prasaan cam kagum gila

    ReplyDelete
  8. gambar 11 september tu pun palsu rupe nye

    ReplyDelete
  9. gambr dinosour 2 infonye salah..aku tgk sendiri org yg tgkap gmbr 2 dlm astro seingat aku siaran 3tahun lps..org 2 ltak mainan dinosour d sisir pantai kmudian dia zon camera dgn dkat..mmg sbijik lam gmbr diatas..mainan 2 kcik jer,but pndai dia tipu nk pblisiti msa 2..huhu..

    ReplyDelete
  10. aduh...kreatif betul la org menipu nie..
    seantero dunia plak tu tertipu..

    ReplyDelete
  11. aku pling benci masa org duk edar gamabr tengkorak tu.. siap ckp tu gambar manusia zaman nabi hud... hahahahahaha

    bodoh...

    ReplyDelete
  12. @Zulfikar Hazri awk rsa apa motif diorg wt cmtu?? huhu~ ..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”