Satu kajian di Eropah mendapati kekurangan tidur melambatkan metabolisme, lantas mengakibatkan badan menggunakan tenaga berkurangan.
Hasil kajian terbaru itu dilaporkan Jurnal Nutrisi Klinikal Amerika, menambah kepada bukti kekurangan tidur boleh menyebabkan pertambahan berat badan.
Kajian itu mencadangkan mendapatkan tidur mencukupi mungkin menghalang pertambahan kenaikan berat badan, kata Christian Benedict dari Universiti Uppsala di Sweden yang mengetuai kajian.
“Penemuan kami menunjukkan kekurangan tidur sehari secara teruk mengurangkan penggunaan tenaga di kalangan lelaki sihat berikutan tidur menyumbang kepada pengimbangan kitaran penggunaan tenaga harian,” tulisnya.
Kajian sebelumnya pernah mengaitkan kekurangan tidur dengan peningkatan berat badan dan turut menunjukkan bagaimana tidur terganggu turut mengganggu paras tekanan dan hormon berkaitan lapar ketika waktu berjaga.
sumber: berita harian
whoaaaa?! nak kurangkan tidur ah gini ( dalam proses menggemukkan badan,hehe )
ReplyDeletepatutlah badan aku naik sejak belajar architecture. Selalu jek tak cukup tidur. Tak tidur 3 hari 3 malam pun pernah..
ReplyDeleteoo.. patot laa berat bdn naik time exam ni.. kurang tido upenya.. huhu.. lepas ni, tido 24 jam laa... kurus ckit.. hahaha..
ReplyDeleteohh ye ke..kene tidur awal la macam nih..
ReplyDeletebetul info ni...aku dan rakan-rakan aku dah buat experiment...orang kuat tido memang akan turun berat badan
ReplyDeleteorg terlebih tido n x betul waktu tidur cm aku pun boleh naik berat jugak apa. hua3
ReplyDeleteowh btol ke?hehe..thanks for the info en.billy~
ReplyDeleteYou will also feel very grumpy with not have enough sleep and stressed out.
ReplyDeletehuhuhu..betui ka, nampak nya kena kurang tido la, psl jenis yg susah naik berat badan dan kurus...patut cuba petua ni
ReplyDeleteNice entri wak. Saya share. =)
ReplyDeletehttp://sayasibudakopto.blogspot.com/2011/06/tidur-yg-x-cukup-boleh-menggemukkan.html