Skip to main content

Tubuh Lelaki Paling Sempurna





Siapakah lelaki yang paling sempurna parasnya di dunia ini? Yang berkulit putih atau coklat? Berisi atau kurus? Berjanggut atau tidak? Sebuah laman web terkenal di Britain baru-baru ini telah mengumpulkan sejumlah responden dan melakukan kajian terhadap responden lelaki dan responden wanita mengenai bentuk tubuh lelaki yang sempurna.


Hasilnya ternyata berbeza. Responden lelaki mengatakan, tubuh lelaki yang sempurna adalah yang berotot  kekar dan berketul-ketul, sementara responden wanita mengatakan, tubuh lelaki yang sempurna adalah yang cukup berisi (atau yang sedang-sedang sahaja), tidak kurus, tidak berotot kekar.

Kepada 1510 responden lelaki, mereka diminta mengisi kertas jawapan mengenai bahagian tubuh siapa yang paling ingin mereka miliki. Berikut hasil dari para responden lelaki mengenai anggota tubuh yang paling mereka inginkan:


Wajah - Brad Pitt - 56%


Dada - Will Smith - 41%

Lengan - Vin Diesel - 38%

Perut - Matthew McConaughey - 57%

Kaki - Jonny Wilkinson - 61%



Manakala sebanyak 1204 responden wanita pula disurvei dan ditanyakan pertanyaan, bahagian tubuh artis terkenal mana yang paling disukai?


Wajah - Johnny Depp - 61%

Rambut - David Beckham - 42%

Dada - Daniel Craig - 38%

Bahu - Taylor Lautner - 31%

Lengan - Rafael Nadal - 63%

Perut - Ryan Reynolds - 54%

Kaki - Frank Lampard - 32%


Kedua-dua kumpulan responden ini turut ditanyakan dengan soalan; bahagian tubuh mana yang paling penting. 52 peratus responden lelaki menjawab, ukuran otot, dan hanya 37 peratus dari responden yang menjawab tubuh ramping. Sementara 69 peratus responden wanita mengatakan, mereka lebih memilih lelaki bertubuh biasa berbanding yang bertubuh besar dan kekar.

Mark Coxhead, eksekutif pemasaran laman web Myprotein.com, iaitu orang yang bertanggungjawab melakukan survey ini mengatakan, "Perbezaan dalam memandang tubuh ideal seorang lelaki yang sempurna antara lelaki dan wanita ini cukup menarik. Tidak menghairankan mendengar wanita lebih suka lelaki yang bertubuh biasa, apalagi melihat nama-nama artis yang boleh dijadikan pilihan ketika menjawab survey itu. Sementara bagi lelaki yang ingin bertubuh besar, saya rasa ini kembali ke sifat asal lelaki, yang ingin kelihatan gagah dan hebat. Tetapi satu yang pasti, baik lelaki mahupun wanita, tidak suka lelaki yang bertubuh penuh lemak."

sumber: kompas.com, femalefirst.co.uk

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.