Skip to main content

Hotel Atas Pokok Paling Menakjubkan





Hotel atas pokok untuk dihuni oleh orang ramai kini dibina di sebuah kawasan hutan dekat bandar Harads, Sweden.

Bilik-bilik hotel itu diletakkan pada ketinggian beberapa meter di celah-celah beberapa pokok dan diberi pelbagai nama seperti The Bird's Nest dan The Blue Cone. Katil dan pelbagai kemudahan lain disediakan dalam kontena yang diubah suai menjadi bilik hotel termasuk tingkap kaca yang besar bagi membolehkan penghuni melihat pemandangan indah hutan.

Antara jenis hotel yang terdapat di situ:


Cabin Room



 Blue (Red) Cone Room


Mirror Cube Room

Namun, di antara ketiga-tiga jenis bilik ini, yang paling mencuri tumpuan adalah desain bilik 'The Mirror Cube Room', yang juga merupakan bilik hotel termahal yang terdapat di situ. Apa yang best nya tentang bilik ini? Jom kita usha gambar-gambar di bawah:

 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sedikit info ringkas:

Kent Lindwall mencipta hotel-hotel ini bersama dengan isterinya, Britta Jonsson Lindvall pada tahun lalu. Menurutnya, tangga kayu dan tali disediakan bagi membolehkan orang ramai menaiki hotel itu. Hotel itu dicat dengan bahan yang membolehkan burung melihatnya pada waktu malam bagi mengelak ia dilanggar.

"Setiap bilik direka supaya mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan kebanyakan bilik mempunyai dua katil, tempat duduk tetapi tiada televisyen," tambahnya.

Kadar menginap untuk satu malam di hotel itu ialah AS$633.18 (RM1,937).

source: kosmo. http://www.dailymail.co.uk, http://www.coolpicturegallery.us

Comments

  1. wow... cam best je nampak.. xpecially mirror cube room tu.. camne laa diaorg boley terpikir idea yg camni ek.. huhuhu..

    ReplyDelete
  2. cool.. rasa macam best gila :D

    ReplyDelete
  3. waa..jom buat kt malaysia..haha

    ReplyDelete
  4. even dekat atas pokok tapi design moden erk..smart2!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif.

1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.


Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktoryang agakdominandalam menentukan saizzakarnormaladalah faktorgenetik.Ini adalah satu faktorpentingyang mestiberbeza dari setiapbangsa,keturunan,dan negarasecara keseluruhannya.

Cara Membuat Simbol dan Emoticon Menggunakan Keyboard

Jika anda seorang keyboard warrior, ini ada beberapa trick menarik untuk memantapkan skill anda:

Cara-caranya: Find Alt code.