Skip to main content

Pasangan Kembar Siam Yang Boleh Berkongsi minda






Satu pasangan kembar, Tatiana dan Krista Hogan yang bercantum di bahagian kepala dan berusia empat tahun mengejutkan doktor di British Columbia kerana mereka berkongsi minda.


Sebelum doktor itu mengetahui mengenai perkongsian minda tersebut, ibunya terlebih dahulu mengetahuinya berdasarkan penelitian kelakuan mereka. Ibu itu pernah melihat Krista berasa gembira memakan sos manakala Tatiana cuba untuk mengelak pergerakan lidahnya walaupun dia tidak menyentuh sos.


Para doktor percaya bahawa kembar berkenaan berkongsi sebahagian otak yang dikenali sebagai thalamus yang menghantar deria rasa ke bahagian cerebral cortex.

Dalam satu temu ramah dengan akhbar New York Times, ibu pasangan itu, Felicia Simms berkata, seorang kembar tersebut boleh mengetahui apa yang dilihat oleh kembar lain. Menurutnya, salah seorang kembar itu akan memberikan reaksi 'whoa' jika perut saudaranya tersebut sudah dipenuhi dengan air jus.

 

Profesor Todd Feinberg yang bertugas dengan Kolej Perubatan Albert Einstein memberitahu akhbar itu: "Ia kelihatan seperti mereka sebenarnya seorang individu pada satu ketika."


sumber: kosmo, dailymail.co.uk

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif.

1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.


Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktoryang agakdominandalam menentukan saizzakarnormaladalah faktorgenetik.Ini adalah satu faktorpentingyang mestiberbeza dari setiapbangsa,keturunan,dan negarasecara keseluruhannya.

Cara Membuat Simbol dan Emoticon Menggunakan Keyboard

Jika anda seorang keyboard warrior, ini ada beberapa trick menarik untuk memantapkan skill anda:

Cara-caranya: Find Alt code.