Saturday, May 21, 2011

10 Gambar Terbaik Yang Memenangi Anugerah Dalam Pertandingan Foto Sedunia 2011




Statik dalam dimensi masa, panorama-panorama indah di langit malam-seperti yang dilihat dari bumi, kelihatan terlalu menakjubkan untuk dipercayai. Tetapi, 10 gambar di bawah ini sebenarnya adalah imej yang dirakam sendiri oleh jurugambar,bukan direka cipta menggunakan perisian tertentu-dan telah dinobatkan sebagai foto paling menakjubkan yang pernah dirakam sepanjang tahun lepas.

Pertandingan itu, the Best Night-Sky Pictures 2011, telah dianjurkan oleh organisasi; The World At Night dan telah memperlihatkan kepada kita betapa indahnya planet bumi ini ketika matahari sudah terbenam, dan bulan pula menghadirkan diri.

Berikut antara foto-foto tersebut:

Aurora Borealis: Gambar cahaya menakjubkan ini dirakam oleh seorang jurugambar, Stephane Vetter  di Tasik Jökulsárlón, Iceland. Cahaya itu berlaku akibat partikel yang keluar dari matahari bergerak ke angkasa lepas dan bertemu dengan perisai magnetik Bumi sekali gus mewujudkan satu bulatan di sekitar kawasan magnetik Kutub Utara apabila ia beriteraksi dengan lapisan atas atmosfera. Gambar ini memenangi hadiah utama kategori Beauty of The Night Sky. 

 Swaying in the wind: Gambar ini dirakam oleh seorang jurugambar Iran, Mehdi Momenzadeh memperlihatkan keindahan bintang-bintang Milky Way di langit Isfahan, Iran. Gambar ini memenangi tempat kedua dalam kategori 'Against the Light.'


Stunning: Lagi gambar daripada  Mehdi Momenzadeh yang turut memenangi anugerah yang sama.


 Bright skies: Gambar ini dirakam oleh jurugambar, Ben Canales yang memperlihatkan gugsan awan kuning di atas landkap Oregon. Gambar ini memenangi tempat ke-5 kategori 'Against the Light.'


 Magnificient: Gambar ini dirakam oleh jurugambar Grant Kaye yang memenangi tempat ke-5 kategori Beauty of the Night Sky. Ia memperlihatkan lingkaran cahaya bintang di langit dan tasik makhluk asing yang dirakamkan di Tasik Mono, California.


 Picturesque: Dirakam oleh jurugambar Luc Perrot dan memenangi tempat ke-3 kategori Beauty of the Night Sky. Memperlihatkan jalur cahaya Milky Way yang melengkung di atas gunung berapi Piton de la Fournaise, Reunion Island


 Mountains and valleys: Keindahan banjaran Alps di waktu malam ini dirakam oleh jurugambar, Thomas Kurat di Tasik Traunsee, Austria. Gambar ini memenangi tempat pertama kategori Against the Light.


 The Great Wall at Night: Gambar ini dirakam oleh jurugambar Xiaohua, memperlihatkan bagaimana ruang angkasa boleh dilihat dari Tembok Besar China.


 On the horizon: Gambar bertajuk 'Lisbon Sky Lights' ini dirakam oleh jurugambar, Miguel Claro dan memenangi tempat ke-3 kategori Against the Lights.


'Venus Above Reunion Island': Gambar menakjubkan ini dirakam oleh jurugambar Luc Perrot dan memenangi tempat ke-4 kategori Against the Lights.


p/s: So, korang2 semua yang ada kamera mahal2 mcm DSLR tu, apa tunggu lagi. Mungkin satu hari nanti gambar korang juga akan dapat award macam ni..dan mungkin jugak akan masuk kat blog Billy Info..hee~

source: dailymail.co.uk


Entri-Entri Berkaitan.....

12 comments:

  1. berapa lama la shutter speed setting ni ye. ntah2 sejam. huhu

    ReplyDelete
  2. subhanallah.. chanteknya...

    memang terbaekk laa.. =)

    ReplyDelete
  3. subhanallah..cantik betul ciptaan ALLAH..=)

    ReplyDelete
  4. itulah bukti kekuasaan allah yang maha kuasa...betapa mulia dan indah ciptaan nyer..

    ReplyDelete
  5. lawanya....aku nak amek gmabaq sendiri pon tehegeh-hegeh lg

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails