Skip to main content

Pelajar Perempuan Menang Hak Untuk Menggunakan iPod Ketika Exam





Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah telah memenangi hak untuk menggunakan iPod ketika menduduki peperiksaan- selepas mendakwa dia hanya boleh menumpukan perhatian terhadap peperiksaan dengan mendengar muzik kegemarannya.



Gadis itu telah memenangi kes yang belum pernah terjadi sebelum ini selepas mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sekolah, dan pihak berkuasa peperiksaan.
 

Pihak Sekolah Perempuan Mary Erskine di Edinburgh, di mana para pelajar yang tinggal di asrama membayar hampir £ 18000 setahun, telah dipaksa untuk membeli iPod baru yang dipenuhi dengan pilihan muzik gadis itu - untuk memastikan tidak ada jawapan peperiksaan yang tersembunyi di antara trek-trek lagu.
 

Para staf pada awalnya menolak permintaan tersebut, kerana takut ia akan membuka jalan kepada pelajar untuk melakukan penipuan ketika peperiksaan. Ibu bapa gadis itu kemudiannya membawa kes itu ke Badan Peperiksaan; Scotland Qualifications Authority (SQA), yang juga menolak permintaan itu.
 

Namun, keputusan itu terpaksa ditarik balik selepas dilaporkan diancam dengan tindakan undang-undang berdasarkan Undang-Undang Kesamarataan (Equalities Act) kerana gadis itu, yang merupakan murid tahun enam, sering menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian di kelas.
 

Para pegawai SQA akhirnya membenarkan murid itu, yang sedang menghadapi peperiksaan awam, untuk mendengar iPod asalkan tiada sebarang cubaan untuk melakukan penipuan dilakukan.


Sekolah Perempuan Mary Erskine
Pelajar itu diwajibkan untuk mengambil peperiksaan di kawasan berasingan untuk mengelakkan bunyi dari headphone yang dipakainya daripada mengganggu pelajar lain.
 

Langkah itu telah dibenarkan oleh SQA di bawah apa yang disebut sebagai 'tatacara khusus'. Namun apa yang membimbangkan kini ialah mereka berkemungkinan menghadapi tuntutan yang sama daripada pelajar lain. .
 

Satu sumber dalaman SQA berkata: "Setiap orang sangat marah apabila perkara ini dibenarkan berlaku. Implikasinya besar. Setelah gadis ini dibenarkan untuk melakukan perkara ini, tiada apa yang dapat menghentikan para pelajar lain untuk membawa iPod mereka."

source: dailymail.co.uk



Comments

  1. x adil lah macam ni.. x patut~

    ReplyDelete
  2. kalu kat tempat sy, nk wat masuk pencil box pn x boleh..hanset lg lah, apatah lg ipod

    ReplyDelete
  3. precedent is what others need. hahaha. nasib ler...

    ReplyDelete
  4. best nye kalo exam kat malaysia bleh sambil dgr lagu

    ReplyDelete
  5. kalo tak bawak ipod sekolah pun, kat sekolah kita ramai yang gi toilet tengok toyol.. hehehe

    ReplyDelete
  6. peh~~ ini sgt best. terutama kalau buat math~ nikmatt

    ReplyDelete
  7. habis pakat meniru la nanti semua tu..

    ReplyDelete
  8. aku exam mmg kene tenang dan senyap. kalu denga lagu, ade jugak aku tertulis lirik lagu dalam esay q tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”