Tuesday, May 31, 2011

Gambar Pertama di Dunia Bersaiz 80 GIGA Pixel





Bersaiz kira-kira 80 GigaPixel atau 80 Billion Pixel, gambar kota London di bawah ini telah memecahkan rekod dunia sebagai gambar yang mempunyai resolusi tertinggi di dunia


Apa yang menariknya, gambar ini adalah sangat detail sehingga membolehkan anda untuk melakukan perkara-perkara berikut:

Melihat jam di Westminster

Melihat pekerja yang sedang sibuk bekerja di sebuah pejabat

 Melihat sepasang pasangan sedang menikmati kopi di sebuah gerai

 Melihat orang ramai sedang melepak

 atau melihat pelancong sedang menaiki London Eye

Info Ringkas: 
  • Gambar ini dirakam oleh seorang photografer professional bernama Jeffry Martin. Beliau mengambil masa selama 3 hari untuk merakam keseluruhan imej kota London dari puncak bangunan Centre point, London yang mempunyai 36 tingkat. 
  • Gambar tersebut mengambil masa yang lama untuk dirakam kerana ia terdiri daripada 7886 gambar resolusi tinggi yang telah digabungkan secara digital menggunakan komputer Fujitsu CELCIUS.
  • Sekiranya gambar ini ingin dicetak pada resolusi maksimumnya, ia memerlukan kertas atau kanvas sepanjang 115 kaki dan tinggi 56 kaki. 
  • Rekod dunia sebelum ini adalah termasuk gambar bandaraya Paris (26-Gigapixel), bandar Budapest (70-Gigapixel), Bandar Dresden (26-Gigapixel). Rekod Jeffrey Martin sendiri sebelum ini adalah gambar Prague beliau iaitu sebanyak 18-Gigapixel iaitu pada tahun 2009.

source: http://www.boingboing.net, http://www.petapixel.com, http://worldmustbecrazy.blogspot.com



Entri-Entri Berkaitan.....

11 comments:

Related Posts with Thumbnails