Sunday, December 30, 2012

Keunikan dan Keindahan Bandar Terancang Eixample di Barcelona





Selain terkenal dengan kelab bola sepaknya, bandaraya Bercelona juga memiliki desain susun atur kota yang sangat indah dan terancang. Salah satu kawasan penempatan di Barcelona yang terkenal dengan susun atur kotanya yang indah adalah Eixample. 



Melukis di Kulit Pisang...Menakjubkan!





Pelbagai cara dapat digunakan untuk mencipta karya seni visual, dan banyak juga media yang dapat dipilih sebagai tempat manzahirkan kreativiti. Seperti pelukis kelahiran Korea Selatan yang kini tinggal di Australia ini, Jun Gil Park, memilih kulit pisang sebagai medium untuk karyanya.
  

Friday, December 28, 2012

Ranking 50 Artis Lelaki Korea Paling Kacak Pada 2012





Walaupun bukan berketurunan asal Korea, ia bukan penghalang kepada jejaka ini untuk dinobatkan sebagai selebriti lelaki paling kacak di Korea Selatan untuk tahun 2012.


Nichkhun yang berasal daripada Thailand, kini mencipta nama di Korea Selatan bersama kumpulan 2PM, memperoleh undian sebanyak 155,745 oleh para pelayar Facebook, mengatasi Kim Hyun Joon di tempat kedua (113, 800 undian) dan Park Yu Chun di tempat ketiga (100, 756 undian).


Berikut senarai lengkap 50 selebriti lelaki Korea paling kacak untuk 2012:

Beginilah Keadaan Ruang Dalaman Sebuah Apartment di Kazakhstan Ketika Suhu -59 Celcius!





Macam peti ais! Itu yang dapat diperkatakan tentang cuaca ekstrim musim sejuk yang sedang berlaku di Kazakhstan kini. Suhu di negara tersebut telah mencapai -59 darjah celcius. Suhu yang terlalu sejuk di bawah takat beku ini telah merosakkan banyak harta benda sehinggakan ruang dalaman rumah pun kelihatan seperti di dalam peti sejuk! Berikut beberapa keping gambar dalam sebuah apartmen pada suhu -59 darjah celcius.


Respek! Iran Larang Kapal Terbang Berlepas Ketika Waktu Azan





Walaupun Iran sebuah negara Syiah, namun dalam hal-hal tertentu yang melibatkan perlaksanaan syariat Islam, ia wajar dicontohi oleh negara-negara Islam lain. Terbaru Kerajaan Iran menguatkuasakan undang-undang yang melarang pesawat penerbangan berlepas ketika azan berkumandang.


Wednesday, December 26, 2012

Pelik, Ritual Mandi Air Liur Di India



Ritual kuno berumur ratusan tahun di India ini mengajar masyarakat Hindu kasta rendah untuk berguling pada sisa makanan yang dibuang oleh kasta lebih tinggi. Ia dilakukan kerana dipercayai dapat menghilangkan penyakit. Yang unik, meskipun ritual ini telah ditentang oleh banyak pihak, masih ada segelintir kelompok pengamal ritual ini yang masih melakukannya sehingga ke hari ini.
 

Infografik: Fakta Yang Unik







Tuesday, December 25, 2012

Kawasan Parking Yang Unik di Jepun





Jepun sememangnya terkenal dengan ciptaan yang pelik dan unik. Seperti di Tokamashi, Jepun, terdapat sebuah kawasan parking yang sengaja dibina dengan desain beralun-alun dan tidak sekata. 


Anda Berak Betinggung Atau Duduk?





Apa jenis jamban yang anda pakai di rumah? Kalau kita duduk di taman perumahan biasanya ada dua jenis jamban. Satu jenis bertinggung secara tradisi turun temurun yang diajar oleh tok nenek kita dan satu lagi jenis duduk sambil baca surat khabar yang diperturunkan oleh Barat.


Monday, December 24, 2012

Inilah Lelaki Paling Mudah Takut di Dunia





Basse Andersen merupakan seorang kakitangan di syarikat Oestereng & Benestad yang  tiba-tiba menjadi terkenal di negara asalnya, Norway, setelah rakan sekerjanya memuat naik ke Youtube video 'kepanikan' dari pelbagai aksi usikan yang mereka lakukan kepada lelaki tersebut. Basse bahkan diberi gelaran “orang yang paling mudah takut di dunia.”

Sunday, December 23, 2012

Tahukah Anda Jam Apakah Paling Tepat di Dunia?





Tahukah anda, jam paling tepat di dunia adalah jam atom. Jam atom dapat berdetaik lebih dari sembilan juta kali per sedetik.


Jam atom adalah jam yang mempunyai waktu paling tepat dan standard frekuensi khas, yang digunakan sebagai standard utama untuk pembahagian waktu antarabangsa , juga untuk mengawal frekuensi gelombang siaran televisyen, dan sistem satelit navigasi global seperti GPS.

Saturday, December 22, 2012

10 Idola K-Pop Dengan Perubahan Wajah Paling Drastik





Menjadi seorang idola K-Pop, penampilan sudah pasti menjadi kriteria paling utama yang diberi perhatian. Segalanya dilakukan mulai dari make up, hair do, diet, bahkan sampai ke tahap ekstrim melakukan pembedahan plastik. Semua ini dilakukan untuk mendapat penampilan yang dianggap lebih baik. Berikut senarai 10 idola K-Pop dengan perubahan wajah drastik dari dulu sampai sekarang.


10. Park Jungmin ‘SS501′

Hijau dan Putih Adalah Warna Kegemaran Rasulullah





Selama ini mungkin kita hanya mengetahui bahawa Rasulullah atau Islam identik dengan warna hijau. Namun, selain hijau apakah terdapat warna-warna lain kesukaan Rasulullah Muhammad saw?


Gangnam Style Akhirnya Cecah 1 Billion Tontonan, Cipta Sejarah Dunia





Sekitar pukul 2 pagi tadi (waktu Malaysia), Gangnam Style mencipta sejarah dunia menjadi satu-satunya video pertama setakat ini yang telah ditonton lebih daripada 1 billion kali di Youtube. Malah sepanjang proses 'perjalanan' video ini di Youtube, ia turut melepasi beberapa rekod yang dicipta oleh beberapa video lain sebelum ini.


Video muzik popular ini mula disiarkan di PSY's OfficialPSY YouTube channel pada 15 Julai tahun ini dan  ia menyaksikan trend peningkatan yang tidak dapat dihentikan sejak itu.

sumber: gsmarenablog



Friday, December 21, 2012

(GAMBAR) Olivia Culpo Dari Amerika Syarikat, Pemenang Miss Universe 2012





Peserta Amerika Syarikat, Olivia Culpo dimahkotakan sebagai Miss Universe 2012 malam tadi, menewaskan jelitawan dari seluruh dunia untuk meraih gelaran yang menjadi rebutan jutaan gadis.


Bagaimana Gangnam Style Mempengaruhi Hari Kiamat






Apakah hubungan antara ramalan kiamat akan berlaku dengan fenomena Gangnam Style milik penyanyi Korea Selatan, Psy?


Menurut ramalan kontroversi Nostradamus, jika angka klip video Gangnam Style mencecah satu bilion penonton, maka kiamat akan berlaku.

Thursday, December 20, 2012

Kisah Disebalik Hari Kiamat Kaum Maya Pada 21.12.12





Menurut kalendar kaum Maya, esok bersamaan 21 Disember 2012 (Jumaat), akan berlaku hari kiamat, hari berakhirnya keseluruhan dunia dan isi alam.


Saturday, December 15, 2012

Awas Kaum Wanita: Pemakaian Gincu Tidak Elok Untuk IQ





Satu kajian terbaru yang melibatkan 22 jenama gincu mendapati bahawa 55 peratus mengandungi sejumlah kecil bahan plumbum.



Underwriters Laboratories mendedahkan bahawa 12 produk sampel gincu diuji positif mengandungi bahan toksik dengan tahap tertinggi pada 3.22 bahagian per juta.

Chillcan: Minuman Yang Sejuk Tanpa Perlu Dimasukkan Ke Dalam Peti Sejuk





Tidak lama lagi kita akan dapat menikmati teknologi baru, iaitu air tin yang boleh berubah menjadi sejuk hanya dalam masa 2 minit tanpa perlu dimasukkan ais atau disimpan di dalam peti sejuk!


Friday, December 14, 2012

Perkahwinan Bogel Bertemakan ADAM & HAWA di UK





Dunia semakin gila atau manusia yang semakin gila? Baru-baru ini sepasang pengantin di United Kingdom, Pink Ivy dan Graham Winston Peters melangsungkan perkahwinan dengan mengambil tema “ADAM & HAWA” iaitu tanpa mengenakan sebarang pakaian. 


Tahukah Anda Nama-Nama Raja Pada Kad Daun Terup?






1. Spade = David/Raja Daud
Daud ( داود Dāwūd) ialah nabi yang juga merupakan raja Bani Israil. Semenjak masih muda telah menyertai tentera Bani Israil di bawah pimpinan Thalut melawan pasukan bangsa Palestin yang dipimpin Jalut (Goliath). Daudlah yang berjaya membunuh Jalut, sehingga dipuji sebagai pahlawan perang. Setelah Raja Thalut meninggal, Daud menggantikannya sebagai raja. Allah mengangkat Daud sebagai nabi dan rasul-Nya.

Thursday, December 13, 2012

Kem Tentera Bawah Tanah Terbesar di Dunia






Terletak di Sweden, Muskö merupakan kemudahan ketenteraam bawah tanah terbesar di dunia. Ia digunakan sebagai Pangkalan Angkatan Laut Sweden.


Tuesday, December 11, 2012

Teknologi Pembakar Roti Lutsinar - Cool Transparent Toaster





Pembakar roti lutsinar ini diperbuat daripada kaca khas yang boleh menghasilkan/menyalurkan haba untuk membakar kepingan roti. Menariknya anda boleh mengawal 'kadar' roti anda dipanggang berdasarkan perubahan warna pada kepingan roti. Buat masa ini, pembakar roti ini masih berada dalam peringkat prototaip dan percubaan serta penambahbaikan.


Awas! Burger Bakar Paling Pedas di Dunia





Anda penggemar burger? Apakata anda cuba burger di bawah ini yang dikatakan paling pedas di dunia dan sesiapa yang ingin memakannya dinasihatkan untuk memakai sarung tangan bagi mengelakkan tangan anda menggelupur kepanasan!


Monday, December 10, 2012

Ini Gila! Masjid Khas Untuk Kaum Gay Akan Dibuka di Perancis





Sebuah masjid khas untuk kaum gay atau homoseksual akan dibuka di Perancis bagi memudahkan golongan ini beribadah di masjid. Pengasas masjid ini bahkan berharap akan dapat melangsungkan pernikahan sesama jenis di masjid tersebut.

Hebat Betul Wanita Pertama Negara ni - Biografi Rosmah Mansur Diperkenalkan





Sebuah biografi yang memaparkan pengalaman dan perjalanan hidup isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sejak zaman kanak-kanak hingga perjuangannya pada masa ini, diperkenalkan hari ini.


Majlis prapelancaran biografi itu disempurnakan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. Turut berangkat Sultanah Pahang Sultanah Kalsom.

Sunday, December 9, 2012

7 Pondan Paling Cantik dan Popular di Asia






Melihat kecantikan mereka di bawah ini, mungkin ramai yang tak menyangka bahawa mereka sebenarnya adalah 'wanita jadian'. Jangankan lelaki yang tengok boleh tergoda, malah wanita-wanita di luar sana pun boleh jadi jeles dibuatnya. Memang cantik dan mantap! Namun, disebalik semua ini, mereka tetaplah lelaki pada azalinya.

Berikut 7 pondan paling cantik dan popular di Asia:


1. Harisu (Korea Selatan)

Saturday, December 8, 2012

Laptop Terbesar di Dunia





Sebuah komputer riba atau laptop hanya boleh dipanggil komputer riba jika ia sesuai diletakkan di atas riba. Namun bagaimana jika keseluruhan badan kita mampu berbaring di atas keyboard laptop tersebut? Ia tentunya tidak layak lagi dipanggil sebagai komputer riba. Tetapi inilah produk yang dipamerkan oleh Fujitsu-Siemens - sebuah laptop terbesar di dunia pada pameran elektronik CeBIT di Hannover, Jerman baru-baru ini.


Kopi Tahi Gajah Yang Eksklusif






Jika Indonesia terkenal dengan kopi luwak yang dihasilkan menerusi najis musang, Thailand pula mulai terkenal dengan kopi yang dihasilkan menerusi najis gajah.



Friday, December 7, 2012

10 Fakta Tentang Wanita di Malaysia







1. Purata jangka hayat wanita adalah 4 hingga 5 tahun lebih lama dari lelaki. Secara puratanya mereka akan menghabiskan 1/3 daripada hayat mereka bersendirian iaitu tidak berkahwin (anak dara tua) atau menjadi janda (bercerai atau pun kematian suami)

Rumah Yang Dipenuhi Rumput di Singapura





Pulau Sentosa di Singapura sememangnya terkenal sebagai destinasi wajib kunjung sekiranya anda melancong ke Singapura. Ini kerana terdapat pelbagai tarikan dan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Namun mungkin ramai yang tak tahu, di pulau kecil ini juga didirikan beberapa kawasan kediaman mewah yang kebanyakannya dibina di atas tanah tebus guna - dan tentunya menghadap panorama indah kota Singa. 


Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri





 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua.


"Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”

Laluan Jejantas Pejalan Kaki Yang Unik di Shanghai,China!





Di China, terdapat jejambat laluan pejalan kaki yang amat menarik yang dianggap unik dan hanya satu-satunya di dunia ini..Nak tahu sebab apa? Cekidout...


Thursday, December 6, 2012

Bangsa Jepun Berasal Dari Suku Kaum Yahudi Yang Hilang?





Bagaimana mungkin Jepun, negara yang terletak secara relatifnya jauh dari Mesir, iaitu pusat dan asal-usul Kabbalah (ajaran Yahudi) memiliki kaitan, malah diyakini merupakan suku-sakat Bani Israil (Yahudi) yang dikatakan hilang. Bukankah orang Jepun memiliki kepercayaannya sendiri yang diberi nama Shintoisme dan orang-orang Israel juga memiliki kepercayaan mereka sendiri yang dinamakan Agama Yahudi dengan kitab Talmudnya?


Wednesday, December 5, 2012

Pesona Keindahan Air Pancut Bernilai RM 654 Juta di Dubai





Fountain Dubai yang terletak di tasik kecil berhadapan dengan bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa di Dubai, mencatatkan rekod sebagai sistem koreografi air pancut terindah di dunia.


Monday, December 3, 2012

Pemandangan Menakjubkan Taman Bunga “Hitachi Seaside” di Jepun





Taman Hitachi Seaside atau dalam bahasa Jepun disebut sebagai 'Hitachi Kaihin' adalah sebuah taman bunga dan salah satu destinasi pelancongan terkenal di Jepun. Pemandangan di taman bunga ini amatlah menakjubkan.



Sunday, December 2, 2012

5 Blog Dengan Pendapatan Tertinggi di Dunia






1. Techrunch.com

Blog ini pada mulanya hanya dikendalikan oleh Michael Arrington, seorang pengacara yang juga merupakan seorang tech geek. Ketika ini, TechCrunch dikendalikan oleh beberapa editor. Topik blog ini adalah berkaitan teknologi.  Pendapatan yang diperoleh TechCrunch adalah sekitar $200,000 (RM 600, 000) sebulan! Pendapatan datang terutamanya dari sumber iklan-iklan banner. Bayangkan, harga iklan selama sebulan di TechCrunch adalah $10,000! (atau lebih kurang RM 30,000!).

Cerita Kiamat Kaum Maya Pada 21 Disember Ini Karut Semata-mata!





Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) mengeluarkan amaran serius terhadap khabar angin akan berlaku hari kiamat pada 21 Disember ini berdasarkan perkiraan kalendar kaum Maya.


Astrobiologi Pusat Kajian Ames Nasa, David Morrison berkata ramalan itu karut kerana ia mencetuskan ketakutan serta tekanan kepada remaja seluruh dunia.

Saturday, December 1, 2012

Fenomena Menakjubkan Pantai Berwarna Merah di Siang Hari dan Bertukar Biru di Malam Hari





Beberapa pantai popular di Sydney, Australia ditutup kerana fenomena pertumbuhan organisma alga merah. Kehadiran organisma itu menyebabkan air bertukar menjadi merah seakan darah.


Gambar Dr Sheikh Muzaphar Sekeluarga Tunaikan Umrah





Comel sungguh anak sulung angkasawan pertama negara ini iaitu Bella ketika menunaikan umrah bersama ibu bapanya Dr. Halina dan Dr. Sheikh Muzaphar baru-baru ini. Untungla...kecik-kecik lagi dah menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah, tempat yang menjadi impian Encik Billy satu hari nanti. 


Gambar Suasana di Jepun Sekarang dan 100 Tahun Lalu





Pernah terbayang bagaimana keadaan Jepun 100 tahun lalu berbanding sekarang ini?? Buat tatapan anda,  berikut beberapa gambar perbandingannya yang diambil dari postcard 100 tahun lalu yang sebahagian besarnya berlokasi di Yokohama.


Related Posts with Thumbnails